Followers

Friday, May 13, 2011

Urusan jemputan ke Majlis Kenduri Kahwin

Salam korang.

Lately banyak sangat yang serabut dalam kepala ini. Dengan banyak benda lagi yang belum settle buat rasa tak lega. Tapi rasanya still boleh handle. Kurang lagi sebulan sahaja masa yang di tunggu-tunggu tiba. Rasa memang macam-macam sampai dah tak ada sense. Sense sendiri keliru dengan combination perasaan yang pelbagai.

Paling risau ialah hal jemput menjemput orang. Satu hal juga. Baru perasan betapa ramai pula kenalan di office. Kalaulah semua yang dijemput itu datang serbu maka boleh roboh pelamin gamaknya. Sebab paling pasti ialah location yang sangat dekat dengan office. Dulu kawan saya buat dekat Putrajaya pun penuh dewan (nasib dia baik sebab buat di dewan). Apakah pula nasib saya kali ini. Kita tunggu dan lihat.

Habis pening pasal officemates, beralih pula kepada rakan-rakan sekecilan dulu. Seawal sekolah rendah dah kumpul kenalan kan. Dan ada lagi yang still contact sampai sekarang. Thru FB memang tempat paling mudah untuk buat jejak kasih. Tak payahlah nak pergi iklankan di surat khabar, buat rancangan TV ala-ala jejak kasih. Korang guna sahaja FB untuk search kawan-kawan yang korang rindui. Search by sekolah, by batch, by universiti, by location, by name. Korang try and error mesti jumpa punya. Kecuali kalau kawan yang korang cari tu tak ada akaun FB ataupun memang dia dah jadi 'orang lain'. Orang yang tak sama macam korang kenali masa zaman kecil dulu. Contohnya seperti orang yang dok tukar nama manja jadi lain, tukar dressing style, tukar rupa mungkin? atau paling teruk tukar gent..minta simpang lah ye.

Untuk yang ditulis dalam perenggan atas ini,  try la buat first attempt dengan personally minta address untuk antor kad jemputan. Kalau tak ada respond tag sahaja di event. Kalau tak jalan juga cuba korang minta no fon diab( thru FB ataupun pada rakan-rakan lain kalau korang tak simpan number dia) and then call. Mesti dia appreciate kan. Almaklumlah dalam kecanggihan teknologi ada juga insan2 yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri klasik. Nak jemput kenduri kena face to face ataupun paling-paling phone to phone (call). Korang jangan takat SMS je. Tak dilayan derr. Kaedah ini korang boleh pakai untuk kawan sekolah, kawan satu Universiti dan juga mungkin kawan di tempat kerja lama yang mungkin susah nak jumpa. Sayapun ada jemput kawan-kawan yang dah berpindah tempat kerja. Jika kesemua kaedah di atas telah dicuba tetapi gagal, anggap sahajalah orang itu tak ada rezeki untuk ke majlis kita. Janganlah sesedih sangat ye sebab yang penting kita sudah usahakan.

Kalau nak jemput blogger, senang sahaja. just invite thru blog sahaja. Tapi ini sesuai untuk blogger yang rajin gila blogwalk dan punya visitors yang ramai. Kalo yang biasa-biasa macam saya ini boleh juga tapi berapa kerat sahajalah yang tahu kan. Then kalau nak jemput relatives kena istimewa sikit. Kalau boleh pergi ke rumah mereka untuk menghantar kad. Kiranya macam self delivery lah. Tapi kalau sedara mara jauh sangat tak perlulah susah-susah nak pergi juga jemput, just call bertanya khabar lepas itu barulah jemput. Kad jangan lupa kirim juga. Wajib tu.

Ok dah. Itu sahaja nak kongsi kali ini. Sok-sok lalau rajin saya share lagi ye. Hari Jumaat memang best. Tapi bila Sabtu tak cuti maka jadilah tak berapa best kan. Huwaaa~

k,bai

4 comments:

aimi dan pakcik hashim said...

jangan pening2
tenang

miss lolly said...

semoga selamat segalanya ;)

hani said...

that is life..

Ethanael said...

Aritcels like this are an example of quick, helpful answers.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics