Salam korang!
Minggu ini (jumaat nanti) merupakan minggu ke 39 usia kandungan saya. Orang kata pada bila-bila masa sahaja baby boleh keluar melihat dunia tapi setakat ini saya belum rasa apa-apa symptom menandakan kelahiran bakal tiba dalam masa terdekat. Jauh di sudut hati ini saya berharap baby akan keluar pada hari jumaat ini. Tapi, kuasa Allah SWT tiada siapa dapat jangkakan. Asalkan baby sihat, sempurna fizikal dan mental. Itu sudah cukup bagi kami suami isteri.
Sabtu lepas saya melawat rumah saudara sebelah suami. Kakak kepada mak mertua yang mesra di sapa Mak Ngah. Salah seorang menantu Mak Ngah, Kak Ai beritahu yang perut saya dah ‘jatuh’. Tetapi, saya tak nampak pula ia ‘jatuh’. Saya bayangkan bila ia ‘jatuh’ ada gap yang besar antara perut dengan breast. Mungkin baru jatuh sikit kot. Setakat ini tidak ada pula berlaku tanda-tanda luar biasa. Setakat sakit sekejap itu adalah. Bukan di kira sebagai contraction pun. Tapi, memang tidur makin tak selesa sekarang. Walaupun mataku mengantuk. Still, terbangun beberapa kali juga sepnajang malam. Pundi kencing sentiasa minta dikosongkan setiap kali terbangun. Gagahlah berjalan masuk toilet, keluar toilet kan.
Oleh kerana terlalu risau, hampir setiap malam saya membaca surah Maryam. Surah Maryam bagus diamalkan sebagai petua memudahkan proses bersalin dengan izinNya. Saya berharap dan berdoa agar urusan bersalin dipermudahkan Yang Maha Esa. Ingat nak mula bercuti minggu depan kalau sehingga jumaat ini masih lagi belum sampai masa untuk baby dilahirkan. Kena banyakkan senaman supaya mudah bersalin tetapi segan pula nak melakukannya di office ini. Lagipun kerja sekarang terhad pergerakannya. Masa banyak dihabiskan didepan PC sahaja. Jadi, tempat terbaik ialah di rumah. Dengan membuat kerja-kerja rumah, naik turun tangga dan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahpun cukup rasanya. Ditambah pula senaman-senaman khusus untuk ibu mengandung.
Selain itu, kena tambah juga pengetahuan berkenaan amalan pemakanan ketika berpantang. So, google is my friend. Cari sahaja maklumat di situ. Mana yang elok, saya akan ambil kira dan cuba amalkan semasa berpantang nanti. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment