Salam korang..
Hari ini hari jumaat. Tapi, bagi saya yang sedang berpantang ini tak terasa sebab hari-haripun cuti. Selain daripada melayan si kecil yang adakalanya meragam tak tahu punca (menangis sebab tak cukup susu sebenarnya..ataupun sebab tak selesa bila pampers penuh, tak cukup sendawa dan juga sebab sejuk). Bila sejuk menjadi punca paling mencabar lagi-lagi bila ia berlaku di tengah malam. Mata mengantuk tetapi kena tahan untuk membelai si kecil Emir.
Itulah sebenarnya cabaran awal yang sebenarnya cabaran yang kecil kepada ibu bapa baru. Kalau ikutkan banyak lagi dugaan yang lebih besar bakal ditempuhi. Lagi-lagi bila si kecil nak membesar nanti. Demam ialah salah satunya. Demam sebab nak tumbuh gigi ataupun kesan suntikan untuk imunisasi nanti. Juga kesan pemakanan ibu bila menyusu badan. Sejujurnya dugaan kecil yang saya laluipun besar bagi saya. Mungkin kesabaran saya masih lagi rendah. Ketabahan saya masih belum cukup teruji selama ini. Pendek kata adakalanya saya tertewas juga. Tapi tidaklah menjadikan si kecil mangsa. Saya lebih banyak menangis dan juga menginsafi diri. Kata orang, jangan tanya kenapa kita diduga tapi fikir apa dosa yang telah kita perbuat yang menyebabkan kita dihukum dengan dugaan tersebut. Pendek kata berfikiran positif. Lambat laun kita akan jadi tabah dan redha dengan apa sahaja yang diberikan olehNya. Sebab setiap yang berlaku pasti bersebab.
Buat masa ini kalau orang bertanya sama ada nak tambah bilangan anak atau tidak pasti jawapan yang saya beri ialah TIDAK. Sebab saya masih lagi lemah untuk mengharungi dugaan menjadi ibu yang baik. Kena kutip pengalaman dan mengumpul kekuatan dahulu. Mungkin selepas setahun ataupun 2 tahun saya dengan yakinnya akan berkata YA bila ditanya lagi.
Ada beberapa fasa cabaran yang dihadapi setiap ibu. Bermula dengan cabaran ketika mengandung. Awal kehamilan punya alahan yang teruk. Hujung-hujung kehamilan punya gejala seperti sukar untuk tidur, sakit pinggang, selalu nak buang air kecil, kaki dan tangan bengkak, pertambahan berat badan yang mendadak. Cabaran seterusnya tentulah ketika melahirkan bayi. Kemudian cabaran ketika berpantang. Kena berpantang makan itu ini selama 44 hari. Kena berurut, bertangas, bertungku dan sebagainya demi mengembalikan kesihatan dan bentuk badan ideal selepas bersalin. Mnegurut sangat sakit ok. Lagi-lagi kepada orang-orang seperti saya yang tidak pernah mengurut dan mengurut menjadi cabaran yang besar buat saya ketika berpantang. Nasib baik 3 hari sahaja pakej yang saya ambil. Kalau ambil pakej seminggu atau sebulan? Fuhhh...
Tapi, semua cabaran ini akan nampak kecil. Malah macam tak ada langsung bila setiap kali kita melihat wajah tenang si kecil yang kita lahirkan. Semoga mama akan terus redha, tabah dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran seterusnya sebagia ibu. Mama sayang Emir Ikhwan. Ok, setakat ini sahaja hari ini. Bai!

No comments:
Post a Comment