Followers

Wednesday, May 2, 2012

Pekena Daging Arnab Panggang : mengidam?

Salam korang!

 

Hari ini hari rabu. Rasa macam hari Isnin pula sebab first day kerja after 4 days holiday. Sengaja apply cuti hari Isnin untuk bercuti panjang. Alang-alang cuti hari selasa itu, baik kita mulakan dari hari sabtu. Bercuti tak ke manapun sebab perut dah sarat sangat. Hari sabtu balik Puchong sampai pagi Isnin. Sabtu memang habiskan masa di rumah walaupun cuaca agak panas dan dalam rumah rasa membahang sampai ke awal pagi. Mungkin sebab bilik kami itu dibina daripada batu pasir. Kalau pakai batu bata (yang warna merah tu) mesti tak membahang. 2 malam kami tidur dalam keadaan seperti di sauna.Berpeluh-peluh walaupun kipas siling berpusing ligat tahap maksimum.

 

Untuk menghindari rasa panas, ahad itu kamipun keluar pergi beli breastpump di Setia Alam. Lepas itu kami ke TESCO. Hajat nak cuci mata tengok barang sahaja tapi sempatlah kami membeli shampoo, kuih bahulu dan rempeyek madu. Singgah pula makan tengahari di Jeram. Makan nasi goreng kerabu dan tambahan menu special, sotong goreng tepung. Memang puas hati  dapat makan di sana sebelum baby deliver nanti. On the way balik sempat singgah di OTK membeli bekalan susu kotak, buah pisang, anggur dan juga dried guava. Buat bekalan kudap-kudapan mak buyung ini. Balik rumah jam dah pukul 4 petang. Lepak sahaja di rumah walaupun panas kan.

 

Ingat nak ikut mak dan ayah pergi minum dan makan roti canai dengan si kecil Aliya tapi dek kerana mereka nak pergi awal (pukul 6 petang kot), kamipun tukar plan. Saya dan suami keluar selepas maghrib. Lepas dapat minum 2 gelas limau ais dan 2 keping roti canai (kenapa semua double eh?), suami ajak lepak di Putrajaya. Layan angin malam di sana memang syok. Ingat nak lepak lebih lama tapi at last dekat pukul 11 malam, kami bertolak pulang. Bersedia untuk tidur sambil ber ‘sauna’ di bilik. Heh heh~

 

Esokannya, lepas sarapan nasi lemak dengan air kosong, kami suami isteripun pulang ke Selayang. Suami sepatutnya ada urusan dengan lawyer tengahari nanti tapi urusan itu postpone ke pukul 3.00 petang. Sempat lagi mengajak suami dan kakak ipar makan tengahari di favourite place di Rawang. Kedai makan ini sentiasa penuh pelanggan dan seawal pukul 1 tengahari, lauk pauk boleh kehabisan.  Kami sampai pukul 12.40. Nasib baik masa kami sampai lauk pauk masih ada walaupun tidak banyak pilihan. Kami habis makan pukul 1. By the time kami keluar dari tempat makan itu nampak lauk pauk sudahpun kehabisan. Cepat betul lauk pauknya habis. Huhu.

 

On da way balik, sempat singgah tengok rumah baru kami. Memang rumah sudahpun siap tetapi jalan, lampu jalan dan beberapa kemudahan belum siap. Entah bilalah nak dapat kunci agaknya. Sampai di rumah kira-kira pukul 2.30 petang. Suami keluar pukul 2.45 petang tapi balik semula ke rumah pukul 4.00 petang. Rupanya meeting postpone lagi ke pukul 5.00 petang. Petang itu memang lepak sahaja di rumah sampai malam.

 

Keesokannya cuti Hari Pekerja. Pagi itu hanya lepak di rumah sambil cari-cari maklumat pasal tips-tips bersalin. Cuak juga sebab kalau di kira-kira lagi 16 hari sahaja sebelum estimated delivery date. Persediaan perlulah lengkap. Petang itu terbaca di FB Wall yang Syawal (rakan sekolah suami yang berniaga arnab) ada buka booth jual arnab panggang di Precint 2, Putrajaya. Tiba-tiba mengidam nak makan daging arnab. Terus cakap pada suami. Yeah, petang itu selepas asar kamipun bertolak ke sana. Gigih walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan. Nasib baik masa itu Putrajaya belum hujan. Pasar Precint 2 agak besar dan banyak pilihan makanan sampai rambang mata kami nak pilih yang mana satu. At last kami beli apam balik (ada campur jagung, coklat dan kacang), takoyaki, cendawan goreng tepung dan juga arnab panggang. Yummy, memang puas hati. Rasa macam nak pergi lagi lain kali tapi entah bilalah kan.

 

Kami makan di area Purtajaya juga tapi dalam kereta sahaja. Lagipun cuaca dah gelap dan macam nak hujan. Kami habis makan sahaja, waktu mahgribpun masuk. Kami terus ke Masjid Kristal dan sempat berjemaah di sana sebelum bertolak balik ke Selayang. Dek kerana keletihan, pukul 10.30 malam saya dah masuk tidur. Lagipun esokannya dah kerja. Kenalah tidur awal kan. Apapun sekarang ini sedang menghitung hari. Bukan sahaja hari untuk deliver baby tapi hari untuk bercuti semula. Weekend, cepatlah datang.

 

Ok, itu sahaja cerita saya kali ini. Panjang tak? Tak kan? Hehe.

Bai!

3 comments:

Apiey said...

Petang itu terbaca di FB Wall yang Syawal (rakan sekolah suami yang berniaga arnab) ada buka booth jual arnab panggang di Precint 2, Putrajaya.

Apa nama FB kwn anda tu? Sebab nak order arnab la. TQ

Apiey said...

Tlg reply ye. TQ

noorafzan.blogspot.com said...

Untuk Apiey yang bertanyakan berkenaan FB owner Daging Arnab Panggang, Nama FB owner Daging Arnab Panggang itu Syawal Narutohbtwo

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics