Salam korang!
Hidup ini memang perlukan pengorbanan kan? Tidak kiralah pengorbanan itu dari segi apa tetapi apa yang pasti selepas kita berjaya melepasi fasa ‘lelah’ disebabkan perlu berkorban, kita akan mula rasa manisnya hidup. Dan itulah yang kulalui sekarang. Satu pengorbanan besar yang perlu kulakukan ialah melupakan cara hidup lama di rumah lama dan cuba untuk adapt dengan cara hidup baru di tempat baru. Walaupun nampak agak sukar pada permulaan tetapi ku tak boleh menoleh ke belakang lagi. Ku harus meneruskan perjuangan sehingga selesai.
Seperti seseorang bila nampak sebidang tanah yang lalangnya setinggi orang, semak samun meliputi segenap sudut dan kita mahu mengusahakan tanah itu menjadi kebun/kawasan kediaman. Pada mulanya hati akan menjadi gerun melihat betapa tebalnya semak samun yang perlu dibersihkan. Pada awalnya anggota sukar untuk memulakan aktiviti menebas tetapi bila kita datang setiap hari menebas, lama kelamaan kita akan menjadi seperti alah biasa tegal biasa dengan kerja-kerja menebas itu. Dan lama kelamaan semak samun yang tebal semakin menipis dan akhirnya hutan lalang dan semak samun menjadi padang yang bersih dan luas.
Begitu juga dengan kehidupan sebelum dan selepas berkahwin. Kita tidak boleh lagi sesuka hati melakukan apa yang kita suka sebelum berkahwin apabila telah berumah tangga. Banyak cara hidup yang perlu ditinggalkan buat selama-lamanya. Dan kita mesti bersedia menghadapi cara hidup di tempat baru. Dan cuba melakukan dan mengamalkannya juga walaupun pada mulanya ianya begitu sukar dan begitu kekok untuk dilakukan. Jangan mudah berputus harap dan terus belajar untuk memahami cara hidup dan cara kerja di tempat baru. Sentiasa bersedia untuk menjadi murid untuk diajar, ditegur ataupun dimarah. Hadapilah dengan manis muka.
Memang begitulah lumrah kehidupan, setiap permulaan selalunya amat sukar ditempuh dan segalanya akan membuat kita merasa kekok. Tetapi percayalah!. Sabar itu kunci kebahagiaan dan setiap pengorbanan pasti ada ganjarannya di kemudian hari. Ok da.Bai!
1 comment:
agree! nice post.. keep it up ok
Post a Comment