Salam semua,
Alhamdulillah esok genaplah usia kandungan saya 21 minggu. Dah 5 bulan rupanya. Rasa macam tak percaya. Bukan sahaja saya yang tak percaya tetapi ada di kalangan rakan office yang terkejut bila saya bagitahu saya mengandung 5 bulan. Diorang tak nampak lagi ‘perut’ saya. Orang kata perkara itu normal untuk ibu-ibu yang baru mengandung anak pertama. Macam seorang kawan office, bila usia kandungan masuk 7 bulan baru orang nampak dia mengandung. Sebelum itu memang langsung tak perasan. Kalau tak diberitahu memang sampai ke sudah tak tahu.
Masa kandungan saya 18 minggu, saya ada buat check up di klinik. Doktor membuat pemeriksaan seperti biasa. Doktor juga ‘scan’ perut saya untuk melihat perkembangan bayi. Alhamdulillah, menurut doktor anak saya membesar secara sihat dan cukup sifat. Bayi yang saya kandung kelihatan amat cergas. Sentiasa membuat pergerakan sepanjang process scanning. Doktor cakap sepatutnya dah boleh melihat jantina tetapi malangnya sebab alat sulitnya terlindung oleh tali pusat. Hajat untuk tahu juga apa jantina bayi. Mungkin next check up kami akan dapat tengok. InsyaAllah.
Doktor cakap kalau saya sensitive, saya akan mula rasa pergerakan bayi di dalam perut bila masuk minggu ke 19. Tetapi biasanya masuk minggu ke 20 semua ibu-ibu sudah boleh rasa pergerakan. Memang betulpun, masuk usia dia 20 minggu, saya dah mula rasa pergerakan lagi-lagi selepas makan. Mungkin dia seronok dapat makanan kot. Kadang-kadang bila tiba waktu makan, dia akan bagi sign minta makanan bila saya terlambat makan. Masuk minggu ke 20 juga saya mula rasa kaki seperti hampir kejang. Nasib baik tak terkena ‘ular-ular’ lagi. Kalau kena lagilah sakit. Orang kata itu berlaku disebabkan kurang kalsium. So, kenalah minum susu lebih banyak selepas ini kan.
Lepas itu bila berlaku pertambahan saiz pada dua anggota badan iaitu perut dan breast, kadang-kadang akan rasa ‘gatal’. Dinasihatkan jangan garu kalau taknak kulit badan menjadi hodoh. Sebaliknya banyakkan sapu lotion untuk elakkan stretch mark. Ada banyak kot dijual di farmasi ataupun semasa awal kehamilan, amalkan sapu lotion ‘Body Butter’ yang ada jual di BodyShop. Harganya dalam lingkungan RM55-RM69 sebekas. Sebekas sebenarnya boleh tahan sampai waktu nak bersalin. So, beli sebekaspun cukup. Kecuali kalau korang suka sangat pakai lotion itu sampai dalam sehari 3-4 kali sapu. Saya biasa menggunakannya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Oh ya, saya mula rasa gatal sejak usia kandungan 3 ke 4 bulan. Sebelum itu saiz perut masih kecil. So, tiada sebarang ‘regangan’ yang berlaku pada kulit. Bila perut makin besar, kulit dah menegang. Sampai ke takat alah, dia akan mula hilang sifat kenyal. Bila hilang sifat kenyal maka bila perut dah kecil semula, berlakulah kekenduran di situ sebab tiada keupayaan untuk kembali ke asal. Kan dah masuk bab kejuruteraan bahan dalam ini cerita. Hehe.
Ok geng. Sekianlah update saya kali ini.
Lenkali kalau saya ingat saya cerita sambungannya pula.
Ok, bai!
No comments:
Post a Comment