Followers

Thursday, May 31, 2012

Selamat Hari Lahir suamiku~

Salam korang..

Dah berapa hari tak update blog. Terlalu busy dengan anak sendiri sebenarnya. Hari ini merupakan tarikh penting bagi saya. 31hb May merupakan tarikh kelahiran sang suami buat kali yang ke 27. Baru hari ini kami officially sama baya. Kalau tidak, saya 27 manakala dia masih lagi sweet 26. Tahun ini first time sambut hari lahir sebagai suami isteri. First time bagi dua menyambut hari lahir sebagai seorang bapa. Saya tak sempat sebab Emir Ikhwan lahir kira-kira sebulan selepas tarikh lahir saya. So, next year akan sambut sebagai seorang ibu.

Walaupun hari ini hari penting tapi kami tak dapat meraikannya bersama atas beberapa sebab. Pertama, saya masih lagi berpantang. Baru masuk hari yang ke 22. Kedua, hari ini dia di Selayang dan saya di Puchong. Tak jumpalah kami. Esok baru boleh jumpa. Just wish melalui facebook dan juga whatsapp sahaja. Ingat nak postponed celebration sebaik sahaja saya habis berpantang. InsyaAllah, pada 19hb June nanti berakhirlah pantang 40 hari saya. (decide untuk ikut style kelantan berpantang 40 hari sahaja pula). Tapi 19hb tu hari selasa pula. So, tunggu weekend itulah pula iaitu 23 dan 24hb June. Sambut sekali dengan Anniversary pertama kami yang sepatutnya pada 11hb June ini.

Buat suami tercinta, selamat hari lahir saya kirimkan dari Puchong ke Rawang (masa ini tengah bekerja). Semoga dengan peningkatan usia ini, Allah SWT akan kurniakan kesihatan yang lebih baik, keselamatan yang lebih baik, rezeki yang lebih baik dan juga dipanjang usia. Semoga dapat menjadi babah yang terbaik buat Emir Ikhwan, anak kita.

Ok lah, setakat itu sahajalah buat hari ini. Nanti bila kelapangan saya update pasal berpantang dan juga Emir Ikhwan. Nak upload gambar si kecil di sini tapi entah bila berkelapangan. Ok bai!

Friday, May 25, 2012

Cabaran menjadi seorang ibu

Salam korang..

Hari ini hari jumaat. Tapi, bagi saya yang sedang berpantang ini tak terasa sebab hari-haripun cuti. Selain daripada melayan si kecil yang adakalanya meragam tak tahu punca (menangis sebab tak cukup susu sebenarnya..ataupun sebab tak selesa bila pampers penuh, tak cukup sendawa dan juga sebab sejuk). Bila sejuk menjadi punca paling mencabar lagi-lagi bila ia berlaku di tengah malam. Mata mengantuk tetapi kena tahan untuk membelai si kecil Emir.

Itulah sebenarnya cabaran awal yang sebenarnya cabaran yang kecil kepada ibu bapa baru. Kalau  ikutkan banyak lagi dugaan yang lebih besar bakal ditempuhi. Lagi-lagi bila si kecil nak membesar nanti. Demam ialah salah satunya. Demam sebab nak tumbuh gigi ataupun kesan suntikan untuk imunisasi nanti. Juga kesan pemakanan ibu bila menyusu badan. Sejujurnya dugaan kecil yang saya laluipun besar bagi saya. Mungkin kesabaran saya masih lagi rendah. Ketabahan saya masih belum cukup teruji selama ini. Pendek kata adakalanya saya tertewas juga. Tapi tidaklah menjadikan si kecil mangsa. Saya lebih banyak menangis dan juga menginsafi diri. Kata orang, jangan tanya kenapa kita diduga tapi fikir apa dosa yang telah kita perbuat yang menyebabkan kita dihukum dengan dugaan tersebut. Pendek kata berfikiran positif. Lambat laun kita akan jadi tabah dan redha dengan apa sahaja yang diberikan olehNya. Sebab setiap yang berlaku pasti bersebab.

Buat masa ini kalau orang bertanya sama ada nak tambah bilangan anak atau tidak pasti jawapan yang saya beri ialah TIDAK. Sebab saya masih lagi lemah untuk mengharungi dugaan menjadi ibu yang baik. Kena kutip pengalaman dan mengumpul kekuatan dahulu. Mungkin selepas setahun ataupun 2 tahun saya dengan yakinnya akan berkata YA bila ditanya lagi.

Ada beberapa fasa cabaran yang dihadapi setiap ibu. Bermula dengan cabaran ketika mengandung. Awal kehamilan punya alahan yang teruk. Hujung-hujung kehamilan punya gejala seperti sukar untuk tidur, sakit pinggang, selalu nak buang air kecil, kaki dan tangan bengkak, pertambahan berat badan yang mendadak. Cabaran seterusnya tentulah ketika melahirkan bayi. Kemudian cabaran ketika berpantang. Kena berpantang makan itu ini selama 44 hari. Kena berurut, bertangas, bertungku dan sebagainya demi mengembalikan kesihatan dan bentuk badan ideal selepas bersalin. Mnegurut sangat sakit ok. Lagi-lagi kepada orang-orang seperti saya yang tidak pernah mengurut dan mengurut menjadi cabaran yang besar buat saya ketika berpantang. Nasib baik 3 hari sahaja pakej yang saya ambil. Kalau ambil pakej seminggu atau sebulan? Fuhhh...

Tapi, semua cabaran ini akan nampak kecil. Malah macam tak ada langsung bila setiap kali kita melihat wajah tenang si kecil yang kita lahirkan. Semoga mama akan terus redha, tabah dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran seterusnya sebagia ibu. Mama sayang Emir Ikhwan. Ok, setakat ini sahaja hari ini. Bai!

Thursday, May 24, 2012

Makanan ketika berpantang.

Salam korang!

Hari ini masuk hari ke 15 saya berpantang dan juga genap usia Emir Ikhwan 15 hari. Masih ada lebih kurang 25 hari lagi (kalau berpantang 40 hari) atau 29 hari lagi ( kalau berpantang 44 hari). Oleh sebab saya berpantang sendiri dan tidak dijaga secara profesional oleh seorang bidan sepanjang berpantang maka saya decide untuk berpantang lebih iaitu 44 hari. Lagi lama lagi baguskan sebenarnya. Lagi lama berpantang lagi cepatlah luka-luka dalaman dan luaran sembuh sepenuhnya.

Sepatutnya berpantang bukan sekadar berpantang makan sahaja. Tapi, berpantang dari segi pergerakan, dan melalukan urut, tangas, berbengkung,bertungku dan beberapa lagi amalan tradisi untuk mengembalikan kesihatan dalaman si ibu. Paling utama ialah mengembalikan bentuk badan kepada yang asal (sebelum mengandung), membetulkan kedudukan rahim dan mengecutkan rahim, menyembuhkan luka dalaman dan juga luka jahitan semasa bersalin dan melancarkan pengaliran darah nifas. Mungkin ada lagi sebab lain berpantang yang saya tak tahu. Setakat ini hanya inilah yang saya nampak dan faham.

Sepanjang berpantang lagi-lagi di awal 2 minggu, saya berpantang makan dengan matlamat untuk mempercepatkan luka jahitan sembuh dan juga memudahkan saya membuang air besar. Menu harian saya memang ketat dan dikawal oleh saya sendiri. Pagi saya hanya makan 3 biji kuih apam tanpa kelapa dan juga segelas milo panas (milo tanpa  tambahangula dan susu). Tengahari dan malam makan nasi berlaukkan ikan (ikan selar kuning atau ikan tenggiri) goreng atau bakar dan juga kuah sayur hijau (sawi atau kailan). Kadang kala ditambah dengan kicap untuk menyedap rasa. Petang saya akan makan buah-buahan (pear atau epal). Dan kadang kala petang/tengah malam saya akan minum susu yang tidak sejuk. Air suam menjadi rutin utama setiap kali rasa dahaga.

Hasilnya, saya tidak menghadapi masalah untuk membuang air besar. Sebelum ini saya dengar begitu ramai yang takut atau fobia bila perlu membuang air besar ketika awal berpantang. Sebab jika meneran, ada kemungkinan jahitan bersalin tertetas. Ramai yang terpaksa mendapatkan ubat mencairkan najis di farmasi untuk memudahkan membuang air besar. Perkara itu turut disahkan oleh jururawat masyarakat yang datang ke rumah saya tempoh hari.

Dan saya bercdang untuk meneruskan rejim menu yang sama selama 2 minggu lagi supaya luka jahitan betul-betul sembuh. Saya tak pasti apa lagi makanan yang saya digalakkan makan. Yang saya tahu ayam boleh di makan. Dagingpun boleh tapi saya takut ia akan menyebabkan sembelit nanti. huhu. Sebetulnya saya perlu menambah darah sebanyak yang mungkin. Darah saya sudah banyak hilang semasa bersalin dan juga selepas bersalin (nifas).

Buah yang saya boleh makan juga masih terhad. Saya pada mulanya makan oren tetapi kakak yang mengurut saya beritahu oren tidak bagus sebab ia adalah sejenis jeruk. Dan dia kata jambu batu pula yang bagus dimakan. Haih, pelik juga sebab apa yang saya tahu oren bagus untuk cepat sembuhkan luka manakala jambu batu pula memang pantang dimakan ketika berpantang. Jadi, saya terus stop makan oren dan tidak pula berani untuk makan jambu batu. Tu yang hanya makan buah epal dan pear tu.

Oklah, saya nak mencari maklumat lain berkenaan makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang. Ada makanan yang perlu pantang setahun rupanya. Tak pasti kesahihannya. Ok bai!

Wednesday, May 23, 2012

Pengalaman Bersalin : Part Akhir

Salam korang!

Ok, ini mungkin menjadi entry yang paling dinantikan korang kan? Lagi-lagi kepada kawan-kawan yang sedang menunggu hari untuk bersalin. Semalam, saya sudahpun beritahu yang saya telahpun ditahan di labour room sejak pukul 3. Alatan pengesan contraction, jantung bayi telahpun dipasang. Dan saya dapat melihat graf saya di skrin komputer berhampiran. Suami setia menemani di sebelah saya. Setiap kali contraction datang, rasa sakit yang teramat sangat. Walaupun ia datang tak lama tetapi rasa sakit itu memang tak tertahan. Habis permukaan tilam saya tarik-tarik dan ramas-ramas untuk meredakan kesakitan.

Bila suami menggenggam tangan saya, saya balas dengan genggaman lebih keras bila contraction berlaku. Tak puas dengan itu, baju suami juga habis ditarik-tarik. Pendek kata apa sahaja yang ada saya akan tarik untuk meredakan rasa sakit. Dan rasa sakit contraction makin kerap berlaku. Suami sempat pergi solat zohor dahulu sebelum menemani saya semula. Doktor muda datang memeriksa bukaan saya dan bukaan masa itu (pukul 3 plus) masih 4cm. Saya terus membaca doa nabi yunos semasa ditelan ikan yu, membaca selawat dan mengucap sebanyak mungkin. Mengamalkan pernafasan yang diajarkan oleh nurse. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan melepaskan nafas menggunakan mulut semasa contraction berlaku.

Sebaik sahaja pukul 5.00 petang, saya mula rasa seperti nak meneran setiap kali contraction berlaku. Sebelum ini tidak ada rasa begini. Dan saya juga dapat rasa ada lelehan air keluar dari faraj saya dan saya syak itu adalah air ketuban. Saya terus merayu kepada suami memanggil doktor sebab masa itu status saya masih belum hendak bersalin dan dijangka akan direview semula oleh doktor pada pukul 8.00 malam nanti. Tak lama kemudian seorang doktor muda datang memeriksa bukaan. Dia mengesahkan bukaan sudahpun 9cm. Tapi, dia suruh bertahan sehingga 1 jam lagi dan menunggu doktor FPP saya. Lagipun katanya air ketuban belum lagi kering sepenuhnya. Lama lagi rupanya.

Pada mulanya saya cuba bertahan untuk tidak meneran semasa contraction berlaku. Tapi, Allah sahaja yang tahu betapa seksanya masa itu. Oleh kerana tidak tahan, saya bertanyakan nurse kalau boleh saya terus meneran. Dia bagi option kepada saya untuk terus meneran setiap kali contraction dengan syarat saya dikehendaki baring secara mengiring dan mengepit kaki. Semasa meneran itulah, air ketuban keluar sepenuhnya. Pukul 6.30 ke 6.45 petang, saya sekali lagi meminta suami memanggil doktor untuk memeriksa bukaan. Ternyata bukaan sudahpun full 10cm. Dalam masa yang sama doktor tersebut tetap mahu saya menunggu doktor FPP yang belum kunjung datang.

3 orang nurse berpengalaman masuk ke labour room dan bersedia untuk menyambut bayi saya. Saya diarahkan untuk memegang buku lali kedua-dua kaki saya dan meneran sebaik sahaja contraction datang. Manakala berhenti meneran bila contraction hilang. Setelah beberapa kali meneran, akhirnya lahirlah anak lelaki sulung saya yang dinamakan Emir Ikhwan. Alhamdulillah, suami saya tetap sempat memotong tali pusat baby dan mengazankan baby yang sedang diletakkan di atas dada (proses skin to skin) saya sebaik sahaja tali pusat dipotong.

Tak lama selepas itu uri pula dikeluarkan. Uri ditarik keluar sedikit demi sedikit oleh nurse tanpa perlu meneran. Seterusnya proses menjahit (sebab kena potong sikit untuk memudahkan bayi keluar). Walaupun ubat bius diberikan, proses menjahit tetap sakit. Tapi, disebabkan proses bersalin lebih sakit, maka rasa sakit itu macam tidak terasa dan mampu ditahan bila melihat bayi kita dipangkuan kita. Proses skin to skin berakhir selepas proses jahitan habis. Bayi diambil untuk dibersihkan oleh nurse sebelum diberikan semula kepada saya.

Sebelum bertukar wad, saya dipakaikan cawat untuk elak  darah nifas bocor. Sebaik sahaja masuk wad, terus saya diberikan baju pink. Wad dilengkapi katil, almari, 2 sofa, satu meja kecil, TV dan juga bilik mandi. Wad kelas pertama hospital kerajaan. Tak boleh nak expect lebih kan. Lagipun bayaran tidaklah semahal hospital swasta. Apa yang penting suami boleh sentiasa bersama kami sepanjang masa ditahan di wad. Dan sanak saudara tak perlu menunggu waktu melawat untuk masuk melawat. Bila-bila masa mereka boleh datang tengok baby Emir kami. =)

Alhamdulillah, keesokannya saya dan bayi dibenarkan pulang selepas pukul 3 petang. Jumlah kos yang perlu dibayar hanya RM1031 di mana boleh di claim under company benefit suami yang mengehadkan claim sehingga RM1500 sekali bersalin. Syukur kerana kami tidak perlu menanggung kos bersalin sendiri. Simpanan yang ada boleh digunakan untuk membeli keperluan lain pula.

Ok lah. Setakat ini sahaja cerita saya berkenaan pengalaman bersalin. Mungkin pengalaman saya tidak sengeri orang lain. Ada yang bertarung di labour room selama berbelas-belas jam. Saya hanya 4 jam setengah di dalam bilik itu. Saya bersyukur sangat-sangat kerana dipermudahkan urusan ketika bersalin. Apa yang boleh saya kongsikan di sini, perbanyakkan membaca surah Maryam ketika menunggu hari untuk bersalin dan memohon ampun daripada suami serta minta halal segala yang diberikan kepada kita selama ini. Bai!

Tuesday, May 22, 2012

Pengalaman Bersalin : Part 2

Salam korang!

Yeah, baru ada masa nak menaip sambungan entry pasal pengalaman bersalin. Fuhh~
Sebelum ini cerita saya baru sampai makan-makan McD kan? Memang McD Big Breakfast itu menjadi makanan 'sedap' terakhir saya sebelum berpantang. Hanya orang yang pernah berpantang sahaja faham perasaan saya sekarang ini kan. huhu~

Sebaik sahaja makan McD, suami bertanya nak ke mana pula? Saya pula dengan confident ajak husband pergi taman. Masih lagi nak exercise berjalan banyak supaya mudah bersalin. Suami tak bagi sebab masa itu cuaca sudahpun terik. Jadi suami terus ajak pulang ke rumah. Kami tidak terus pulang sebaliknya singgah di kubur bapak (Allhayarham bapa mertua) yang terletak tidak berapa jauh dari rumah kami. Sempat suami membersihkan kubur sedikit. Saya pula hanya membaca surah-surah pendek dan Al Fatihah dengan duduk di batu di tepi kubur jiran bapak.

Selepas itu, kami terus balik rumah. Masa on da way ke rumah saya ada menelefon mak memaklumkan bahawa saya mungkin akan bersalin hari tersebut. Mak risau dan menasihatkan saya terus ke hospital tetapi saya minta mak bersabar sebab saya masih tidak rasa sakit melampau lagi. Lagipun tiada air ketuban yang keluar dan rasa sakit yang datangpun belum cukup sakit bagi saya. Balik rumah sempat saya mencuci pakaian dahulu. Dalam masa menunggu pakaian dicuci mesin basuh, ayah dan juga kakak saudara, Kak Pap call dan turut menasihatkan saya terus ke hospital. Kebetulan masa itu sakit yang datang makin kerap dan makin kuat. Jadi, selepas menjemur pakaian yang sempat dicuci itu saya terus mengajak suami ke hospital. Masa itu jam menujukkan pukul 12.45 tengah hari. Lokasi hospital dari rumah kami memang dekat. Tak sampai 5 minit perjalanan sahaja.

Sebaik sahaja sampai di hospital, kami terus ke Wad Bersalin. Itupun setelah ditunjuk arah oleh receptionist yang menguruskan pendaftaran FPP (Full Payment Patient) untuk bersalin di situ secara berbayar. Oh ya, kami telahpun register FPP di Hospital Selayang ini sejak kandungan 7 bulan lagi. Wad Bersalin terletak di tingkat 5. Masa itu memang saya seorang sahaja pesakit under FPP. Yang lain semuanya yang direct government. Selepas mendaftar, saya dikehendaki menukar seluar kepada kain batik. Malangnya, beg barang saya tidak dibawa naik oleh suami. Hanya beg baby sahaja dibawa naik. Terpaksalah suami turun semula untuk mengambil kain batik.

Sebaik sahaja memakai kain batik, saya di kehendaki menunggu sebentar di kerusi disediakan dalam bilik pemeriksaan. Dalam bilik itu ada 4 katil dan masa itu hanya satu katil sedang digunakan. Selepas itu nama saya dipanggil. Pada mulanya nurse hanya meletakkan alatan untuk mengesan nadi/jantung baby dan juga contraction. Tapi tak lama lepas itu dia memaklumkan bahawa contraction berdasar graf. Padahal setiap beberapa minit saya menahan sakit contraction. Tak lama selepas itu, seorang doktor muda berbangsa cina memeriksa bukaan saya. Rupanya sudah 4cm. Kalau di klinik sebelum ini doktor seluk tak sakit, kali ini rasa sakit. Maklumlah doktor muda kan. Tak cukup pengalaman lagi. Sabar sahajalah. Dan dia mengesahkan saya perlu masuk labour room. 

Tapi, pukul 3.00 petang, baru saya betul-betul dihantar ke labour room menggunakan kerusi roda. Di labour room, saya dikehendaki menukar baju kepada baju putih one suit sahaja. Yang lain mesti ditanggalkan termasuk jam dan barang kemas. Pakai macam penunggang motosikal pakai jaket ketika nak menunggang motosikal (pakai secara terbalik). Masa saya dimasukkan ke labour room, suami dikehendaki ke kaunter FPP untuk membayar deposit RM3000. Oh ya, memang itu syaratnya. Kalau bersalin normal, kosnya antara RM1000 hingga RM2000. Baki(sekiranya melahirkan secara normal atau kos kurang daripada RM3000) akan dipulangkan oleh Hospital beberapa hari selepas keluar wad. Tak lama kemudian, suamipun masuk ke dalam labour room dan akan menemani saya sepanjang proses melahirkan baby nanti.

Fuhh, panjang pula entry kali ini. Kena sambung kemuncak pengalaman bersalin dalam part 3 pula nampaknya ini. Hehe. Ok, tunggu esok pula yea untuk tahu kesudahannya. Ok bai!

 p/s : selamat datang Bulan Rejab =)

Monday, May 21, 2012

Pengalaman bersalin : Part 1

Salam korang!

Akhirnya tibalah masa untuk saya ceritakan pengalaman semasa nak bersalin. Mungkin hanya satu entry atau mungkin memerlukan beberapa entry. Kita tunggu dan lihat sebentar lagi. Detik bermulanya cerita ialah berlaku pada pukul 4.00 pagi (lebih kuranglah) pada hari selasa, 8hb May 2012. Memang sejak beberapa hari sebelum itu, saya lebih kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil. Tapi kali ini berbeza. Air setompok darah berwarna kecoklatan di panty liner saya. Dan ada darah bercampur air kecil dalam toilet bowl. Terus terdetik rasa tidak kena dalam hati.

Masa itu diam sahaja dan terus sambung tidur. Tetapi sebaik sahaja bangun untuk solat subuh, saya sekali lagi terkejut sebab ada sedikit darah keluar. Tapi memang langsung tak ada rasa sakit atau apa-apa contraction. Saya terus inform suami. Suami pula terus ambil EL setengah hari manakala saya pula akan mendapatkan MC di klinik tempat saya buat pregnancy check up. Klinik buka pukul 9. Sempat saya sediakan sarapan untuk dijamah terus gerak ke klinik. Sebaik sahaja sampai, doktor bagitahu memang masa untuk bersalin hampir tiba. Mungkin 2,3 hari lagi saya akan bersalin. Jadi, diapun memberikan MC sebanyak 2 hari. Sepanjang 2 hari MC tidak ada tanda lain selain daripada sedikit darah yang keluar dari kemaluan.

Sehinggalah menjelang tengah malam, saya mula rasa sakit perut sekejap. Dan rasa sakit perut sekejap itu datang semula beberapa jam kemudian dan seterusnya sehingga subuh, rasa sakit perut sekejap itu mula kerap datang. Rasanya setiap sejam ia datang. Suami memang terus ambil EL pagi itu. Saya bercadang untuk ke klinik tempat saya buat check up dahulu sebelum ke hospital. Masa on da way ke klinik, kekerapan sakit perut sekejap itu makin tinggi. Rasanya setiap 10 minit. Bila sampai klinik doktor terus check bukaan. Dia kata dah 3cm. Wohoo, dan dia kata dindingpun sudah betul-betul nipis. Dia suruh saya berehat dahulu, pergi makan sebelum ke hospital.

Keluar sahaja daripada klinik, kami terus pergi breakfast di McD. Saya dan suami ambil Big Breakfast. Lepas ini saya akan merindui makanan-makanan sedap ini sebab kena berpantang. huhu.
Ohooo, nanti saya sambung lagi. Busy pula dah.

Sunday, May 20, 2012

Cabaran berpantang : Mengurut

Salam korang..

Hari ini sudahpun masuk hari ke 11 saya berpantang. Alhamdulillah, saya dan baby Emir Ikhwan tiada masalah yang besar. Dan tak sabar rasanya menunggu untuk habis pantang. Kalau ikutkan tempoh 44 hari, masih ada 33 hari lagi perlu diharungi. Berharap akan menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi ujian Allah SWT ini walaupun kadang-kadang tumpah juga air mata bila rasa 'tidak mampu menahan'. Saya tak tahu sama ada perasaan mudah tersentuh atau sayu ini berlaku kepada semua ibu berpantang atau hanya saya sahaja yang begitu. Tapi, saya cuba sedaya upaya untuk bertahan dan tabah demi Emir Ikhwan.

Salah satu cabaran yang dihadapi sebaik sahaja Emir dilahirkan ialah mendapatkan khidmat mengurut selepas bersalin. Pada mulanya planning untuk tunggu nenek dari Ajil, Terengganu yang juga merupakan bidan berpengalaman mengurut. Tapi, nenek hanya akan ke KL pada cuti sekolah. Masa itu dah lebih 28 haqri berpantang dan sudah dikira terlewat.

Tambah membimbangkan bila seorang saudara mara belah suami menyatakan, sepatutnya sebaik sahaja bersalin kena terus berurut. Kalau tidak akan masuk angin dan mungkin membawa kepada masalah kemurungan aka meroyan Fuh, dasyat juga penangannya kan. Jadi, tanpa membuang masa terus saya dan suami mencari pakar urut selepas bersalin di sekitar KL-Selangor untuk tujuan berurut. Jumpa satu tukang urut bernama Kak Nurul di internet. Saya cuba menghubungi nombor yang tertera. Tapi, apa yang saya dapat hanyalah kebimbangan yang lebih dasyat. Dia kata selalunya orang cari tukang urut sebelum bersalin. Kalau lepas bersalin baru cari susah sedikit. Lagipun, kena booking dan queue pula sebab pelanggannya ramai. Saya tetap tinggalkan nama dan alamat untuk urusan booking walaupun harapan menipis.

Walau bagaimanapun, kebimbangan saya tidak berpanjangan bila suami menghubungi dan memberitahu sudah dapat pakar urut bernama Kak Suri. Kak Suri bersetuju untuk datang ke rumah sendiri. Saya ambil pakej 3 hari bermula pada hari ke 7 berpantang sehingga hari ke 9 berpantang. Alhamdulillah selain dapat mengembalikan seri muka, shape badanpun makin langsing berbanding sebelum melalui proses mengurut selepas bersalin. Pakej yang ditawarkan Kak Suri memang menarik dan complete. Siap dengan mengurut seluruh badan, bertangas dan bersauna, dan juga bertungku dengan harga RM120 sehari  (Mengurut RM60, Bertangas dan bersauna RM20,Bertungku RM20 dan transportation RM20). Dan rasa yang 'bukan-bukan' dalam diri semakin menjauh pergi dan saya rasa lebih yakin dan kuat sekarang. Alhamdulillah. Tapi Kak Suri hanya pergi area Puchong, Kelana Jaya, Bukit Jalil dan Seri Kembangan. Putrajaya tak pasti pula sebab dia duduk di Serdang.

Kak Suri hanya ambil 2 sahaja pelanggan dalam sehari. Kalau dia sudah ada 2 pelanggan, dia akan tolak sebab katanya mengurut memerlukan tenaga yang banyak. Kalau dia ambil lebih daripada 2 orang sehari, dia akan demam keesokannya. Lagipun, dia ada buka kedai spa di area rumahnya juga bernama Baiduri. Kalau agak-agak berminat bolehlah bertanyakan saya dengan meninggalkan komen di entry ini. Oklah. Itu sahaja buat kali ini. Sekali lagi entry pengalaman di labour room tak keluar. Jadi tunggu ya next entry. Saya tetap akan ceritakan detik pertama kali menjadi seorang ibu. Ok bai!

Saturday, May 19, 2012

Cabaran berpantang

Salam korang!

Fuh, mencabar sebenarnya menjadi ibu lagi-lagi bila berpantang jauh daripada suami tercinta. Hanya bertemankan ibu dan juga si kecil Aliya Batrisya yang baru menginjak setahun setengah. Ayah, abang, kakak, abang ipar dan 2 orang adik hanya ada selepas waktu kerja sahaja. Manakala suami pula seboleh-bolehnya akan balik menjenguk saya dan baby Emir Ikhwan setiap hujung minggu.

Apa yang mencabar ialah, kesihatan mak saya yang tidaklah begitu kuat disebabkan penyakit diabetes yang dihidapinya sejak saya di zaman U lagi. Kalau diikutkan masih lagi gagah tapi si kecil Aliya pula jenis lasak dan tak boleh dibiarkan tanpa kawalan kecuali bila dia tidur. Anak kecil itu boleh dikategorikan hyperaktif. Suka memanjat sana-sini, suka mengambil apa sahaja barang dan melakukan keganasan kepada barang tersebut. Paling-palingpun dia akan campak atau baling. Lepas itu dia suka menepuk orang. Itu yang paling dirisaukan sebenarnya. Dan itu juga antara sebab saya tak boleh nak membiarkan Emir Ikhwan tanpa pengawasan. Takut kalau-kalau kena 'tepuk'. Haih~

So, bantuan daripada mak sendiri semasa awal tempoh berpantang ini agak terbatas. Dan certain perkara perlu saya lakukan sendiri termasuk menukar lampin, memanaskan lauk (kakak dah masakkan setiap pagi untuk makan tengahari dan malam), menguruskan pakaian anak dan diri sendiri dan lain-lain keperluan. Cuma urusan memandikan Emir saya masih mengharapkan mak sebab pergerakan di bahagian sulit masih lagi terbatas. Tak boleh nak duduk mencangkung untuk mandikan Emir.

Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya saya ada tempat bergantung sepanjang berpantang. Saya tak dapat membayangkan kalau berpantang seorang diri. Sangat bahaya sebenarnya sebab pergerakan yang banyak akan menyebabkan jahitan ketika bersalin boleh tertetas.

Terima kasih kepada ahli keluarga saya yang tercinta kerana sudi membantu saya sepanjang proses berpantang ini. Jasa mereka semua terlalu tinggi nilainya dan sukar untuk dibalas. Ok, nampaknya cerita di labour room masih belum keluar. Jadi, tunggu next entry ok. Bai!

Wednesday, May 16, 2012

Selepas 7 hari bersalin

salam korang!

Already 7 days past by after my precious new born baby, Emir Ikhwan delivered to explore the real world. Kalau sebelum ini dia hanya berduniakan sebuah (betul ke ini?), rahim semata. Berkawan dengan uri, tali pusat, dan berjirankan anggota tubuh dalaman saya seperti jantung, hati, dan juga perut.
Kini, dunianya semakin besar.

Mesti anda semua tidak sabar untuk membaca pengalaman saya semasa melahirkan Emir kan? Yeah, saya akan cerita juga nanti tapi bukan hari ini. Berpantang di hari ketujuh masih lagi belum bebas bergerak. Kena sentiasa berjaga-jaga walaupun saya bersalin secara normal. Sebab tetap ada jahitan yang perlu dijaga supaya tak tetas.

Setakat ini baru sekali jururawat klinik desa datang melawat. Dan pemeriksaaan pertama ini berjalan lancar. Baby sihat. Tiada terkena jaundice. Dan ibu juga sihat. Jahitan ok. Macam biasa, jururawat akan menasihatkan supaya bataskan pergerakan. Dan kalau boleh jalan secara terlebih sopan (kepit kaki ok.).
Esok jururawat akan datang untuk kali kedua.

Hari ini juga saya berurut. Saya mengaku agak lewat mengurut tetapi alhamdulillah, tukang urut kata semuanya ok. Dan rahim saya juga terletak elok (tidak jatuh). Cuma saiznya masih lagi besar. Selepas berurut satu badan, bersauna dan juga bertungku, saya rasa sedikit lega. Esok sesi urutan hari kedua dan lusa pula hari terakhir. Saya cuma ambil pakej urutan untuk 3 hari sahaja. Ada yang ambil pakej seminggu dan juga sebulan. Kalau ambil pakej sebulan memang confirm langsing.


Ok lah, buat masa ini hanya ini sahaja updates saya. Nanti saya akan kongsi pengalaman bersalin pula. Bolehlah menjadi rujukan untuk bakal-bakal ibu di luar sana kan. Bai!

Monday, May 7, 2012

Minggu ke 39. Bersedia?

 

Salam korang!

Minggu ini (jumaat nanti) merupakan minggu ke 39 usia kandungan saya. Orang kata pada bila-bila masa sahaja baby boleh keluar melihat dunia tapi setakat ini saya belum rasa apa-apa symptom menandakan kelahiran bakal tiba dalam masa terdekat. Jauh di sudut hati ini saya berharap baby akan keluar pada hari jumaat ini. Tapi, kuasa Allah SWT tiada siapa dapat jangkakan. Asalkan baby sihat, sempurna fizikal dan mental. Itu sudah cukup bagi kami suami isteri.

 

Sabtu lepas saya melawat rumah saudara sebelah suami. Kakak kepada mak mertua yang mesra di sapa Mak Ngah. Salah seorang menantu Mak Ngah, Kak Ai beritahu yang perut saya dah ‘jatuh’. Tetapi, saya tak nampak pula ia ‘jatuh’. Saya bayangkan bila ia ‘jatuh’ ada gap yang besar antara perut dengan breast. Mungkin baru jatuh sikit kot. Setakat ini tidak ada pula berlaku tanda-tanda luar biasa. Setakat sakit sekejap itu adalah. Bukan di kira sebagai contraction pun. Tapi, memang tidur makin tak selesa sekarang. Walaupun mataku mengantuk. Still,  terbangun beberapa kali juga sepnajang malam.  Pundi kencing sentiasa minta dikosongkan setiap kali terbangun. Gagahlah berjalan masuk toilet, keluar toilet kan.

 

Oleh kerana terlalu risau, hampir setiap malam saya membaca surah Maryam. Surah Maryam bagus diamalkan sebagai petua memudahkan proses bersalin dengan izinNya. Saya berharap dan berdoa agar urusan bersalin dipermudahkan Yang Maha Esa. Ingat nak mula bercuti minggu depan kalau sehingga jumaat ini masih lagi belum sampai masa untuk baby dilahirkan. Kena banyakkan senaman supaya mudah bersalin tetapi segan pula nak melakukannya di office ini. Lagipun kerja sekarang terhad pergerakannya. Masa banyak dihabiskan didepan PC sahaja. Jadi, tempat terbaik ialah di rumah. Dengan membuat kerja-kerja rumah, naik turun tangga dan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahpun cukup rasanya. Ditambah pula senaman-senaman khusus untuk ibu mengandung.

 

Selain itu, kena tambah juga pengetahuan berkenaan amalan pemakanan ketika berpantang. So, google is my friend. Cari sahaja maklumat di situ. Mana yang elok, saya akan ambil kira dan cuba amalkan semasa berpantang nanti. InsyaAllah.

 

 

 

Wednesday, May 2, 2012

Pekena Daging Arnab Panggang : mengidam?

Salam korang!

 

Hari ini hari rabu. Rasa macam hari Isnin pula sebab first day kerja after 4 days holiday. Sengaja apply cuti hari Isnin untuk bercuti panjang. Alang-alang cuti hari selasa itu, baik kita mulakan dari hari sabtu. Bercuti tak ke manapun sebab perut dah sarat sangat. Hari sabtu balik Puchong sampai pagi Isnin. Sabtu memang habiskan masa di rumah walaupun cuaca agak panas dan dalam rumah rasa membahang sampai ke awal pagi. Mungkin sebab bilik kami itu dibina daripada batu pasir. Kalau pakai batu bata (yang warna merah tu) mesti tak membahang. 2 malam kami tidur dalam keadaan seperti di sauna.Berpeluh-peluh walaupun kipas siling berpusing ligat tahap maksimum.

 

Untuk menghindari rasa panas, ahad itu kamipun keluar pergi beli breastpump di Setia Alam. Lepas itu kami ke TESCO. Hajat nak cuci mata tengok barang sahaja tapi sempatlah kami membeli shampoo, kuih bahulu dan rempeyek madu. Singgah pula makan tengahari di Jeram. Makan nasi goreng kerabu dan tambahan menu special, sotong goreng tepung. Memang puas hati  dapat makan di sana sebelum baby deliver nanti. On the way balik sempat singgah di OTK membeli bekalan susu kotak, buah pisang, anggur dan juga dried guava. Buat bekalan kudap-kudapan mak buyung ini. Balik rumah jam dah pukul 4 petang. Lepak sahaja di rumah walaupun panas kan.

 

Ingat nak ikut mak dan ayah pergi minum dan makan roti canai dengan si kecil Aliya tapi dek kerana mereka nak pergi awal (pukul 6 petang kot), kamipun tukar plan. Saya dan suami keluar selepas maghrib. Lepas dapat minum 2 gelas limau ais dan 2 keping roti canai (kenapa semua double eh?), suami ajak lepak di Putrajaya. Layan angin malam di sana memang syok. Ingat nak lepak lebih lama tapi at last dekat pukul 11 malam, kami bertolak pulang. Bersedia untuk tidur sambil ber ‘sauna’ di bilik. Heh heh~

 

Esokannya, lepas sarapan nasi lemak dengan air kosong, kami suami isteripun pulang ke Selayang. Suami sepatutnya ada urusan dengan lawyer tengahari nanti tapi urusan itu postpone ke pukul 3.00 petang. Sempat lagi mengajak suami dan kakak ipar makan tengahari di favourite place di Rawang. Kedai makan ini sentiasa penuh pelanggan dan seawal pukul 1 tengahari, lauk pauk boleh kehabisan.  Kami sampai pukul 12.40. Nasib baik masa kami sampai lauk pauk masih ada walaupun tidak banyak pilihan. Kami habis makan pukul 1. By the time kami keluar dari tempat makan itu nampak lauk pauk sudahpun kehabisan. Cepat betul lauk pauknya habis. Huhu.

 

On da way balik, sempat singgah tengok rumah baru kami. Memang rumah sudahpun siap tetapi jalan, lampu jalan dan beberapa kemudahan belum siap. Entah bilalah nak dapat kunci agaknya. Sampai di rumah kira-kira pukul 2.30 petang. Suami keluar pukul 2.45 petang tapi balik semula ke rumah pukul 4.00 petang. Rupanya meeting postpone lagi ke pukul 5.00 petang. Petang itu memang lepak sahaja di rumah sampai malam.

 

Keesokannya cuti Hari Pekerja. Pagi itu hanya lepak di rumah sambil cari-cari maklumat pasal tips-tips bersalin. Cuak juga sebab kalau di kira-kira lagi 16 hari sahaja sebelum estimated delivery date. Persediaan perlulah lengkap. Petang itu terbaca di FB Wall yang Syawal (rakan sekolah suami yang berniaga arnab) ada buka booth jual arnab panggang di Precint 2, Putrajaya. Tiba-tiba mengidam nak makan daging arnab. Terus cakap pada suami. Yeah, petang itu selepas asar kamipun bertolak ke sana. Gigih walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan. Nasib baik masa itu Putrajaya belum hujan. Pasar Precint 2 agak besar dan banyak pilihan makanan sampai rambang mata kami nak pilih yang mana satu. At last kami beli apam balik (ada campur jagung, coklat dan kacang), takoyaki, cendawan goreng tepung dan juga arnab panggang. Yummy, memang puas hati. Rasa macam nak pergi lagi lain kali tapi entah bilalah kan.

 

Kami makan di area Purtajaya juga tapi dalam kereta sahaja. Lagipun cuaca dah gelap dan macam nak hujan. Kami habis makan sahaja, waktu mahgribpun masuk. Kami terus ke Masjid Kristal dan sempat berjemaah di sana sebelum bertolak balik ke Selayang. Dek kerana keletihan, pukul 10.30 malam saya dah masuk tidur. Lagipun esokannya dah kerja. Kenalah tidur awal kan. Apapun sekarang ini sedang menghitung hari. Bukan sahaja hari untuk deliver baby tapi hari untuk bercuti semula. Weekend, cepatlah datang.

 

Ok, itu sahaja cerita saya kali ini. Panjang tak? Tak kan? Hehe.

Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics