Followers

Friday, January 28, 2011

White Coffee pilihan korang untuk pagi yang segar?

Pagi-pagi sampai office mesti kena buat air White Coffee.
Rasa dia sedap ohh..memang takleh banding dengan yang lain.
Ada 2 jenis/brand Whit Coffee yang kusuka dan kalau korang nak cuba ku suggest yang 2 jenis itulah.

First,
Old Town White Coffee Original 3 in 1.
Rasa dia memang terbaik dari ladang. Tak berapa nak pekat sangat tapi kaw punya. Tapi harganya memang agak mahal sikitlah. Tapi lebih murahlah kalau banding dengan Pearl Kacip Fatimah dan Alicafe Coffee. Jangan tanya berapa harganya sekarang sebab erk sayapun tak berapa nak ingat. Lama sudah tak layan ini coffee sebab hati dah terpaut pula dengan 2nd choice of White Coffee. Apakah ia? Jom baca next perenggan pula.

Second,
Nescafe White Coffee 3 in 1.
Entah macam mana saya jatuh hati dengan kelazatan air ini. Kadang-kadang dalam sehari boleh minum 2 pack. Huh, tapi yang pasti apa yang buat saya lebih tertarik ialah harganya yang jauh lebih murah daripada Old Town White Coffee. Itu sebablah saya dah lama pencen minum Old Town White Coffee.

Even ada yang meragui keHALALan Old Town Cafe, saya percaya produk yang 3 in 1 keluaran mereka punya memang mendapat status HALAL. Tak percaya bolehlah korang check sendiri pada packing bag nya di kedai/pasaraya. Saya ingat lagi memang ada logo HALAL. Lagipun Old Town Cafe mungkin susah nak apply HALAL untuk semua menu yang disediakan di cafe nya tapi untuk 3 in 1 coffee semata mungkin tak ada masalah sebab senang nak control kan.

So, tak payahlah susah-susah nak ragu-ragu itu semua sebab status dah disahkan HALAL. Kalau dorang tipu, dorang yang terlibat bagi status HALAL itulah yang bertanggungjawab di akhirat kelak. Kalau semua perkara nak diragukan keHALALannya maka kurus keringlah kita tak makan. Takpun, semua orang kena bertani, berkebun, menjadi penternak haiwan. Lepas itu kena pandai masak, sembelih haiwan sendiri dan lain-lain. Mari kembali ke zaman PURBA. Confirm HALAL punya kalau segalanya kita buat sendirikan.

Ok, dah penat membebel.
Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Bai!

2 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics