Followers

Wednesday, June 22, 2011

Notis Ganguan Air 22hb Jun - 24hb Jun 2011!

Salam korang!

 

Pagi ini kecoh pasal tak ada air dalam kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Tak beragak juga sampai 2 hari taka da bekalan air. Uhu. Member ada share details pasal ini. Inilah sebab musababnya bekalan air terputus;

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin

memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling,

Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara

akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1

(SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta

kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

 

SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja

Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih

dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

 

So, check it out bila masa bekalan air akan mula terputus.

 

TARIKH /MASA GANGGUAN

22 JUN 2011 (Hari ini!!!!) BERMULA 8.00 PAGI.

SEHINGGA

24 JUN 2011 (Jumaat) BERAKHIR 8.00 PAGI.

 

Pergh, dah mulapun. Tak sempatlah nak menadah air bagai kan. Mana yang ada sediakan air tangki di rumah mungkin dapatlah bertahan untuk 2 hari ini tapi bagi yang biasa mendapat bekalan air direct daripada meter dan tak ada pula simpanan air maka terpaksalah mencari alternatif lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin aktiviti membasuh pakaian boleh ditangguh tetapi kalau bab2 mandi, membersihkan diri, memasak dan aktiviti di tandas mana boleh tangguh-tangguh. Bahaya tu.huhu~

 

Jom check pula mana kawasan yang akan terlibat dengan gangguan air ini.  

 

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT 

 

Wilayah Kuala Lumpur

Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort;

Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat

Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari;

Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan

Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan

Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

 

Wilayah Hulu Selangor

Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang;

Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang;

Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang,

Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan

Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

 

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway

SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong;

Desa Aman Puri; Medan Putra.

 

Wilayah Petaling

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1;

Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1;

Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti

Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen

19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang

Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara;

Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari;

Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara;

Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A),

Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country

Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi

Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling

Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan

Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai

Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh;

Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen

11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan;

keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8);

Flora Damansara (PJU 8).

 

So, pada yang masih sempat silalah prepare simpan air ok. Ok bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics