Salam korang!
Second day working still belum boleh adapt sepenuhnya dengan life baru. Dengan life baru as wife, as menantu perempuan pertama, as pekerja yang dah seminggu lebih cuti. Harap saya mampu untuk menghadapi cabaran dan dugaan Allah SWT. Segalanya akan jadi mudah kalau kita sentiasa berfikir positif kan. Dan saya harap dan berdoa sentiasa dapat berfikir secara positif dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Memang bukan mudah untuk jadi menantu yang tinggal serumah dengan mentua. Itu memang selalu saya dengar lagi-lagi di awal usia perkahwinan. Rasa kekok itu masih menebal dalam diri. Saya sudah bersedia untuk menghadapinya sebab kita hidup bukan bertujuan untuk suka-suka. Kita berkahwin juga bukan untuk suka-suka. Tapi, mesti kerana Allah SWT. Bila dah macam itu niatnya kita mesti tahu apa yang perlu kita buat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Tentu-tentu caranya sebagai isteri mestilah taat kepada suami. Dan sebagai suami pula kena taat kepada ibunya. Jadi darjat tertinggi ialah ibu mertua. Yeah, ibu mertua sebab syurga lelaki yang dah bergelar suami di bawah tapak kaki ibunya manakala perempuan yang sudah berkahwin pula syurganya di bawah tapak kaki suami.
Jadi sama-samalah kita yang bergelar anak menantu berusaha mengambil hati ibu mertua masing-masing dengan ikhlas dan bersabar dengan mereka kerana percayalah apa yang ibu mertua kita buat adalah untuk kebaikan kita dan juga suami kita (anak mereka). Doakan saya ye kawan-kawan.
p/s : chaiyok Afzan, kamu boleh!
No comments:
Post a Comment