Followers

Tuesday, January 31, 2012

Mahu Survey Baju, Seluar dan Tudung Murah

Salam korang!

 

Badan dah makin membesar lagi-lagi bahagian perut dan pinggul. Amat terasa t-shirt yang ada dah ketat. Melekap macam sarung nangka. Mak mertuapun dah tegur perut dah nampak. Tudung kepalapun dah makin kehabisan stok (padahal banyak je Cuma dah jemu tengok tudung yang sama bertahun-tahun). Teringin nak pergi shopping baju- baju besar sikit untuk pakai pergi kerja dan juga tudung kepala yang baru. Tapi bila difikirkan balik, bilalah nak pergi menjenguk Jalan TAR di kala perut dah memboyot ini untuk cari tudung-tudung yang cantik dan murah. Bila pula nak pergi survey cari baju mengandung yang bersesuaian dengan kehendak diri. Kalau boleh tak mahulah beli yang mahal-mahal. Kalau boleh nak beli baju yang jenis kain tshirt sahaja. Mana mahu jumpa yea?

 

Semalam, cuba survey blogshop yang jual shawl/tudung. Jumpalah satu blog yang agak menarik juga dia punya pilihan tudung. Ada tudung bawal lagi. Tapi bila dah pilih-pilih dan submit form, tak ada feedbackpun. Sampai ke pagi ini tak adapun masuk email inbox. Harapan tinggal harapan. Dah la sekarang ini kebanyakan orang jual tudung sarung. Jarang jumpa tudung bawal. Kalau adapun harganya mencekik leher. Ada satu blog itu, sehelai harganya RM44. Kopaklah poket saya kalau nak beli beberapa helai. Itu belum masuk postage fees lagi. Malam nanti nak cuba cari lagi blogshop lain pula. Selagi tak jumpa tudung, selagi itulah mencari.

 

Pasal baju pula ingat nak mencari di pasaraya sahaja. Contoh macam TESCO, GIANT dan JUSCO. Mungkin lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih murah. Ye lah, baju-baju ini bukan nak pakai lama-lama, dalam tempoh mengandung sahaja. Lepas itu, dah kena simpan dalam almari. Tunggu pula next time kalau pregnant. Entah-entah masa itu fesyen yang adapun dah outdated, terus kena beli yang baru juga. Eceh, nak juga berfesyen-fesyen bagai.  Ingat nak pergi cari seluar yang selesa sikit untuk diikat di pinggang. Seluar sekarang ini kadang-kadang buat rasa sesak nafas bila duduk lama-lama. Ini baru 6 bulan, kalau sudah masuk 8 bulan nanti confirm bertambah tak selesa. Seluar yang ada inipun beli di JUSCO. Ada idea tak mana nak cari seluar pregnancy. Janganlah suggest kedai butik mahal-mahal. Tak mampu saya.

 

Pembaca yang budiman (kalau adalah.)

Bolehlah drop comment kalau ada cadangan menarik.

Ok, bai!

 

 

 

 

Monday, January 30, 2012

Kurang sihat.

Salam Pagi..

 

Sejak sabtu, saya dah rasa tak sihat. Bermula seawall 11 malam hari jumaat cuba melelapkan mata secepat mungkin sebab keesokannya ada plan nak teman suami dan abang saudara berbasikal di Hutan FRIM. Terkebil-kebil mata dengan hidung yang tersumbat dan tekak yang perit. Nak kata demam tak rasa demampun. Puas melayan Sudoku sampai naik jemu saya turun ke dapur. Minum susu HL segelas dan naik semula ke bilik. Lepas itu, tak sampai 10 minit saya terlelap juga walaupun masa itu dah pukul 3.00 pagi.

 

Bangun pagi, selepas subuh tak dapat tahan mata yang masih kantuk. Terus terlelap lagi. Bangun pukul 7.30 pagi dan tersedar sahaja tengok suami dah bersiap. Tapi tak sempat tanya dia dah turun bawah.  Terus capai tudung dan turun mengejar. Nampak dia dalam kereta. Mulalah nak kecil hati sebab suami nak tinggalkan diri ini. Nasib baik baru nak panaskan enjin, terus saya tanya;

 

“Abang nak pergi mana?”

 

Sesi perbualanpun berlaku juga antara kami.

 

Suami : Abang nak pergI 7E. Kenapa?

Saya : Oh, ingatkan abang nak pergi FRIM tinggalkan saya.

Suami : Tadi rasa macam nak tinggal juga. Kesian tengok awak tak cukup tidur.

Saya : Mana boleh tinggal. Boringlah macam ni.

Suami : Takpe ke awak ni. Dah tak mengantuk?

Saya : Tak mengantuk dah. Dah cukup tidur.

Suami : Ok, dah jom masuk kereta.

 

Sayapun ikut dia pergi beli air di 7E. Tapi saya duduk dalam kereta sahaja sebab pakaian tak semenggah. Baju kelawar lengan panjang sahaja kot. Satu-satunya kelawar lengan panjang yang saya beli masa singgah di Pasar Payang .Masa itu kami ke sana atas jemputan kenduri kahwin sahabat sekelas kami, Marwan.

 

Dipendekkan cerita sampai jugalah hajat kami ke FRIM. Gerak kira-kira pukul 9.00 pagi dari rumah di Selayang. Dia berbasikal dengan abang saudara manakala saya, isteri abang saudara dan juga si kecil Awliya pergi naik kereta dan kemudian hanya berjalan-jalan sekitar FRIM. Punyalah gagah berjalan beberapa kilometer naik bukit turun bukit. At last kami berhenti di taman mainan kanak-kanak. Tapi tak lamapun di situ, lepas Awliya rasa boring, kamipun cuba mencari kafe. Nak lepak minum kononnya sementara tunggu orang-orang berbasikal puas mengayuh.

 

Awliya nak di dokong, tentulah ibunya yang menggalas tugas itu. Saya pula menolak stroller. Menolak stroller di atas padang rumput rupanya mencabar fizikal lagi-lagi tang kaki. Cari kafe tak jumpa. Masuk bangunan Kelab FRIM untuk ke toilet. Rupanya kafe terletak di kawasan perkelahan tak berapa jauh dari situ. Ibu Awliya pun decide nak pergi ambil kereta yang park agak jauh. Dah tak larat nak mendokong Awliya gamaknya. Jadi sementara dia pergi ambil kereta, sayapun menjaga Awliya. Kali ini Awliya sekali lagi menguji kaki saya. Kemain suka jumpa tangga terus dipanjatnya sampai ke atas. Naik turun naik turun. Saya yang risaukan keselamatan dia terus follow dia memanjat sampailah ibu dia sampai. Kami terus masuk kereta nak gerak ke kafe.  Kebetulan mereka yang berbasikalpun sampai di tempat kami. Terus gerak pergi kafe. Disebabkan masa itu dah pukul 11, terus kami makan berat di situ. Ala-ala Branch la kan. Lebih kurang pukul 1 kamipun balik.

 

Petang itu sempat lagi keluar. Pergi rumah mak saya di Puchong. Sebelum maghrib kami bertolak pula ke IKEA. Jalan-jalan lagi. Siap beli baby-cot di IKEA dan makan pula di Waroeng Penyet The Curve. Gagah lagi kaki saya melangkah. Malam itu, sempat lagi layan drama ‘Aku Mahu Terbang’ sampai habis sebelum masuk tidur. Esokan paginya, mulalah rasa kesan ‘menggunakan kaki secara melampau’.

Sakitnya kaki sampai ke peha. Selsema dan sakit tekak tak kebah-kebah juga. Pagi-pagi bersarapan roti canai sebelum rumah kami dibersihkan tukang cuci. Lama juga diorang buat kerja sampai pukul 2.00 pun tak selesai lagi.  Saya terus ajak suami keluar sebab perut dah mula lapar. Hajatnya nak makan aiskrim vanilla. Orang kata ia  bagus untuk cure sakit tekak. Jadi dalam pukul 3 lebih macam itu kamipun keluar. Terus ke OU kali ini.

 

Sampai sahaja di sana terus cari tempat makan. Akhirnya berhenti di Secret Recipe. Malangnya aiskrim tak ada pula. Jadi kami makan main course masing-masing manakala desert pula diganti dengan kek. Sempat juga jumpa dengan Kaklong. Dia baru sahaja habis kursus umrah. Lepas selesai di Secret Recipe terus cari surau untuk solat Asar. Lepak di Secret Recipe dari pukul 4 sampai 5.30 petang. Sakan berborak punya pasal. Lepas solat, singgah di Parkson mencari sesuatu untuk diberi kepada kawan kami di Pontian sempena perkahwinannya. Kami berpisah dengan Kaklong di situ. Lepas dah dapat hadiah, terus kami ke Babyland di SS2 pula. Hajat nak membeli barang-barang keperluan si manja dan juga untuk saya sebagai mak buyung. Heh heh~

 

Lepas itu kami terus bergerak balik ke Selayang. Singgah solat dan juga beli McFlurry Oreo melalui Drive Thru di Stesen Petronas sebelum pulang. Sampai di rumah, family tengah makan malam. Joinlah sekaki sebelum duduk lepak menonton TV bersama mereka. Pukul 10.30 dah tahan. Kaki sakit, hidung tersumbat, sakit tekak dan mata mengantuk. Lepas  makan ubat terus terlelap. Masalahnya, bangun sahaja pagi, keadaan masih lagi sama. Rasa macam nak demampun ada tapi gagahkan diri untuk ke tempat kerja. Selagi larat, kerjalah. Jangan manjakan sangat badan kelak akan effect pada baby yang dikandung.

 

Wuiyoo, walaupun rasa tak sihat dapat juga menaip panjang hari ini. Ini jadi update terkini saya untuk hujung minggu ini. Minggu depan? Hadoi, minggu depan plan lagi padat. Siap nak ke Pontian lagi. Tolong doakan saya cepat sihat daripada sakit-sakit ini ye kawan-kawan. Ok, bai!

 

Friday, January 27, 2012

Accident di LDP pagi tadi

Salam korang.

 

Salam tengahari jumaat. Office tengah lengang sebab para muslimin sedang beribadat di masjid menunaikan solat jumaat. Company tempat kerja saya ini memang baik hati. Dia bagi lelaki muslim sahaja rehat lama sampai pukul 2.30 petang untuk memudahkan mereka menunaikan solat jumaat. Semua perempuan muslim or non muslim dan lelaki non muslim waktu rehat seperti hari-hari lain. Jadi pukul 1.20 dah kena start kerja ye kawan-kawan.

 

Perutpun tengah penuh sebab dah sumbat dengan nasi berlaukkan sambal sotong dan sayur pucuk paku, disudahi dengan sebiji limau mandarin CNY sebentar tadi. Rasa berat sahaja perut. Nak pergi solatpun kena bertabah dahulu sebab tak larat nak bangun lagi untuk ke surau. Padahal makannya tak banyakpun. Tapi disebabkan sekarang ini dalam fasa ‘ruang dalam perut semakin mengecil’ untuk beri lebih ruang kepada tumbesaran bayi, maka perut cepat rasa penuh. Lagi-lagi bila makan buah.

 

Alkisahnya di pagi jumaat yang indah ini macam biasa pukul 6.35 pagi saya sudah keluar menuju ke tempat kerja. Jalan pagi ini memang agak lengang berbanding semalam. Mungkin lebih ramai umat manusia yang mengambil cuti agaknya. Tengah elok drive di lorong kanan (sebab jalan terlampau smooth), sampai sahaja flyover selepas simpang One Utama, jalan jadi sesak secara tiba-tiba. Masa itu pukul 6.50 pagi rasanya. Rupanya ada accident. Tengok pada keadaan kereta agak teruk tetapi tak nampak pula ke mana perginya pemandu dan penumpang. Mula-mula nampak kereta kelisa yang bahagian enjin (bonet depan) macam total lost menghadap ke arah lorong sebelah kiri (kereta berada di lorong kanan). Di hadapannya ada sebuah lori besar yang macam tak ada apa-apa effect. Manakala beberapa meter di hadapan lori pula ada kereta sedan (lupa pula kereta apa..rasanya vios) yang bahagian depannya kemek tapi tak total lost terlekat kat divider lorong kanan. Bahagian belakang ada kesan kemek di belah kiri. Tayar belah kiri belakang rosak. Tak dapat dipastikan punca kejadian tetapi rasanya ia berlaku sebab memandu laju dan juga salah langkah masa nak memotong. Tapi tak dapat nak beri gambaran sebenar kejadian.

 

Masa saya lalu LDP tu, kemalangan baru sahaja berlaku. Ambulans, polis atau tow truck pun belum sampai. So, jalan belum betul-betul sesak. Kalau lambat sedikit, mesti beratur panjang punya. Sebab hanya satu lorong sahaja boleh digunakan. Harap tiada mangsa yang terkorban. Peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Nak bawa laju bukan tak boleh selagi ikut had laju ditetapkan dan juga jangan memandu secara berbahaya. Ok bai!

Thursday, January 26, 2012

Updates : 6 bulan sudah.

Salam korang..

 

Hari ini hari khamis. Esok sudahpun jumaat. Hujung minggu hampir tiba lagi. Minggu ini 3 hari sahaja bekerja. Kan best kalau tiap-tiap minggu begini. Cuti hujung minggu ini taka da pula jemputan kenduri kahwin. Jadi, tak ada merancang sebarang aktiviti. Mak mertua ajak pergi taman. Suami boleh berbasikal manakala mak mertua dan adik ipar boleh berjogging. Saya mungkin akan duduk lepak melayan facebook ataupun Sudoku. Teringin pula nak beli buku Sudoku. Dulu masa di tahun akhir, selalu juga melayan buat Sudoku. Sampai jadi addicted.

 

Minggu ini usia baby dahpun masuk 24 weeks bersamaan 6 bulan. Dah besarpun baby mama. Hari-hari aktif bergerak. Minggu depan akan pergi check up. Tak sure kali ini nak scan atau tak? Tiap-tiap minggu nak pergi scan, memang pokailah kan. Dah lah check up kali ini doktor nak check HB level. Harap-harap HB level meningkatlah. Kalau tidak asyik takat 10 sahaja. Doktor cakap kalau 11 pun sudah ok. Sekarang ini saya makan ubat IBERET (lebih banyak kandungan iron berbanding OBIMIN). Doktor yang suggestkan untuk tingkatkan HB.

 

Dok risaukan berat badan sahaja takut terlampau banyak naik. Huhu. Minggu lepas pula asyik makan sahaja. Mak pula tak henti-henti offer makanan tak kiralah sama ada masa di rumah (sebelum pergi Fraser Hill) dan juga semasa di Fraser Hill. Puas ditolak, dipaksa juga. Saya pula selepas masuk bulan ke 4 , hilang semua symptom alahan mengandung. Tak ada lagi rasa mual,loya dan pening kepala. Jadi, makanpun lalu. Cuma lately rasa perut cepat penuh. Pantang masuk lebih sikit mesti rasa mengah. Adakah ini normal untuk wanita mengandung 6 bulan?

 

Oklah, itu sahaja kot update kali ini. Nak update pasal Fraser tapi gambar lupa nak upload. Ok, bai!

 

 

Wednesday, January 25, 2012

Fraser Hill - Intro

Salam semua.

Selamat Tahun Baru Naga untuk rakan-rakan berbangsa cina.

 

Hari ini kebanyakan warga kota sudah mula bekerja. Tapi saya tahu masih ramai lagi yang menyambung cuti sehingga hujung minggu kan? Saya tidaklah termasuk dalam golongan yang masih bercuti. Tapi hari ini masuk office tengahari. Memang berbaloi minta cuti setengah hari. Semalam pukul 12 pagi baru nak melelapkan mata. Hampir terkandas solat Isyak sebab tertidur dan terbangun 10 minit sebelum azan subuh. Bahaya sungguh. Alarm dah set tapi disebabkan terlalu letih maka tidak sedar langsung. Lepas itu, terus pergi iron baju kerja suami. Cuti 4 hari memang betul-betul full sampaikan tak sempat nak sediakan baju kerja dia. Lepas husband pergi kerja, saya terus tutup mata lagi. Memang ada satu perangai kalau suami pergi kerja dahulu, saya akan rasa touching. So,saya terus akan lelapkan mata cepat-cepat disebabkan tak mahu layankan rasa sedih.

 

Pukul 9 pagi mata dan badan dah segar. Terus buat aktiviti penting iaitu buka kedai dobi untuk clearkan stock pakaian selama 4 hari bercuti.  Cuti setengah hari digunakan sepenuhnya untuk recharge tenaga dan semangat selepas bercuti sakan dan juga untuk buat laundry. Pukul 12.20 baru bertolak ke office. Nasib baik jalan clear. Saya sampai office 25 minit kemudian. Eh, mana cerita pasal Fraser Hill? Apakah kaitan cerita di atas dengan Fraser Hill? Ok, ada kaitan sebenarnya sebab 4 hari cuti itu saya dan keluarga habiskan di Fraser Hill. Kami ke sana pada 22/Jan/2012 sampailah 24/Jan/2012. Tapi nantilah saya cerita pasal Fraser Hill itu ye? Sekarang ini kena layan mood ‘Wednesay Blues’ di office. Punyalah lengang office hari ini sebab masih ramai lagi yang sambung cuti. Ok, bai!

 

Lepas ini saya update bergambar ok. Mesti ada yang rindukan saya kan?

=)

Friday, January 20, 2012

Cuti CNY

Salam Jumaat.

Salam barakah semua.

 

Jumaat penghulu segala hari dan juga penutup hari bekerja untuk minggu ini. Yang specialnya, cuti kali ini lebih panjang daripada biasa sempena dengan perayaan CNY. Paling sedikitpun macam company sayalah. Cuti 4 hari. Rabu sudah kena masuk office semula. Sekolah dan company milik orang berbangsa cinapun tutup kedai seminggu. Selamat Tahun Baru Tahun Naga untuk rakan-rakan berbangsa cina dan juga selamat bercuti panjang kepada rakan-rakan berbangsa lain.

 

Apa rancangan cuti korang eh? Mesti ramai yang akan bercuti di kampung halaman. Takpun mesti ada yang pergi bercuti bersama keluarga di pusat-pusat peranginan sama ada dalam negara atau luar negara ataupun paling tidak pergi berkelah atau bersiar-siar kan. Bukan senang nak dapat cuti panjang macam ini. Paling awalpun, bulan Ogos nanti sempena Hari Raya Puasa.

 

Sayapun ada juga rancangan cuti ini. Saya, suami dan keluarga belah saya akan bercuti di Fraser Hill. Tak pernah menjejakkan kaki di sana seumur hidup. Walaupun mak dan ayah kata tempat itu tidaklah semeriah Cameron Highland tetapi tetap teruja. Selagi tak pergi dan lihat sendiri selagi itulah kita tidak tahu. Kadang kala mendengar pengalaman orang lain tidak cukup. Dulu masa zaman kanak-kanak ayah bawa bercuti ke kebun boss ayah tetap rasa seronok walaupun tak ada apa-apa yang menarikpun. Tempat yang kosong akan tetap akan menarik kalau kita pandai memeriahkannya. Betul tak?. Kalau tak berjayapun sekurang-kurangnya kami dah cuba untuk jadikan ia tempat percutian menarik. Asalkan dapat berkumpul bersama keluargapun sudah cukup baik.

 

Tapi kali ini mungkin abang tak dapat sertai disebabkan komitmen pada kerja sebagai pemandu lori sampah. Kalau di hari perayaan, tak kutip sampah memang ‘haru’ kawasan perumahan tersebut. Berlonggok sampah depan rumah gamaknya. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh abang saya. Korbankan cuti. Cuti dia hanya pada hari Ahad. Kalau raya jatuh pada hari ahad maka beruntunglah dia nanti sebab dapat bercuti raya.

 

Tak sabar nak bercuti.Cepatlah pukul 5.30 petang. Ok, bai!

Thursday, January 19, 2012

2 pilihan

Salam korang..

 

Sejak semalam saya dilanda satu dilemma yang agak berat. Keliru antara 2 perkara. Rasa seperti berat untuk melepaskan salah satu daripadanya tetapi terpaksa juga memilih. Kenapa ia mesti dilakukan pada hari dan waktu yang sama? Tidakkah kupunya pilihan lain?

 

Pilihan pertama memang telah dirancang awal dan melibatkan sesuatu yang peribadi. Pilihan kedua pula datang secara tiba-tiba dan berkaitan dengan masa depan. Pilihan pertama adalah pasti dan pilihan yang kedua pula sebenarnya samar-samar. Kedua-duanya tak boleh diubah tarikh dan masa. Tidak mungkin.

 

Hati berat untuk meneruskan pilihan pertama tetapi dalam masa yang sama turut rasa berat untuk melepaskan pilihan kedua. Jadi, bagaimana? Haruskahku solat istikharah supaya Allah bukakan mata untuk memilih yang terbaik.

 

 

Tuesday, January 17, 2012

Kenduri, Basikal dan Kebun

Salam korang!

 

Rindukan saya. Almaklumlah selalunya Isnin rajin bebenor update blog. Tetapi semalam agak busy sampai solat asarpun agak lewat. Beberapa minit sebelum waktu untuk pulang. Hujung minggu yang lalu tak banyak aktiviti. Hari sabtu kami suami isteri pergi menghadiri majlis kenduri kahwin Abang Sport di Putrajaya. Pagi hanya bersarapan buah limau dan roti jagung. Tengahari itu makan nasi kenduri. Seronok sesekali dapat jumpa ahli-ahli alumni kelab lambaian yang sangat sporting. Yang saya jumpa masa kenduri itu ialah Usop, Aizat, Aufa, Abang Yerk, Abang Azwar, Kak Roza, kak Syila, Lin dan Reen. Usop siap bawa banner ucapan pengantin baru siap dengan gambar kami semasa AGM di Melaka dulu. Balik rumah lewat petang. Malam itu kami makan nasi goreng yang saya masak.

 

Esokannya hari bermula agak lewat. Pukul 9.00 baru nak masuk dapur. Saya tengok ada beberapa biji pisang masak ranum dalam bakul. Terus saya buat cekodok. Walaupun tak sehebat hasil tangan mak mertua serta terlebih tepung, tapi tengok suami makan tanpa banyak soalpun dah bersyukur. Akhirnya berjaya sediakan sarapan untuk suami. Oh ya, lupa pula nak bagitahu yang mak mertua saya tak ada di rumah sejak jumaat. Dia balik kampung di Kedah bersama Pak Ngah dan Mak Ngah (kakak dan abang iparnya). Selalunya saya hanya membantu mak mertua di dapur dan kalau kakak ipar ada, saya tolong dia memasak pula. Bila mereka berdua tiada barulah saya memasak. Lagipun malulah sebab skill memasakpun suam-suam kuku sahaja. Lagipun selera keluarga belah suami tak sama dengan keluarga sendiri kan. So, memang start from zero bila masuk dapur orang.

 

Kalau ikutkan hari itu tiada sebarang plan. Tetapi suami tiba-tiba teringin survey basikal. Katanya nak beriadah dengan menunggang basikal. Jadi, kamipun pergi ke sebuah kedai basikal di Batu Caves. Uncle India pemilik kedai amat peramah dan henti-henti bercerita berkenaan basikal kepada suami saya. Suami bertanyakan apa yang perlu dipertimbangkan bila nak beli basikal? Dia cakap budget dan dimana kita akan gunakan basikal tersebut. Budget memang number 1. Kalau budget besar boleh beli macam-macam jenis basikal. Lagi terkenal brand, lagi mahal harganya walaupun kualitinya sama. Brand paling mahal di kedai uncle itu ialah GIANT. Kalau basikal GIANT berharga RM1800, kita boleh dapat basikal dari brand lain yang sama kualiti dengan harga lebih kurang RM1100 – RM1300. Banyak bezanya kan?

 

Semasa sedang survey basikal itu tiba-tiba saya teringatkan kebun mak mertua. Mak kata buah-buahan sedang masak ranum di kebun. Rugi kalau tak pergi ambil. Jadi saya terus mengajak suami ke kebun mak mertua selepas habis survey basikal. Sempat lagi kami membeli bekalan air,junk food (keropok ikan) dan juga plastic untuk mengisi buah. Keropok ikan itu kami habiskan dalam perjalanan ke kebun. Punyalah lapar sebab pagi itu hanya makan cekodok pisang sahaja. Sampai sahaja di kebun, kami terpegun tengok banyaknya buah rambutan dan langsat. Walaupun Paklong sudahpun datang kek kebun sebelah pagi untuk kutip hasil tapi masih banyak lagi buah-buahan yang tak diambil. Tetapi kami hanya ambil sedikit sahaja sebab kami tak bawa galah mahupun parang. Hanya guna tangan sendiri untuk mengait buah.Buah manggis dapatlah dalan 20 biji. At last, Paklong pesan suruh pergi ambil buah-buahan tersebut di rumahnya. Ada cempedak, manggis, rambutan dan juga langsat.

 

Sebelum ke rumah Paklong, kami singgah di McD Rawang untuk makan tengahari (walaupun dah pukul 4.00 petang). Lepas makan kami terus pergi ke rumah Paklong. Langkah kanan pula sebab kebetulan Maklong sedang menggoreng cempedak. Pekena pula dengan Teh O panas. Memang terbaik minum petang kami. Dalam pukul 6.00 petang kamipun beransur pulang. Malam itu, saya, suami dan adik ipar pergi makan malam di luar sahaja. Tak larat nak memasak.

 

Oklah, itu sahaja update hujung minggu saya.bai!

 

 

 

Saturday, January 14, 2012

Info untuk persediaan Breastfeeding

Salam korang.

Hari ini tiba-tiba jadi rajin pula cari information berkenaan breastfeeding. Memang nanti saya berniat untuk breastfeed anak yang bakal saya lahirkan. Semoga niat murni saya ini dimakbulkan Allah dan diberkati.

First time masuk ke forum susuibu, dan ada seseorang telah share kan link artikel tentang info ini. Agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Lagi-lagi yang sedang mengandung dan sedang plan untuk mengandung. So, jom terjah link menarik ini. Semoga bermanfaat.

Ada banyak lagi info yang saya nak cari. Kalau jumpa yang menarik saya akan share kan di sini. Ok bai!

Monday, January 9, 2012

Makan Seafood di Pantai Jeram

Salam korang!

Hari Isnin sudahpun hampir ke penghujungnya. Lebih kurang sejam 15 minit lagi waktu office akan tamat. Lega Monday Blues berlalu pergi. Dalam masa yang sama kerja-kerja tertangguh berjaya diselesaikan sampai sudah tiada kerja untuk dilakukan hari ini. Hanya tunggu waktu pulang. Hujung minggu kali ini tidak sepadat minggu-minggu sebelumnya. Sabtu hanya membeli sedikit buah-buahan di pasaraya dan membawa pulang ke rumah family saya di Puchong. Cuaca agak terik sampai dalam rumah terasa bahangnya. Kipas yang berpusing ligat tidak berjaya menghalau haba. Kami sekeluarga hanya lepak sambil melayan siaran TV. Petang sedikit, family kakak sayapun sampai. Kami tak sabar nak jumpa anak buah Aliya. Makin ligat Aliya sekarang ini.

 

Petang selepas asar saya masak lauk kuah sardine. Kakak bawa ayam golek seekor manakala kuah lemak sayur petola yang dimasak sehari sebelum itu masih banyak. Selepas makan, teruskan aktiviti menonton TV sampai malam. Dalam pukul 9.00 macam itu, semua orang dah masuk bilik masing-masing. Ayah dan emak keluar pergi minum di kedia mamak. Kakak, abang ipar dan anak buah, Aliya balik ke rumah mereka. Manakala saya dan suami terus masuk tidur. Entah kenapa rasa penat sangat sampai kami bangun solat Isyak pukul 5.00 pagi. Huhu.

 

Hari Ahad sudah ada perancangan untuk pergi makan seafood di Pantai Jeram. Saya dah suami mengajak seluruh ahli keluarga saya untuk pergi makan tengahari di sana. Pukul 9.00 pagi baru nak mulakan hari dengan menggoreng nasi goreng. Pukul 11.00 semua orang sudah berkumpul untuk sama-sama bertolak ke Pantai Jeram. Saya dan suami, kakak dan abang ipar bersama Aliya, mak dan ayah saya, abang saya sendiri Bangpes dan dua adik lelaki saya, Atan dan Alif. Penuh 2 kereta untuk mengangkut kami seramai 10 orang. Perjalanan mengambil masa sejam. Pukul 12 kami sampai tempat dituju. Lauk-lauk yang kami order ialah ikan siakap masak 3 rasa (sedap sangat), ikan bawal masam manis (sedap gak cuma mak kata rasa nenasnya kuat sangat), pari bakar( sedap kot..saya tak rasa), pari masak asam pedas (tapau bawa balik), sotong goreng tepung, telur bungkus (untuk Bangpes), kalian ikan masin (sedap woo), kangkung masak belacan (sedap tapi tak habis daa), tomyam campur,kerang bakar dan kerang rebus cicah sos. Kami order nasi untuk makan 14 orang (tapi nasi dia sikit sebenarnya tak cukup untuk 14 orang tapi ngam-ngam untuk 9 orang makan). Air pula kami order 2 jag jus tembikai, sejag jus oren, sejag ais kosong dan juga secawan the tarik untuk ayah. Harga untuk makan-makan hari tu agak berbaloi. Lebih kurang RM250 untuk 9 orang. Aliya tidak masuk dalam senarai sebab dia tak makan sangatpun. Lupa nak cakap, nama restoran yang kami pergi itu ialah Aroma Ikan Bakar.Heh~

 

Kami bertolak pulang kira-kira pukul 1.30 petang. Sampai di rumah sejam kemudian. Hampir semua orang terus tidur selepas itu termasuklah si kecil Aliya. Hanya saya, mak dan bangpes masih boleh bertahan. Bangpes buat air jus epal atas permintaan mak. Saya pula potong buah jambu batu untuk makan cicah dengan kuah pencicah yang adik Alif beli masa balik dari Kedah tempoh hari. Layan 2,3 potong buah sampailah si kecil aliya bangun. Bila dia sudah bangun terpaksalah mengangkut buah jambu dan epal ke dapur. Kalau tidak berpestalah dia nanti. Layan pula Aliya bermain sampai naik letih. Lepas solat Asar, saya dan suami bersiap untuk balik ke Selayang. Dalam pukul 6.30 kami bertolak. Tapi, kami singgah di OU. Tujuan utama ialah menukar bateri jam tangan suami. Tapi, selepas itu kami terus Maghrib dan dinner di sana. Dinner ikut permintaan saya (mengidamkah?). Saya mahu makan burger besar. Jadi kami masuk ke Charls Jr. Alhamdulillah, sedap betul burger ‘Famous Star’ with cheese. Lain kali mesti nak lagi.

 

Lepas makan, kami terus balik rumah. Selepas mengemas apa yang patut dan solat Isyak saya terus membuta. Mengantuk sangat rasanya. Berakhirlah hari minggu saya untuk kesekian kalinya.

Ok bai!

 

Thursday, January 5, 2012

Cuti Hari Rabu

Salam korang!

 

Mengantuknya petang-petang ini. Tapi, blog kena update juga. Semalam cuti maka blogpun bercuti jugalah yea. Apakah yang terjadi sampai kena cuti hari rabu? Ok, ia tidak ada kena mengena dengan harga tiket wayang yang lebih murah pada hari Rabu. Juga tidak ada kaitanpun dengan hari pertama persekolahan. Sebab kami langsung tak pergi tengok wayang dan juga tak ada anak lagi. Yang adapun sedang dalam process. InsyaAllah, bulan May nanti barulah boleh diisyhtiharkan. Habis tu, apa yang saya buat semalam eh?

 

Secara ringkasnya, semalam hari untuk menyelesaikan urusan membeli rumah yang tertangguh. Pertama sekali berjumpa dengan peguam yang menguruskan loan perumahan. Kedua menguruskan pengeluaran duit KWSP. Dalam pukul 10, saya dan suami bertolak ke Rawang. Perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah isu lapar. Kami makan big breakfast di McD. Selepas it uterus ke pejabat peguam yang terletak tidak jauh daripada kawasan yang ada McD tu. Dalam pukul 12.00 segalanya settle. Kami siap pergi tengok bakal rumah kami. Nak tahu juga progress terkini. Rupanya masih dalam process pembinaan. Rasanya tidak mungkin akan siap dalam bulan ini.

 

Kami bertolak pulang ke rumah untuk solat zohor. Saya nak sidai pakaian yang tak sempat disidai. Kebetulan pula cuaca amat baik untuk mengeringkan kain-kain di jemuran. Dalam pukul 2.30 kami bertolak ke KWSP. Process di sana mengambil masa juga. Kena isi borang, kena queue walaupun tak berapa panjang. Dalam pukul 3.30 urusan selesai. Terus suami mengajak ke Ikea. Apalagi terus terbayang Waroeng Penyet punya nasi ayam penyet. Sampai sahaja di sana, kami pekena nasi ayam penyet dahulu sebelum masuk Ikea. Tak beli apapun tetapi lebih kepada berangan untuk ubahsuai rumah baru kami nanti. Banyak ilham untuk home deco boleh didapati di Ikea.

 

Ada urusan yang sepatutnya plan untuk berurusan di pejabat berjaya diselesaikan melalui satu panggilan telefon. Yeah, urusan dengan LHDN. Alhamdulillah, syukur dapat suami yang bijak pandai dan internet. Saya pernah call LHDN Hotline sekali, lepas itu terus tak mahu call sebab terlalu banyak selekoh sebelum talian disambungkan ke pegawai bertugas. Sudahlah lama menunggu talian disambungkan. Tup tup talian terputus. Terus malas nak call balik selepas itu. Rupanya ada phone number khas untuk urusan E-Filing. 2012 rasanya dah kena bayar cukai. Dulu gaji kecik sangat. Sekarang gaji dah ok sikit. So, kenalah bayar kan. =)

 

5.30 petang kami terus balik rumah. Takut nak bertarung di jalan yang sesak kalau balik lewat sangat. Serius penat tetapi berbaloi ambil cuti sehari suntuk.

Ok bai!

Tuesday, January 3, 2012

New Year Resolution

Salam semua.

 

Hari ini saya pergi kerja tak drive sebab ada ‘driver’ tolong hantarkan. Ehem, sahaja nak rasa ala-ala orang kaya. Ok, saya tipu. Hari ini kereta tersayang kena tinggalkan sebab suami nak bawa pergi repair. Tetapi, suami tak hantarkan. Dia wakilkan adiknya aka adik ipar untuk menjalankan tugas sebagai driver tak rasmi saya hari ini. Balik nantipun adik ipar juga yang akan menjemput. Adik ipar masih belajar master di UTM dan sedang bercuti sampai esok. Risau juga kalau nanti nak datang jemput dia tersesat tapi redha sahajalah. Sarapanpun agak awal hari ini sebab tak tahu nak buat apa di office.

 

Semalam sepatutnya saya tulis pasal ‘New Year Resoluation’ tetapi dek kerana terlupa maka tak tertulislah. Secara umumnya, azam tahun ini tentulah menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Baik dari segi cara bernomunikasi, cara melihat, cara mendengar, cara berfikir dan cara bergaul dengan orang. Yang penting segala yang dilakukan adalah mematuhi syariat Islam dan juga menyenangkan hati suami selain daripada keluarga kedua belah pihak. Menjadi ibu yang terbaik kepada anak yang kukandung. Setakat ini Alhamdulillah baby saya sihat. Setiap kali mahu tidur kena ingatkan dia supaya ‘berehat’dan bagi ibu tidur lena dan setiap kali subuh mesti terjaga dek kerana ‘tendangan’ yang baby buat. Lepas ini memang saya tak boleh tidur banyak. Sebab dah mula terasa pergerakan baby dalam perut. Itu resolution untuk sisi peribadi.

 

Untuk sisi kerjaya pula setelah lebih 3 tahun berada di tempat yang sama saya mula rasa seperti career development saya tidak ke hadapan tetapi makin ke belakang akhir-akhir ini. Mungkin kerana kerja yang saya lakukan sekarang ini sebenarnya bukan kerja executive biasa dan sepatutnya digalas oleh boss2, saya tidak boleh buat keputusan sesuka hati kerana kekurangan pengalaman. Setiap kali perlu buat decision saya kena berjumpa boss untuk terangkan pros and cons decision yang saya akan ambil. Dan diorang akan explain pula pandangan diorang sebelum come out with final decision. Bila ada ‘masalah’ baru seronok. Bila tak ada masalah, kerja jadi terlalu mudah dan tak perlu melalui decision making process. Itu yang buat career saya tak berapa nak develop. Bila jadi macam ini mula terfikir untuk menukar working environment iaitu menukar kerjaya.

 

Harapan untuk masuk bidang mengajar bukan terkubur tapi perlu dilupakan buat seketika. Pilihan yang ada ialah sambung master sama ada secara sepenuh masa atau part time. Kalau pilihan pertama secara part time akan mencabar dari segi time management lagi-lagi apabila sudah ada anak nanti. Kalau ambil secara sepenuh masa, kena korbankan kerja dan gaji sekarang. Apply biasiswa untuk sara hidup dan juga perbelanjaan buat master. Cabarannya pula dari segi kewangan. Even mendapat biasiswa, amountnya tidaklah setinggi gaji sekarang. Disaat status kewangan kami suami isteri yang masih belum stabil, amat berisiko sambung master ketika ini. Jadi terpaksalah menunggu anak dah besar sedikit (pilihan pertama) atau kewangan stabil (pilihan kedua)  tetapi entah bila pula kan. Pilihan yang ada ialah menukar kerjaya dalam bidang yang sama iaitu bekerja sama ada di sektor swasta ataupun kalau ada rezeki, sektor kerajaan.

 

p/s : sudah 2 hari bekerja tetapi terlupa bawa 2012 Planner. Haih~

Monday, January 2, 2012

Pregnancy Updates

Salam semua,

 

Alhamdulillah esok genaplah usia kandungan saya 21 minggu. Dah 5 bulan rupanya. Rasa macam tak percaya. Bukan sahaja saya yang tak percaya tetapi ada di kalangan rakan office yang terkejut bila saya bagitahu saya mengandung 5 bulan. Diorang tak nampak lagi ‘perut’ saya. Orang kata perkara itu normal untuk ibu-ibu yang baru mengandung anak pertama. Macam seorang kawan office, bila usia kandungan masuk 7 bulan baru orang nampak dia mengandung. Sebelum itu memang langsung tak perasan. Kalau tak diberitahu memang sampai ke sudah tak tahu.

 

Masa kandungan saya 18 minggu, saya ada buat check up di klinik. Doktor membuat pemeriksaan seperti biasa. Doktor juga ‘scan’ perut saya untuk melihat perkembangan bayi. Alhamdulillah, menurut doktor anak saya membesar secara sihat dan cukup sifat. Bayi yang saya kandung kelihatan amat cergas. Sentiasa membuat pergerakan sepanjang process scanning. Doktor cakap sepatutnya dah boleh melihat jantina tetapi malangnya sebab alat sulitnya terlindung oleh tali pusat. Hajat untuk tahu juga apa jantina bayi. Mungkin next check up kami akan dapat tengok. InsyaAllah.

 

Doktor cakap kalau saya sensitive, saya akan mula rasa pergerakan bayi di dalam perut bila masuk minggu ke 19. Tetapi biasanya masuk minggu ke 20 semua ibu-ibu sudah boleh rasa pergerakan. Memang betulpun, masuk usia dia 20 minggu, saya dah mula rasa pergerakan lagi-lagi selepas makan. Mungkin dia seronok dapat makanan kot. Kadang-kadang bila tiba waktu makan, dia akan bagi sign minta makanan bila saya terlambat makan. Masuk minggu ke 20 juga saya mula rasa kaki seperti hampir kejang. Nasib baik tak terkena ‘ular-ular’ lagi. Kalau kena lagilah sakit. Orang kata itu berlaku disebabkan kurang kalsium. So, kenalah minum susu lebih banyak selepas ini kan.

 

Lepas itu bila berlaku pertambahan saiz pada dua anggota badan iaitu perut dan breast, kadang-kadang akan rasa ‘gatal’. Dinasihatkan jangan garu kalau taknak kulit badan menjadi hodoh. Sebaliknya banyakkan sapu lotion untuk elakkan stretch mark. Ada banyak kot dijual di farmasi ataupun semasa awal kehamilan, amalkan sapu lotion ‘Body Butter’ yang ada jual di BodyShop. Harganya dalam lingkungan RM55-RM69 sebekas. Sebekas sebenarnya boleh tahan sampai waktu nak bersalin. So, beli sebekaspun cukup. Kecuali kalau korang suka sangat pakai lotion itu sampai dalam sehari 3-4 kali sapu. Saya biasa menggunakannya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Oh ya, saya mula rasa gatal sejak usia kandungan 3 ke 4 bulan. Sebelum itu saiz perut masih kecil. So, tiada sebarang ‘regangan’ yang berlaku pada kulit. Bila perut makin besar, kulit dah menegang. Sampai ke takat alah, dia akan mula hilang sifat kenyal. Bila hilang sifat kenyal maka bila perut dah kecil semula, berlakulah kekenduran di situ sebab tiada keupayaan untuk kembali ke asal. Kan dah masuk bab kejuruteraan bahan dalam ini cerita. Hehe.

 

Ok geng. Sekianlah update saya kali ini.

Lenkali kalau saya ingat saya cerita sambungannya pula.

Ok, bai!

 

 

Cuti 2012

Salam,

 

Tahun 2012 dah masuk hari kedua. Tapi saya tak rasa ada sebarang perbezaan yang ketara. Yang menarik ialah bermula hari ini cuti tahunan kembali menjadi 12 hari. Tidak lagi seperti minggu lepas dan beberapa bulan yang lepas di mana tahun 2011 cuti tahunan cepat betul susut. Bila diteliti tahun lepas cuti tahunan banyak dihabiskan untuk menyelesaikan urusan perkahwinan. Sebelum berkahwin kena pergi ambil submit borang, buat HIV Test dan macam-macam lagi prosedur yang hanya boleh dilakukan di waktu office hour.

 

Tahun 2012 pun akan jadi tahun cuti juga untuk saya. Cuti bersalinpun sudah ambil masa 2 bulan. Seronok bila melihatkan angka cuti tetapi jadi tak keruan bila memikirkan process yang akan dilalui sebelum dapat cuti 2 bulan itu. Pastinya process melahirkan anak. Tak pernah saya dengar mereka yang berpengalaman kata ‘tak sakit’. Semuanya cakap ‘sakit’. Sama ada secara normal ataupun melalui pembedahan, semuanya berisiko. Sebab itulah ibu yang bersalin ini umpama berjihad dan sekiranya ibu itu meninggal dunia ketika bersalin maka dikira mati syahid. Tetapi memang semua ibu-ibu akan mengaku segala rasa sakit ketika process melahirkan anak itu akan hilang sebaik sahaja melihat anak yang baru dilahirkan itu di depan mata.

 

Itu baru cerita pasal cuti bersalin. Belum dikira cuti untuk check up baby pula. Hampir setiap bulan di awal usia kelahiran kena pergi klinik untuk buat check up. Selain memastikan tahap kesihatan baby dan juga ibunya sentiasa dalam keadaan yang optimum, baby turut diberikan suntikan-suntikan tertentu sehingga usianya masuk setahun. Kalau boleh tak mahulah cuti selalu. Cutipun bukannya banyak kan. Kalau ikut kiraan, hanya boleh cuti sehari dalam sebulan. Bilalah company ini nak up kan cuti menjadi 16. Kakak saya dulu masuk sahaja kerja terus dapat cuti 14 hari.  Masuk 5 tahun kerja cutipun up jadi 20 hari. Dahlah company dia memang open 5 days per week. Public holiday untuk negeri Selangor semua company dia sapu.

 

Contoh terbaik ialah hari ini. Sepatutnya hari ini replacement kepada Cuti Tahun Baru 2012. Tetapi, saya tak cuti. Alasan company cuti telahpun diganti pada hari Sabtu nanti. Kalau ikutkan hati kalau boleh sabtu tak mahu kerja dan replacement daypun tak mahu kerja. Tersiksa jiwa raga tengok kawan-kawan masih lagi happy dalam mood cuti. Kadang-kadang disebabkan benda remeh macam ini boleh buat tahap motivasi untuk kekal bekerja di company ini menurun. Maka mulalah mengira waktu untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik serta yang mementingkan kebajikan pekerja especially bab cuti dan juga bab medical benefit.

 

Semoga tahun 2012 akan membuka peluang rezeki yang lebih baik dari segi salary, cuti, medical benefit, dan career development . Ya Allah, hanya kepadaMu tempatku bergantung harap kerana hanya Engkaulah yang Maha Memberi, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa. Ameen~

 

 

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics