Followers

Friday, January 27, 2012

Accident di LDP pagi tadi

Salam korang.

 

Salam tengahari jumaat. Office tengah lengang sebab para muslimin sedang beribadat di masjid menunaikan solat jumaat. Company tempat kerja saya ini memang baik hati. Dia bagi lelaki muslim sahaja rehat lama sampai pukul 2.30 petang untuk memudahkan mereka menunaikan solat jumaat. Semua perempuan muslim or non muslim dan lelaki non muslim waktu rehat seperti hari-hari lain. Jadi pukul 1.20 dah kena start kerja ye kawan-kawan.

 

Perutpun tengah penuh sebab dah sumbat dengan nasi berlaukkan sambal sotong dan sayur pucuk paku, disudahi dengan sebiji limau mandarin CNY sebentar tadi. Rasa berat sahaja perut. Nak pergi solatpun kena bertabah dahulu sebab tak larat nak bangun lagi untuk ke surau. Padahal makannya tak banyakpun. Tapi disebabkan sekarang ini dalam fasa ‘ruang dalam perut semakin mengecil’ untuk beri lebih ruang kepada tumbesaran bayi, maka perut cepat rasa penuh. Lagi-lagi bila makan buah.

 

Alkisahnya di pagi jumaat yang indah ini macam biasa pukul 6.35 pagi saya sudah keluar menuju ke tempat kerja. Jalan pagi ini memang agak lengang berbanding semalam. Mungkin lebih ramai umat manusia yang mengambil cuti agaknya. Tengah elok drive di lorong kanan (sebab jalan terlampau smooth), sampai sahaja flyover selepas simpang One Utama, jalan jadi sesak secara tiba-tiba. Masa itu pukul 6.50 pagi rasanya. Rupanya ada accident. Tengok pada keadaan kereta agak teruk tetapi tak nampak pula ke mana perginya pemandu dan penumpang. Mula-mula nampak kereta kelisa yang bahagian enjin (bonet depan) macam total lost menghadap ke arah lorong sebelah kiri (kereta berada di lorong kanan). Di hadapannya ada sebuah lori besar yang macam tak ada apa-apa effect. Manakala beberapa meter di hadapan lori pula ada kereta sedan (lupa pula kereta apa..rasanya vios) yang bahagian depannya kemek tapi tak total lost terlekat kat divider lorong kanan. Bahagian belakang ada kesan kemek di belah kiri. Tayar belah kiri belakang rosak. Tak dapat dipastikan punca kejadian tetapi rasanya ia berlaku sebab memandu laju dan juga salah langkah masa nak memotong. Tapi tak dapat nak beri gambaran sebenar kejadian.

 

Masa saya lalu LDP tu, kemalangan baru sahaja berlaku. Ambulans, polis atau tow truck pun belum sampai. So, jalan belum betul-betul sesak. Kalau lambat sedikit, mesti beratur panjang punya. Sebab hanya satu lorong sahaja boleh digunakan. Harap tiada mangsa yang terkorban. Peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Nak bawa laju bukan tak boleh selagi ikut had laju ditetapkan dan juga jangan memandu secara berbahaya. Ok bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics