Salam korang!
Rindukan saya. Almaklumlah selalunya Isnin rajin bebenor update blog. Tetapi semalam agak busy sampai solat asarpun agak lewat. Beberapa minit sebelum waktu untuk pulang. Hujung minggu yang lalu tak banyak aktiviti. Hari sabtu kami suami isteri pergi menghadiri majlis kenduri kahwin Abang Sport di Putrajaya. Pagi hanya bersarapan buah limau dan roti jagung. Tengahari itu makan nasi kenduri. Seronok sesekali dapat jumpa ahli-ahli alumni kelab lambaian yang sangat sporting. Yang saya jumpa masa kenduri itu ialah Usop, Aizat, Aufa, Abang Yerk, Abang Azwar, Kak Roza, kak Syila, Lin dan Reen. Usop siap bawa banner ucapan pengantin baru siap dengan gambar kami semasa AGM di Melaka dulu. Balik rumah lewat petang. Malam itu kami makan nasi goreng yang saya masak.
Esokannya hari bermula agak lewat. Pukul 9.00 baru nak masuk dapur. Saya tengok ada beberapa biji pisang masak ranum dalam bakul. Terus saya buat cekodok. Walaupun tak sehebat hasil tangan mak mertua serta terlebih tepung, tapi tengok suami makan tanpa banyak soalpun dah bersyukur. Akhirnya berjaya sediakan sarapan untuk suami. Oh ya, lupa pula nak bagitahu yang mak mertua saya tak ada di rumah sejak jumaat. Dia balik kampung di Kedah bersama Pak Ngah dan Mak Ngah (kakak dan abang iparnya). Selalunya saya hanya membantu mak mertua di dapur dan kalau kakak ipar ada, saya tolong dia memasak pula. Bila mereka berdua tiada barulah saya memasak. Lagipun malulah sebab skill memasakpun suam-suam kuku sahaja. Lagipun selera keluarga belah suami tak sama dengan keluarga sendiri kan. So, memang start from zero bila masuk dapur orang.
Kalau ikutkan hari itu tiada sebarang plan. Tetapi suami tiba-tiba teringin survey basikal. Katanya nak beriadah dengan menunggang basikal. Jadi, kamipun pergi ke sebuah kedai basikal di Batu Caves. Uncle India pemilik kedai amat peramah dan henti-henti bercerita berkenaan basikal kepada suami saya. Suami bertanyakan apa yang perlu dipertimbangkan bila nak beli basikal? Dia cakap budget dan dimana kita akan gunakan basikal tersebut. Budget memang number 1. Kalau budget besar boleh beli macam-macam jenis basikal. Lagi terkenal brand, lagi mahal harganya walaupun kualitinya sama. Brand paling mahal di kedai uncle itu ialah GIANT. Kalau basikal GIANT berharga RM1800, kita boleh dapat basikal dari brand lain yang sama kualiti dengan harga lebih kurang RM1100 – RM1300. Banyak bezanya kan?
Semasa sedang survey basikal itu tiba-tiba saya teringatkan kebun mak mertua. Mak kata buah-buahan sedang masak ranum di kebun. Rugi kalau tak pergi ambil. Jadi saya terus mengajak suami ke kebun mak mertua selepas habis survey basikal. Sempat lagi kami membeli bekalan air,junk food (keropok ikan) dan juga plastic untuk mengisi buah. Keropok ikan itu kami habiskan dalam perjalanan ke kebun. Punyalah lapar sebab pagi itu hanya makan cekodok pisang sahaja. Sampai sahaja di kebun, kami terpegun tengok banyaknya buah rambutan dan langsat. Walaupun Paklong sudahpun datang kek kebun sebelah pagi untuk kutip hasil tapi masih banyak lagi buah-buahan yang tak diambil. Tetapi kami hanya ambil sedikit sahaja sebab kami tak bawa galah mahupun parang. Hanya guna tangan sendiri untuk mengait buah.Buah manggis dapatlah dalan 20 biji. At last, Paklong pesan suruh pergi ambil buah-buahan tersebut di rumahnya. Ada cempedak, manggis, rambutan dan juga langsat.
Sebelum ke rumah Paklong, kami singgah di McD Rawang untuk makan tengahari (walaupun dah pukul 4.00 petang). Lepas makan kami terus pergi ke rumah Paklong. Langkah kanan pula sebab kebetulan Maklong sedang menggoreng cempedak. Pekena pula dengan Teh O panas. Memang terbaik minum petang kami. Dalam pukul 6.00 petang kamipun beransur pulang. Malam itu, saya, suami dan adik ipar pergi makan malam di luar sahaja. Tak larat nak memasak.
Oklah, itu sahaja update hujung minggu saya.bai!
No comments:
Post a Comment