Followers

Tuesday, May 22, 2012

Pengalaman Bersalin : Part 2

Salam korang!

Yeah, baru ada masa nak menaip sambungan entry pasal pengalaman bersalin. Fuhh~
Sebelum ini cerita saya baru sampai makan-makan McD kan? Memang McD Big Breakfast itu menjadi makanan 'sedap' terakhir saya sebelum berpantang. Hanya orang yang pernah berpantang sahaja faham perasaan saya sekarang ini kan. huhu~

Sebaik sahaja makan McD, suami bertanya nak ke mana pula? Saya pula dengan confident ajak husband pergi taman. Masih lagi nak exercise berjalan banyak supaya mudah bersalin. Suami tak bagi sebab masa itu cuaca sudahpun terik. Jadi suami terus ajak pulang ke rumah. Kami tidak terus pulang sebaliknya singgah di kubur bapak (Allhayarham bapa mertua) yang terletak tidak berapa jauh dari rumah kami. Sempat suami membersihkan kubur sedikit. Saya pula hanya membaca surah-surah pendek dan Al Fatihah dengan duduk di batu di tepi kubur jiran bapak.

Selepas itu, kami terus balik rumah. Masa on da way ke rumah saya ada menelefon mak memaklumkan bahawa saya mungkin akan bersalin hari tersebut. Mak risau dan menasihatkan saya terus ke hospital tetapi saya minta mak bersabar sebab saya masih tidak rasa sakit melampau lagi. Lagipun tiada air ketuban yang keluar dan rasa sakit yang datangpun belum cukup sakit bagi saya. Balik rumah sempat saya mencuci pakaian dahulu. Dalam masa menunggu pakaian dicuci mesin basuh, ayah dan juga kakak saudara, Kak Pap call dan turut menasihatkan saya terus ke hospital. Kebetulan masa itu sakit yang datang makin kerap dan makin kuat. Jadi, selepas menjemur pakaian yang sempat dicuci itu saya terus mengajak suami ke hospital. Masa itu jam menujukkan pukul 12.45 tengah hari. Lokasi hospital dari rumah kami memang dekat. Tak sampai 5 minit perjalanan sahaja.

Sebaik sahaja sampai di hospital, kami terus ke Wad Bersalin. Itupun setelah ditunjuk arah oleh receptionist yang menguruskan pendaftaran FPP (Full Payment Patient) untuk bersalin di situ secara berbayar. Oh ya, kami telahpun register FPP di Hospital Selayang ini sejak kandungan 7 bulan lagi. Wad Bersalin terletak di tingkat 5. Masa itu memang saya seorang sahaja pesakit under FPP. Yang lain semuanya yang direct government. Selepas mendaftar, saya dikehendaki menukar seluar kepada kain batik. Malangnya, beg barang saya tidak dibawa naik oleh suami. Hanya beg baby sahaja dibawa naik. Terpaksalah suami turun semula untuk mengambil kain batik.

Sebaik sahaja memakai kain batik, saya di kehendaki menunggu sebentar di kerusi disediakan dalam bilik pemeriksaan. Dalam bilik itu ada 4 katil dan masa itu hanya satu katil sedang digunakan. Selepas itu nama saya dipanggil. Pada mulanya nurse hanya meletakkan alatan untuk mengesan nadi/jantung baby dan juga contraction. Tapi tak lama lepas itu dia memaklumkan bahawa contraction berdasar graf. Padahal setiap beberapa minit saya menahan sakit contraction. Tak lama selepas itu, seorang doktor muda berbangsa cina memeriksa bukaan saya. Rupanya sudah 4cm. Kalau di klinik sebelum ini doktor seluk tak sakit, kali ini rasa sakit. Maklumlah doktor muda kan. Tak cukup pengalaman lagi. Sabar sahajalah. Dan dia mengesahkan saya perlu masuk labour room. 

Tapi, pukul 3.00 petang, baru saya betul-betul dihantar ke labour room menggunakan kerusi roda. Di labour room, saya dikehendaki menukar baju kepada baju putih one suit sahaja. Yang lain mesti ditanggalkan termasuk jam dan barang kemas. Pakai macam penunggang motosikal pakai jaket ketika nak menunggang motosikal (pakai secara terbalik). Masa saya dimasukkan ke labour room, suami dikehendaki ke kaunter FPP untuk membayar deposit RM3000. Oh ya, memang itu syaratnya. Kalau bersalin normal, kosnya antara RM1000 hingga RM2000. Baki(sekiranya melahirkan secara normal atau kos kurang daripada RM3000) akan dipulangkan oleh Hospital beberapa hari selepas keluar wad. Tak lama kemudian, suamipun masuk ke dalam labour room dan akan menemani saya sepanjang proses melahirkan baby nanti.

Fuhh, panjang pula entry kali ini. Kena sambung kemuncak pengalaman bersalin dalam part 3 pula nampaknya ini. Hehe. Ok, tunggu esok pula yea untuk tahu kesudahannya. Ok bai!

 p/s : selamat datang Bulan Rejab =)

2 comments:

Cik Norfa said...

gigih aku baca nih...hikhik....

eenasuzira abdullah said...

Salam afzan. Ena tgh review tmpt deliver bb. Nk tya kt selayang ni apa beza fpp dgn bukan fpp slain di berbayar.ena byk bc psl fpp putrajya. Fpp selayang xbyk preview. Boleh share.

Bila boleh stat book? Once dh book blh ke klu xcheck sna?
Total cost afzan rm1+++k je utk normal no epi no induce?.

Pls email to wes_1119@yahoo.com. Tq dear for sharing

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics