Followers

Monday, January 24, 2011

Berphotoshoot di hujung minggu!

Salam korang!

Nervous pertama kali saya nak berphotoshoot dengan incik tunang.Ye, kami dapat free pre wed photoshoot. Seronok tapi sebab ini first time maka perasaan dah bercampur baur.  Sebelum ini cuma pernah ada pengalaman menemani kakak dalam sesi maternity photoshoot sahaja kira-kira 3 bulan lepas. Semalam, 4+1 photographer complete sekali dengan bantuan reflector dan diffuser. Mereka adalah photographer company tempat incik tunang kerja.

Tema photoshoot kami warna merah.
Entah kenapa encik tunang suka pula dengan warna merah. Dia kata baru nampak meriah dan merah itu menyerlah. So, photoshoot semalam memang meriahlah kan. Dengan cuaca yang amat baik dan panas matahari mencengkam kulit muka. Terpaksalah bersabar dan senyum semanisnya semata-mata untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tema kawen warna merah ke?
Tidak. Bukan sebab tak suka warna merah tapi sebab tema itu sudah digunapakai kakak saya. Warna feveret saya itu. Memang kena betul sebenarnya warna kulit saya dengan warna merah. Tapi nak buat macam manakan. Terpaksa pilih warna lain. Warna apa? Tungguuu..masih rahsia.

Hasil photoshoot.
Kena bersabarlah sebab sayapun tak dapat tengok lagi. Ngeh ngeh. Nanti kalau dah dapat saya share di sini ok.

Ok, tu sahaja update saya kali ini.

Jangan lupa kengah blog wordpress selfhosted saya di http://www.noorafzan.com/

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics