Followers

Monday, January 30, 2012

Kurang sihat.

Salam Pagi..

 

Sejak sabtu, saya dah rasa tak sihat. Bermula seawall 11 malam hari jumaat cuba melelapkan mata secepat mungkin sebab keesokannya ada plan nak teman suami dan abang saudara berbasikal di Hutan FRIM. Terkebil-kebil mata dengan hidung yang tersumbat dan tekak yang perit. Nak kata demam tak rasa demampun. Puas melayan Sudoku sampai naik jemu saya turun ke dapur. Minum susu HL segelas dan naik semula ke bilik. Lepas itu, tak sampai 10 minit saya terlelap juga walaupun masa itu dah pukul 3.00 pagi.

 

Bangun pagi, selepas subuh tak dapat tahan mata yang masih kantuk. Terus terlelap lagi. Bangun pukul 7.30 pagi dan tersedar sahaja tengok suami dah bersiap. Tapi tak sempat tanya dia dah turun bawah.  Terus capai tudung dan turun mengejar. Nampak dia dalam kereta. Mulalah nak kecil hati sebab suami nak tinggalkan diri ini. Nasib baik baru nak panaskan enjin, terus saya tanya;

 

“Abang nak pergi mana?”

 

Sesi perbualanpun berlaku juga antara kami.

 

Suami : Abang nak pergI 7E. Kenapa?

Saya : Oh, ingatkan abang nak pergi FRIM tinggalkan saya.

Suami : Tadi rasa macam nak tinggal juga. Kesian tengok awak tak cukup tidur.

Saya : Mana boleh tinggal. Boringlah macam ni.

Suami : Takpe ke awak ni. Dah tak mengantuk?

Saya : Tak mengantuk dah. Dah cukup tidur.

Suami : Ok, dah jom masuk kereta.

 

Sayapun ikut dia pergi beli air di 7E. Tapi saya duduk dalam kereta sahaja sebab pakaian tak semenggah. Baju kelawar lengan panjang sahaja kot. Satu-satunya kelawar lengan panjang yang saya beli masa singgah di Pasar Payang .Masa itu kami ke sana atas jemputan kenduri kahwin sahabat sekelas kami, Marwan.

 

Dipendekkan cerita sampai jugalah hajat kami ke FRIM. Gerak kira-kira pukul 9.00 pagi dari rumah di Selayang. Dia berbasikal dengan abang saudara manakala saya, isteri abang saudara dan juga si kecil Awliya pergi naik kereta dan kemudian hanya berjalan-jalan sekitar FRIM. Punyalah gagah berjalan beberapa kilometer naik bukit turun bukit. At last kami berhenti di taman mainan kanak-kanak. Tapi tak lamapun di situ, lepas Awliya rasa boring, kamipun cuba mencari kafe. Nak lepak minum kononnya sementara tunggu orang-orang berbasikal puas mengayuh.

 

Awliya nak di dokong, tentulah ibunya yang menggalas tugas itu. Saya pula menolak stroller. Menolak stroller di atas padang rumput rupanya mencabar fizikal lagi-lagi tang kaki. Cari kafe tak jumpa. Masuk bangunan Kelab FRIM untuk ke toilet. Rupanya kafe terletak di kawasan perkelahan tak berapa jauh dari situ. Ibu Awliya pun decide nak pergi ambil kereta yang park agak jauh. Dah tak larat nak mendokong Awliya gamaknya. Jadi sementara dia pergi ambil kereta, sayapun menjaga Awliya. Kali ini Awliya sekali lagi menguji kaki saya. Kemain suka jumpa tangga terus dipanjatnya sampai ke atas. Naik turun naik turun. Saya yang risaukan keselamatan dia terus follow dia memanjat sampailah ibu dia sampai. Kami terus masuk kereta nak gerak ke kafe.  Kebetulan mereka yang berbasikalpun sampai di tempat kami. Terus gerak pergi kafe. Disebabkan masa itu dah pukul 11, terus kami makan berat di situ. Ala-ala Branch la kan. Lebih kurang pukul 1 kamipun balik.

 

Petang itu sempat lagi keluar. Pergi rumah mak saya di Puchong. Sebelum maghrib kami bertolak pula ke IKEA. Jalan-jalan lagi. Siap beli baby-cot di IKEA dan makan pula di Waroeng Penyet The Curve. Gagah lagi kaki saya melangkah. Malam itu, sempat lagi layan drama ‘Aku Mahu Terbang’ sampai habis sebelum masuk tidur. Esokan paginya, mulalah rasa kesan ‘menggunakan kaki secara melampau’.

Sakitnya kaki sampai ke peha. Selsema dan sakit tekak tak kebah-kebah juga. Pagi-pagi bersarapan roti canai sebelum rumah kami dibersihkan tukang cuci. Lama juga diorang buat kerja sampai pukul 2.00 pun tak selesai lagi.  Saya terus ajak suami keluar sebab perut dah mula lapar. Hajatnya nak makan aiskrim vanilla. Orang kata ia  bagus untuk cure sakit tekak. Jadi dalam pukul 3 lebih macam itu kamipun keluar. Terus ke OU kali ini.

 

Sampai sahaja di sana terus cari tempat makan. Akhirnya berhenti di Secret Recipe. Malangnya aiskrim tak ada pula. Jadi kami makan main course masing-masing manakala desert pula diganti dengan kek. Sempat juga jumpa dengan Kaklong. Dia baru sahaja habis kursus umrah. Lepas selesai di Secret Recipe terus cari surau untuk solat Asar. Lepak di Secret Recipe dari pukul 4 sampai 5.30 petang. Sakan berborak punya pasal. Lepas solat, singgah di Parkson mencari sesuatu untuk diberi kepada kawan kami di Pontian sempena perkahwinannya. Kami berpisah dengan Kaklong di situ. Lepas dah dapat hadiah, terus kami ke Babyland di SS2 pula. Hajat nak membeli barang-barang keperluan si manja dan juga untuk saya sebagai mak buyung. Heh heh~

 

Lepas itu kami terus bergerak balik ke Selayang. Singgah solat dan juga beli McFlurry Oreo melalui Drive Thru di Stesen Petronas sebelum pulang. Sampai di rumah, family tengah makan malam. Joinlah sekaki sebelum duduk lepak menonton TV bersama mereka. Pukul 10.30 dah tahan. Kaki sakit, hidung tersumbat, sakit tekak dan mata mengantuk. Lepas  makan ubat terus terlelap. Masalahnya, bangun sahaja pagi, keadaan masih lagi sama. Rasa macam nak demampun ada tapi gagahkan diri untuk ke tempat kerja. Selagi larat, kerjalah. Jangan manjakan sangat badan kelak akan effect pada baby yang dikandung.

 

Wuiyoo, walaupun rasa tak sihat dapat juga menaip panjang hari ini. Ini jadi update terkini saya untuk hujung minggu ini. Minggu depan? Hadoi, minggu depan plan lagi padat. Siap nak ke Pontian lagi. Tolong doakan saya cepat sihat daripada sakit-sakit ini ye kawan-kawan. Ok, bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics