Followers

Wednesday, May 23, 2012

Pengalaman Bersalin : Part Akhir

Salam korang!

Ok, ini mungkin menjadi entry yang paling dinantikan korang kan? Lagi-lagi kepada kawan-kawan yang sedang menunggu hari untuk bersalin. Semalam, saya sudahpun beritahu yang saya telahpun ditahan di labour room sejak pukul 3. Alatan pengesan contraction, jantung bayi telahpun dipasang. Dan saya dapat melihat graf saya di skrin komputer berhampiran. Suami setia menemani di sebelah saya. Setiap kali contraction datang, rasa sakit yang teramat sangat. Walaupun ia datang tak lama tetapi rasa sakit itu memang tak tertahan. Habis permukaan tilam saya tarik-tarik dan ramas-ramas untuk meredakan kesakitan.

Bila suami menggenggam tangan saya, saya balas dengan genggaman lebih keras bila contraction berlaku. Tak puas dengan itu, baju suami juga habis ditarik-tarik. Pendek kata apa sahaja yang ada saya akan tarik untuk meredakan rasa sakit. Dan rasa sakit contraction makin kerap berlaku. Suami sempat pergi solat zohor dahulu sebelum menemani saya semula. Doktor muda datang memeriksa bukaan saya dan bukaan masa itu (pukul 3 plus) masih 4cm. Saya terus membaca doa nabi yunos semasa ditelan ikan yu, membaca selawat dan mengucap sebanyak mungkin. Mengamalkan pernafasan yang diajarkan oleh nurse. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan melepaskan nafas menggunakan mulut semasa contraction berlaku.

Sebaik sahaja pukul 5.00 petang, saya mula rasa seperti nak meneran setiap kali contraction berlaku. Sebelum ini tidak ada rasa begini. Dan saya juga dapat rasa ada lelehan air keluar dari faraj saya dan saya syak itu adalah air ketuban. Saya terus merayu kepada suami memanggil doktor sebab masa itu status saya masih belum hendak bersalin dan dijangka akan direview semula oleh doktor pada pukul 8.00 malam nanti. Tak lama kemudian seorang doktor muda datang memeriksa bukaan. Dia mengesahkan bukaan sudahpun 9cm. Tapi, dia suruh bertahan sehingga 1 jam lagi dan menunggu doktor FPP saya. Lagipun katanya air ketuban belum lagi kering sepenuhnya. Lama lagi rupanya.

Pada mulanya saya cuba bertahan untuk tidak meneran semasa contraction berlaku. Tapi, Allah sahaja yang tahu betapa seksanya masa itu. Oleh kerana tidak tahan, saya bertanyakan nurse kalau boleh saya terus meneran. Dia bagi option kepada saya untuk terus meneran setiap kali contraction dengan syarat saya dikehendaki baring secara mengiring dan mengepit kaki. Semasa meneran itulah, air ketuban keluar sepenuhnya. Pukul 6.30 ke 6.45 petang, saya sekali lagi meminta suami memanggil doktor untuk memeriksa bukaan. Ternyata bukaan sudahpun full 10cm. Dalam masa yang sama doktor tersebut tetap mahu saya menunggu doktor FPP yang belum kunjung datang.

3 orang nurse berpengalaman masuk ke labour room dan bersedia untuk menyambut bayi saya. Saya diarahkan untuk memegang buku lali kedua-dua kaki saya dan meneran sebaik sahaja contraction datang. Manakala berhenti meneran bila contraction hilang. Setelah beberapa kali meneran, akhirnya lahirlah anak lelaki sulung saya yang dinamakan Emir Ikhwan. Alhamdulillah, suami saya tetap sempat memotong tali pusat baby dan mengazankan baby yang sedang diletakkan di atas dada (proses skin to skin) saya sebaik sahaja tali pusat dipotong.

Tak lama selepas itu uri pula dikeluarkan. Uri ditarik keluar sedikit demi sedikit oleh nurse tanpa perlu meneran. Seterusnya proses menjahit (sebab kena potong sikit untuk memudahkan bayi keluar). Walaupun ubat bius diberikan, proses menjahit tetap sakit. Tapi, disebabkan proses bersalin lebih sakit, maka rasa sakit itu macam tidak terasa dan mampu ditahan bila melihat bayi kita dipangkuan kita. Proses skin to skin berakhir selepas proses jahitan habis. Bayi diambil untuk dibersihkan oleh nurse sebelum diberikan semula kepada saya.

Sebelum bertukar wad, saya dipakaikan cawat untuk elak  darah nifas bocor. Sebaik sahaja masuk wad, terus saya diberikan baju pink. Wad dilengkapi katil, almari, 2 sofa, satu meja kecil, TV dan juga bilik mandi. Wad kelas pertama hospital kerajaan. Tak boleh nak expect lebih kan. Lagipun bayaran tidaklah semahal hospital swasta. Apa yang penting suami boleh sentiasa bersama kami sepanjang masa ditahan di wad. Dan sanak saudara tak perlu menunggu waktu melawat untuk masuk melawat. Bila-bila masa mereka boleh datang tengok baby Emir kami. =)

Alhamdulillah, keesokannya saya dan bayi dibenarkan pulang selepas pukul 3 petang. Jumlah kos yang perlu dibayar hanya RM1031 di mana boleh di claim under company benefit suami yang mengehadkan claim sehingga RM1500 sekali bersalin. Syukur kerana kami tidak perlu menanggung kos bersalin sendiri. Simpanan yang ada boleh digunakan untuk membeli keperluan lain pula.

Ok lah. Setakat ini sahaja cerita saya berkenaan pengalaman bersalin. Mungkin pengalaman saya tidak sengeri orang lain. Ada yang bertarung di labour room selama berbelas-belas jam. Saya hanya 4 jam setengah di dalam bilik itu. Saya bersyukur sangat-sangat kerana dipermudahkan urusan ketika bersalin. Apa yang boleh saya kongsikan di sini, perbanyakkan membaca surah Maryam ketika menunggu hari untuk bersalin dan memohon ampun daripada suami serta minta halal segala yang diberikan kepada kita selama ini. Bai!

1 comment:

Cik Norfa said...

alhamdulillah...
aku plak yg nebes menunggu hari bersalin ni...haisshh...

smoga Allah permudahkan urusan bersalin aku jugak..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics