Salam korang!
Hari ini masuk hari ke 15 saya berpantang dan juga genap usia Emir Ikhwan 15 hari. Masih ada lebih kurang 25 hari lagi (kalau berpantang 40 hari) atau 29 hari lagi ( kalau berpantang 44 hari). Oleh sebab saya berpantang sendiri dan tidak dijaga secara profesional oleh seorang bidan sepanjang berpantang maka saya decide untuk berpantang lebih iaitu 44 hari. Lagi lama lagi baguskan sebenarnya. Lagi lama berpantang lagi cepatlah luka-luka dalaman dan luaran sembuh sepenuhnya.
Sepatutnya berpantang bukan sekadar berpantang makan sahaja. Tapi, berpantang dari segi pergerakan, dan melalukan urut, tangas, berbengkung,bertungku dan beberapa lagi amalan tradisi untuk mengembalikan kesihatan dalaman si ibu. Paling utama ialah mengembalikan bentuk badan kepada yang asal (sebelum mengandung), membetulkan kedudukan rahim dan mengecutkan rahim, menyembuhkan luka dalaman dan juga luka jahitan semasa bersalin dan melancarkan pengaliran darah nifas. Mungkin ada lagi sebab lain berpantang yang saya tak tahu. Setakat ini hanya inilah yang saya nampak dan faham.
Sepanjang berpantang lagi-lagi di awal 2 minggu, saya berpantang makan dengan matlamat untuk mempercepatkan luka jahitan sembuh dan juga memudahkan saya membuang air besar. Menu harian saya memang ketat dan dikawal oleh saya sendiri. Pagi saya hanya makan 3 biji kuih apam tanpa kelapa dan juga segelas milo panas (milo tanpa tambahangula dan susu). Tengahari dan malam makan nasi berlaukkan ikan (ikan selar kuning atau ikan tenggiri) goreng atau bakar dan juga kuah sayur hijau (sawi atau kailan). Kadang kala ditambah dengan kicap untuk menyedap rasa. Petang saya akan makan buah-buahan (pear atau epal). Dan kadang kala petang/tengah malam saya akan minum susu yang tidak sejuk. Air suam menjadi rutin utama setiap kali rasa dahaga.
Hasilnya, saya tidak menghadapi masalah untuk membuang air besar. Sebelum ini saya dengar begitu ramai yang takut atau fobia bila perlu membuang air besar ketika awal berpantang. Sebab jika meneran, ada kemungkinan jahitan bersalin tertetas. Ramai yang terpaksa mendapatkan ubat mencairkan najis di farmasi untuk memudahkan membuang air besar. Perkara itu turut disahkan oleh jururawat masyarakat yang datang ke rumah saya tempoh hari.
Dan saya bercdang untuk meneruskan rejim menu yang sama selama 2 minggu lagi supaya luka jahitan betul-betul sembuh. Saya tak pasti apa lagi makanan yang saya digalakkan makan. Yang saya tahu ayam boleh di makan. Dagingpun boleh tapi saya takut ia akan menyebabkan sembelit nanti. huhu. Sebetulnya saya perlu menambah darah sebanyak yang mungkin. Darah saya sudah banyak hilang semasa bersalin dan juga selepas bersalin (nifas).
Buah yang saya boleh makan juga masih terhad. Saya pada mulanya makan oren tetapi kakak yang mengurut saya beritahu oren tidak bagus sebab ia adalah sejenis jeruk. Dan dia kata jambu batu pula yang bagus dimakan. Haih, pelik juga sebab apa yang saya tahu oren bagus untuk cepat sembuhkan luka manakala jambu batu pula memang pantang dimakan ketika berpantang. Jadi, saya terus stop makan oren dan tidak pula berani untuk makan jambu batu. Tu yang hanya makan buah epal dan pear tu.
Oklah, saya nak mencari maklumat lain berkenaan makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang. Ada makanan yang perlu pantang setahun rupanya. Tak pasti kesahihannya. Ok bai!

No comments:
Post a Comment