Followers

Thursday, May 26, 2011

Musim

Salam korang!

 

Pernah tak korang terfikir yang dunia kita ini dah makin pelik. Yup, pelik tapi benar.

Contohnya, dulu di Malaysia ada musim-musim tertentu yang hanya akan berlaku pada waktu-waktu tertentu.

 

Musim Buah.

Dulu kalau nak mendapatkan buah durian, rambutan, manggis, langsat duku sekali setahun sahaja ia berbuah. Dan ia berbuah secara hamper serentak dan setiap kali tiba musimnya memang banyak di pasaran sampai harganya jatuh murah gara-gara dah terlalu banyak di jual. Tapi sekarang kita boleh nampak yang buah-buahan ini boleh ada dipasaran hamper sepanjang tahun. Walau bagaimanapun perubahan ini tak ketara sangat sebab memang sepnajang tahun boleh dapat buah-buahan ini di pasaran tapi hanya pada satu musim tertentu buah-buahan ini berbuah dengan banyaknya iaitu antara bulan 5 sehinggalah bulan 9. Betul tak? Kira kalau kita beli masa lain harganya mahallah sebab sukar untuk didapati. Tapi still ada kan.

 

Musim Sales!

Inipun nak rasa pelik juga lah. Sebab dulu ada Year End Sale je kot. Almaklumlah konsep sales ini ialah jualan penghabisan stok yang lama-lama sebelum masuk tahun baru. Bila tahun baru kenalah barang baru dan fesyen baru kan? Tapi sekarang ini Sales sepanjang tahun ada. Bila nak dekat-dekat perayaan sahaja ada Sales. Raya Puasa, Chinese New Year, Deepavali, Krismas dan lain-lain. Jenuhlah rasa macam tiap-tiap bulanpun ada sales kan. Haha~

 

Musim Tengkujuh.

Yang ini memang ketara perbezaannya. Dulu Musim Tengkujuh orang dah boleh jangka bila? Biasanya banjir kilat berlaku setiap hujung tahun. Dalam bulan 11 membawa ke bulan 12 hujan akan turun dengan lebatnya dan masa itulah stesyen televisyen akan memaparkan berita-berita tragik kejadian banjir yang biasa berlaku di pantai timur, utara dan juga selatan tanah air. Tapi sekarang ini bagaimana ye? Siapapun tak dapat menjangka bila sebenarnya musim tengkujuh. Hujan lebat 2,3 hari selepas itu panas pula 2,3 hari. Then hujan semula. Tak mengira bulan dan tak mengira hari  hujan akan turun membasahi bumi.

 

Pendek kata segala dalam dunia ini dah tak ikut system. Lagi-lagi yang melibatkan alam. Kita mungkin tertanya-tanya kenapa sekarang ini dah tak ada musim? Kenapa sekarang ini sudah tak ikut system. Kenapa hujan di waktu bukan musim. Kenapa banjir bukan di hujung tahun. Orang mungkin tak tertanya pasal sales sebab lagi banyak sales lagi bagusss kan.

 

Semua itu adalah disebabkan kita. Kitalah punca kuasa dua tiga empat dan lima kepada kecelaruan system alam sekarang ini. Kalau kita tak tarah bukit sewenang-wenangnya, tak adalah kejadian tanah runtuh. Kalau kita tak tebang pokok sewenang-wenangnya tak adalah masalah kekurangan oksigen, global warming yang disebabkan karbon dioksida yang tak dapat diserap kerana kekurangan pokok. Kalau tak kita bebaskan sisa-sisa kimia ke udara tak adalah masalah berlebihan karbon dioksida, metana dan bahan bertoksik yang dibebaskan ke udara dan menipiskan lapizan ozon kita.

 

Kalau tidak kita membuang sampah dan sisa kimia ke dalam air sungai, tasik atau laut, mungkin sungai kita akan jadi cantik dan boleh menjadi tempat rekreasi terbaik dan tak perlulah kita bersihkan dengan klorin berlebihan semata-mata untuk membersihkan air tersebut. Kalau kita memelihara hidupan bumi yang lain tak akan cair iceberg di kutub utara yang menyebabkan peningkatan paras air laut seluruh dunia. Jangan terkejut suatu hari nanti Bandar-bandar di tepi laut dan pulau-pulau kecil akan ditenggelamkan air laut. Dengarnya Singapura dan New Zealand adalah negara yang dijangka tenggelam dulu jika ini tak dibendung. Di Malaysia pula dijangka Klang akan tenggelam pada tahu 2050 ke 2060 (kalau tak silap) jika kita tak mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung masalah gobal warming.

 

Memang apa yangberlaku di dunia ini adalah aturan Allah SWT. Dan pada umat Islam wajiblah kita bersedia untuk menghadapi segala dugaan ini dengan sabar. Sentiasa bermuhasabah diri dan bersedia untuk menghadapi apa jua dugaan dan cabaran akhir zaman yang kita lihat sudah hampir nyata. Di sini saya baru sentuh pasal alam sekitar. Belum lagi cerita pasal kecelaruan moral manusia yang dah terlalu banyak dikupas oleh ulama-ulama seluruh dunia. Sememangnya Hari Akhirat sudah semakin dekat. Apa persediaan kita?

 

Tepuk dada tanya iman

=)

 

p/s :perasan tak Majlis perkahwinanpun dah tak ada musim kan sekarang ini?

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics