Followers

Friday, June 3, 2011

DIKO meninggalkan kami selamanya!

Salam korang!

 

Semalam ada cerita sedih dalam hidup kami sekeluarga. Diko kesayangan kami telahpun pergi buat selama-lamanya. Uhuk-uhuk.

Sedihnya tapi saya memang lebih rela dia pergi daripada hidup dalam keadaan sakit. Mungkin sudah sampai masa untuk dia meninggalkan kami. Walaupun agak terkilan juga sebab dia pergi beberapa hari sebelum saya bernikah. Huhu~

 

Saya sebenarnya memang dah jangka sejak awal yang dia akan mati selepas kelahiran Aliya Batrisya. Dia amat rapat dengan mak saya dahulu tapi sejak ada Aliya, mak sudah tak boleh nak memberi komitmen lebih kepada Diko. Diko macam kurang kasih sayang tapi nak buat macam mana sebab keadaan memang tak mengizinkan untuk Aliya dan Diko berkongsi perhatian daripada mak. Diko agak bahaya bila duduk dekat dengan Aliya. Baby kan biasalah suka dan geram pada makhluk secomel Diko. Tapi cara baby kan agak kasar sikit bagi seekor kucing. Jadi, bila Diko rasa sakit dia bertindak balas untuk melindungi diri. Dan tercederalah Aliya terkena gigitan manja Diko.

 

Sejak itu, memang mak terpaksa menjauhkan diri dia daripada Diko bila bersama Aliya. Diko tak dapat nak bermanja sangat dengan mak sebab sepanjang hari mak kena menjaga Aliya. Bila menjelang malam barulah Diko boleh bermanja dengan mak tapi malam biasanya masa terhad. Lama-lama Diko jadi makin kurus sebab kurang makan. Malam kami terpaksa keluarkan dia daripada rumah. Kalau tidak, dia akan membuang najis merata-rata. Adalah kucing liar yang dengki pada dia telah menyebabkan kaki dia cedera. Adakah kucing akan jadi berbau bila menjelang hari kematian ye? Yeah, badan Diko sangat berbau sampai meninggalkan kesan pada tempat tidurnya.

 

Beberapa jam sebelum kematiannya, dia masuk rumah dan terus ke toilet. Saya ingatkan dia nak minum air. Rupanya, dia nak berehat di bilik air yang sejuk itu buat kali terakhir. Adik saya terpaksa mandi di toilet kecil sebab Diko dah buat toilet itu macam tempat tempat tidur. Malam itu macam biasa abang saya terpaksa keluarkan dia daripada rumah. Dan keesokan paginya dia ditemui mati di bawah kereta waja abang saya.

 

Diko ialah kucing yang paling panjang umur dan memurahkan rezeki kami selama ini. Sejak saya di tingkatan 3 lagi dia sudah ada. Yeah, masa itu umur saya 15 tahun dan sekarang ini umur saya 26. Kiranya umur dia paling-paling 11 tahun. Kami dah anggap dia macam adik bongsu. Dan masa dia mati, adik bongsu saya yang paling disayangi Diko sejak kecil yang jumpa dan menguruskan bangkai dia. Dia macam nak tunggu adik saya balik daripada tempat pengajiannya di Kedah sebelum mati.

 

Saya memang selalu cerita pasal Diko dalam blog saya ini. Dan perginya tiada pengganti.

DIKO, kami sayang DIKO!

=(

 

Thanks and Best Regards,

Noor Afzan binti Muhamad(Afzan)

Technical Control Group,

Engineering Department,

SATO Malaysia Electronics Manufacturing Sdn Bhd,

Lot 20, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel      : +603-78449100(ext:100)(ABB : *4911)

E-mail afza2201@satomalaysia.com

This message may contain confidential and/or privileged information. If you are not the addressee or authorized to receive this for the addressee, you must not use, copy, disclose, distribute or take any action based on this message or any information herein. If you have received this message in error, please advice the sender immediately by reply e-mail and delete this message. Thank you for your cooperation.

 

2 comments:

Anonymous said...

seo backlink seo tips backlink service backlink booster

Anonymous said...

Hello there! I just want to offer you a huge thumbs up for your great information you've got right here on this post. I will be returning to your website for more soon.

[url=http://xrumergeek.com]click here[/url]

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics