Followers

Monday, June 20, 2011

Setelah seminggu diijabkabul~

Salam korang!

 

Fuhh..setelah seminggu bergelar isteri orang barulah ada masa nak update blog ini. Blog ini sahajalahpun. Blog selfhosted entah bila nak update. Life sekarang tak adalah busy manapun tapi perhatian terhadap blog dan juga FB memang terpaksa dikurangkanlah. Hari ini dah start kerjapun. Tapi dalam kepala memang kosong. Buat kerjapun semangat itu ada separuh sahaja. Tak baik betullah kan perangai macam ini.  Wahai mood kerja, kemarilah kamu.

 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tiada yang berkurang tapi lauk pauk dan cenderahati untuk tetamu memang banyak berlebih. Tapi, satu sahaja masalahnya yang tak dapat nak dielakkan iaitu masalah tetamu sesat. Kesian juga sebab map dalam kad memang kurang lengkap. Untuk member2 office saya design map yang lebih complete tapi untuk yang lain tu memang tak dapek nak menolong ye. Map pun design masa rehat di office. Siap-siap terus scan dan send email. Kepada yang kesesatan sampai tak jumpa langsung majlis kenduri saya minggu lepas (12hb June), saya minta maaf ye. Kalau korang free datanglah tengok majlis bertandang pula nanti di Dewan Komuniti Bandar Manjalara Kepong pada 09hb July. Lokasinya lebih mudah dikesan kot sebab buat di dewan.

 

Buat rakan-rakan yang sampai ke majlis kenduri saya di Puchong , terima kasih banyak-banyak atas kehadiran korang. Kehadiran korang memang amat-amatlah kami suami isteri hargai. Dan juga kepada yang bagi hadiah, terima kasih daun keladi. Saya terima hadiah korang dan akan gunakan bila kami dah ada rumah sendiri nanti ye =).

 

Gambar majlis? Maaflah, untuk update kali ini taka da gambar ekslusif lagi. Nanti next post saya akan masukkan gambar masa majlis nikah dan majlis kenduri.

Gambar daripada photoghrapher memang lambat sikitlah nak dapat. Lagipun dorang yang jadi photoghrapher itupun buat kerja ini part time sahaja. So, limited time lah untuk siapkan kami punya wedding photos.

 

Ok,lah. Itu sahaja update kali ini. Pen off.

 

 

1 comment:

angahfarah said...

salam afzan..wah..mood ceria pas kawin ni..hehe..moga jadi istri yg solehah yer... miss u...

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics