Salam,
Tahun 2012 dah masuk hari kedua. Tapi saya tak rasa ada sebarang perbezaan yang ketara. Yang menarik ialah bermula hari ini cuti tahunan kembali menjadi 12 hari. Tidak lagi seperti minggu lepas dan beberapa bulan yang lepas di mana tahun 2011 cuti tahunan cepat betul susut. Bila diteliti tahun lepas cuti tahunan banyak dihabiskan untuk menyelesaikan urusan perkahwinan. Sebelum berkahwin kena pergi ambil submit borang, buat HIV Test dan macam-macam lagi prosedur yang hanya boleh dilakukan di waktu office hour.
Tahun 2012 pun akan jadi tahun cuti juga untuk saya. Cuti bersalinpun sudah ambil masa 2 bulan. Seronok bila melihatkan angka cuti tetapi jadi tak keruan bila memikirkan process yang akan dilalui sebelum dapat cuti 2 bulan itu. Pastinya process melahirkan anak. Tak pernah saya dengar mereka yang berpengalaman kata ‘tak sakit’. Semuanya cakap ‘sakit’. Sama ada secara normal ataupun melalui pembedahan, semuanya berisiko. Sebab itulah ibu yang bersalin ini umpama berjihad dan sekiranya ibu itu meninggal dunia ketika bersalin maka dikira mati syahid. Tetapi memang semua ibu-ibu akan mengaku segala rasa sakit ketika process melahirkan anak itu akan hilang sebaik sahaja melihat anak yang baru dilahirkan itu di depan mata.
Itu baru cerita pasal cuti bersalin. Belum dikira cuti untuk check up baby pula. Hampir setiap bulan di awal usia kelahiran kena pergi klinik untuk buat check up. Selain memastikan tahap kesihatan baby dan juga ibunya sentiasa dalam keadaan yang optimum, baby turut diberikan suntikan-suntikan tertentu sehingga usianya masuk setahun. Kalau boleh tak mahulah cuti selalu. Cutipun bukannya banyak kan. Kalau ikut kiraan, hanya boleh cuti sehari dalam sebulan. Bilalah company ini nak up kan cuti menjadi 16. Kakak saya dulu masuk sahaja kerja terus dapat cuti 14 hari. Masuk 5 tahun kerja cutipun up jadi 20 hari. Dahlah company dia memang open 5 days per week. Public holiday untuk negeri Selangor semua company dia sapu.
Contoh terbaik ialah hari ini. Sepatutnya hari ini replacement kepada Cuti Tahun Baru 2012. Tetapi, saya tak cuti. Alasan company cuti telahpun diganti pada hari Sabtu nanti. Kalau ikutkan hati kalau boleh sabtu tak mahu kerja dan replacement daypun tak mahu kerja. Tersiksa jiwa raga tengok kawan-kawan masih lagi happy dalam mood cuti. Kadang-kadang disebabkan benda remeh macam ini boleh buat tahap motivasi untuk kekal bekerja di company ini menurun. Maka mulalah mengira waktu untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik serta yang mementingkan kebajikan pekerja especially bab cuti dan juga bab medical benefit.
Semoga tahun 2012 akan membuka peluang rezeki yang lebih baik dari segi salary, cuti, medical benefit, dan career development . Ya Allah, hanya kepadaMu tempatku bergantung harap kerana hanya Engkaulah yang Maha Memberi, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa. Ameen~
No comments:
Post a Comment