Salam Jumaat.
Salam barakah semua.
Jumaat penghulu segala hari dan juga penutup hari bekerja untuk minggu ini. Yang specialnya, cuti kali ini lebih panjang daripada biasa sempena dengan perayaan CNY. Paling sedikitpun macam company sayalah. Cuti 4 hari. Rabu sudah kena masuk office semula. Sekolah dan company milik orang berbangsa cinapun tutup kedai seminggu. Selamat Tahun Baru Tahun Naga untuk rakan-rakan berbangsa cina dan juga selamat bercuti panjang kepada rakan-rakan berbangsa lain.
Apa rancangan cuti korang eh? Mesti ramai yang akan bercuti di kampung halaman. Takpun mesti ada yang pergi bercuti bersama keluarga di pusat-pusat peranginan sama ada dalam negara atau luar negara ataupun paling tidak pergi berkelah atau bersiar-siar kan. Bukan senang nak dapat cuti panjang macam ini. Paling awalpun, bulan Ogos nanti sempena Hari Raya Puasa.
Sayapun ada juga rancangan cuti ini. Saya, suami dan keluarga belah saya akan bercuti di Fraser Hill. Tak pernah menjejakkan kaki di sana seumur hidup. Walaupun mak dan ayah kata tempat itu tidaklah semeriah Cameron Highland tetapi tetap teruja. Selagi tak pergi dan lihat sendiri selagi itulah kita tidak tahu. Kadang kala mendengar pengalaman orang lain tidak cukup. Dulu masa zaman kanak-kanak ayah bawa bercuti ke kebun boss ayah tetap rasa seronok walaupun tak ada apa-apa yang menarikpun. Tempat yang kosong akan tetap akan menarik kalau kita pandai memeriahkannya. Betul tak?. Kalau tak berjayapun sekurang-kurangnya kami dah cuba untuk jadikan ia tempat percutian menarik. Asalkan dapat berkumpul bersama keluargapun sudah cukup baik.
Tapi kali ini mungkin abang tak dapat sertai disebabkan komitmen pada kerja sebagai pemandu lori sampah. Kalau di hari perayaan, tak kutip sampah memang ‘haru’ kawasan perumahan tersebut. Berlonggok sampah depan rumah gamaknya. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh abang saya. Korbankan cuti. Cuti dia hanya pada hari Ahad. Kalau raya jatuh pada hari ahad maka beruntunglah dia nanti sebab dapat bercuti raya.
Tak sabar nak bercuti.Cepatlah pukul 5.30 petang. Ok, bai!
No comments:
Post a Comment