Followers

Friday, February 21, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Rumah Terbalik | Tanjung Aru

Salam korang..

Dengan ini bermulalah sambungan kepada cerita kami di Kota Kinabalu. Kali ini perjalanan pada hari ke 2 di sana. Panjang sikit langkah kami sebab full day kan. Hari pertama sampai dah malam. So, langkah tak berapa nak panjang lagi. Hari ke 2 kami bersarapan di condo sahaja. Lepas sarapan, mertua dan kakak ipar mengajak pergi pasar basah KK. Tapi, saya malas dan tak berapa nak sihat pula pagi itu. Jadi, suami bersama keluarga kakak ipar sahajalah yang menemani mertua ke pasar basah. Tinggallah saya dan Emir Ikhwan di bilik. Manakala adik-adik ipar layan lena sahaja sepanjang masa sampailah diorang balik daripada pasar.

Petang itu selepas makan tengahari dan solat jamak zohor asar di condo, kamipun bergerak ke Tamparuli. Yeah, destinasi kami ialah Tamparuli pada hari jumaat yang mulia ini. Mula-mula kami ke Rumah Terbalik yang menjadi topik perbualan ramai yang bercuti di Sabah. Excited nak tahu macam mana rupa rumah bila terbalik. Entrance Fee untuk dewasa RM10. Untuk kanak-kanak atas 3 tahun tak sure pula sebab kami tak ada wakil kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun. Rasa-rasanya dalam RM5 kot. Untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, free sahaja.

Tourist Guide tu kata kena tunggu dahulu sebab ada Tourist masih berada dalam rumah terbalik itu. Sementara menunggu itu, kamipun bergambar di luar rumah terbalik. Dari luar, boleh jumpa, bentuk rumah yang terbalik dari luar. Parking kereta bersama kereta yang terbalik, Ada basikal yang terbalik, toilet dan juga taman bunga yang terbalik. Bahagian luar rumah sahaja boleh diambil gambar. Bahagian dalam rumah nanti tak boleh ye. Kalau nak kena denda, silalah bergambar dalam rumah tu.

Tak lama lepas itu, kamipun dibenarkan masuk ke rumah terbalik. Sebelum ini kami diminta menghantar 1 wakil untuk memukul gong sebanyak 3 kali. Tapi tak ingat pula kenapa? Lepas itu, sebelum masuk ke rumah, kami juga dikehendaki menghantar wakil untuk mengetuk pintu. Rupanya nak bagi signal pada orang di dalam supaya membuka pintu. Haha.

Style rumahnya simple sahaja. Ruang tamu bersambung dengan dapur. Ada 2 bilik iaitu bilik ibu&bapa dan bilik anak dan juga 1 bilik air. Memang semua barang-barang dah hiasan dalam rumah ini terbalik termasuklah katil, dapur , mesin jahit, peti ais, mangkuk tandas dan frame gambar yang berada di atas. Manakala kipas an lampu berada di bahagian bawah. Ada satu beranda juga. Di tepi belah kiri dan kanan pintu di beranda itu terdapat belangkas. Katanya bertujuan menjaga rumah.

Tourist Guide tu menceritakan pasal sejarah rumah terbalik tersebut. Tak tahu betul ke tidak sebenarnya tapi dia cakap rumah ini terbalik disebabkan anak lelaki penghuni rumah itu yang berusia 9 tahun ketika itu amatlah nakal. Itu sahaja reasonnya. Telan sahajalah ye. Dia cakap kisah itu kisah benar. Tapi rumah terbalik yang kitorang masuk ini hanya replika yang dibina semula untuk mengingati peristiwa tersebut.

Keluar daripada rumah itu, kita boleh menikmati minuman dan makanan ringan dan juga membeli cenderamata kenang-kenangan di rumah terbalik. Suami saya membeli sehelai tshirt untuk dirinya dan juga anak dan juga Fridge Magnet. Sekarang FM tu dah selamat dilekat di peti ais di rumah baru kami. Haha..excited lebih pula. Dan suami belanja semua ahli keluarga makan Aiskrim Magnum. Wahh..gitu..

Destinasi ke 2 kami ialah di Jambatan Tamparuli. Teringin juga nak tengok rupa jambatan yang popular disebabkan sebuah lagu. Tapi, mengecewakan sebab Jambatan Tamparuli ini tidak dijaga. Tapi, kami sempatlah bergambar. Ye lah, entah bila lagi berkesempatan untuk ke sini lagi kan.

Destinasi ke 3 kami ialah Tanjung Aru. Masa kami gerak tu dah pukul 5 petang. Orang-orang yang bekerja sudah mula balik. Jalanpun agak sesak sedikit. Kalau boleh elakkan masuk atau keluar KK lepas pukul 5 petang. Kalau dah malam sikit ok kot tak sesak sangat. Kami sampai di Tanjung Aru dalam pukul 6 petang. Apa yang bestnya Tanjung Aru? Pantai di Tanjung Aru ini tak sesuai untuk aktiviti mandi-mandi. Mungkin sebab pantainya tak landai kot. Tapi, seronok bila matahari dah start tenggelam. Sunset sangat cantik di sini. Kami memang tunggu sampai sunset baru balik.

Malam itu kami ada aktiviti juga. Makan-makan di Restoran Kg. Nelayan. Nanti saya sambung kisahnya dalam part seterusnya. Ok bai!

Thursday, February 20, 2014

Silap bagi Order pulak

Salam korang..

Hari ini punya cerita. Saya sekarang ini memang tak 'lalu' nak tapau nasi berlauk untuk lunch. Jadi, sayapun order yang goreng-goreng sahaja daripada makcik. Hari pertama punya order ialah nasi goreng kampung kosong ikan bilis lebih. Saya order masa pukul 9 pagi. Minta hantarkan ke meja office pukul 12. Tapi end up dengan saya pergi collect sendiri nasi sebab call tak berjawab. Takut depa lupa order saya. Nasi boleh telan dengan jayanya tapi petang sikit, ada 'muntah' sikit. Tak tahu apa dalam tu yang buat perut tak selesa.

Esokannya, order pula Mee Bandung. Orderpun pukul 11. Saya cakap nak collect pukul 12. Yang ni berjalan lancar seperti yang dirancang. Tapi, sebab dia bubuh telur dalam kuah bandung ni, rasanya memang lari habis. Tak sedap. Nasib baik dapat juga telan suku bungkus. Lebihannya saya bawa balik rumah. Tapi tak tahulah ada yang sudi makan ke tidak. Sebab saya memang tak boleh masuk tekak dah.

Hari ketiga merangkap hari ini kejadiannya haru sedikit. Silap saya juga tak confirm betul-betul. Pagi masa beli sarapan saya dah kawtim dengan Kakak kantin nak Maggi Goreng kosong pedas. Dengan yakinnya pukul 12 saya turun collect order. Saya memang konfiden habis. Tak check pula apa dalam bungkusan polistrin. Kakak kantinpun yakin juga. Tak mintapun saya check dahulu apa isi dalam tu. Sayapun naik office dan letak bungkusan ke tepi. Kena tunggu 12.30 baru boleh makan.

Tepat 12.30 sayapun dah 'bersila' depan rezeki. Buka tutup polistrin, saya terkejut. Aik, macam mana Maggi Goreng boleh bertukar menjadi nasi kosong + sambal ayam + telur dadar. Aiyoo, adalah 'manusia' yang tersalah ambil polistrin tadi. Huhu, sabar sahajalah. Saya memang tak boleh bau langsung. Terus tutup dan hantar bungkusan itu ke kantin semula. Muka memang tak tahan nak marah tapi bukan salah kakak kantinpun. Salah diri sendiri juga. Kalau check awal-awal mesti kakak kantin boleh sediakan yang baru dan dan tu juga. Pukul 12.30 tengah peak. Orang beratur panjang nak bayar makanan. So, saya calm down dan naik office. Tunggu pukul 1 baru turun dengan muka manis minta buatkan Maggi Goreng juga. Haha..Endingnya saya dapat juga makan Maggi Goreng pukul 1.35 petang. Masa itu waktu rehat dah tamat tapi saya baru nak lunch. Sabar sahajalah.

Wednesday, February 19, 2014

When February will going to the End!

Salam korang..

Pergh, tajuk omputih sahaja. Sebenarnya tak sabar untuk mengakhiri Februari ini. Tak sabar untuk hadapi bulan baru dengan harapan yang baru. Bulan ini kalau dikira tinggal tak sampai lagi 10 hari. 9 hari sahaja kot sebab bulan ini pendek. 28 hari sahaja!

Jujurnya tak sabar nak mengakhiri rasa 'ketidaksihatan' ini lama-lama. Memang rasa agak peritlah juga sebab dulu melalui fasa ini tanpa rasa 'ketidaksihatan' tapi sekarang ini macam 'pay back time' pula ye. Kena redha baru dapat pahala betul tak? Apapun dugaan harus dihadapi dengan senyuman. Walaupun muka pucat akibat kekurangan zat dan tidur berlebihan.

Ok, sekian update pendek pasal Februari. Lepas ni nak sambung update pasal Kota Kinabalu. =)

Friday, February 14, 2014

Pengalaman kena 'Masuk Air'.

Salam,

Semalam MC. Pergi klinik doktor cadangkan 'masuk air'. Dapatlah 2 botol. Sejam lebih terbaring kat katil. Nasib baik bukan kat hospital. Kalau tak merasalah kena warded. Doktor cakap 'masuk air' ini untuk segarkan badan yang lemah gemalai. Yang asyik nak terbaring sahaja satu kerjapun tak jalan. Gitulah kekdahnya. Bila dah masuk air tu barulah segar sedikit.

Baru teringat yang sepanjang hari tu hanya makan 2 keping roti sapu nutella dan milo 'ais'. Ya, tekak ini sekarang hanya nak air yang sejuk berais sahaja. Kalau minum air panas memang tak feel lah. Lepas memang cerewet pasal makan. Kalau tak sedap di tekak, memang tolak ke tepi sahaja. Itupun makan pukul 9 pagi. Tengahari pula telah limau mandarin lebihan raya cina sebelum lembik dan tertidur sampai petang. Masa sampai klinikpun dah pukul 3 lebih dah.

Habis urusan di klinik pukul 5.15 petang. Terus ajak husband makan kek di Secret Recipe. Kek Indulgance sepotong kongsi 2 orang. Lepas itu saya hadap Choc Ice Blended. Tak cukup dengan itu sempat pergi tapau set burger Whopper kat Burger King. Sejak 2 menjak ni Burger King memang nampak sedap sahaja. Yang buat potong selera cuma the pickles dalam burger tu sahaja. Wajib buanglah pickles kalau nak nikmatinya kan. Kira set Burger King tu dah jadi macam Lunch + Dinner kitoranglah pada hari itu.

Singgah ke taska menjemput anak bujang kesayangan sebelum terus balik rumah. Asarpun dah hujung-hujung nyawa. Ye la pukul 6.50 petang baru sampai rumah. Nasib baiklah Maghrib sekarang lambat. Huhu. Tak bagus, tak bagus. Malam itu memang lepak kat bilik sahaja sambil layan cerita The Holiday. At last, saya seorang sahaja yang layan filem tu sampai habis. Husband dan anak dah surrender awal.

p/s : sekali masuk air kena charge RM90. Memikirkan lama lagi nak guna kad medical tu maka saya jumpa satu penyelesaian yang lebih jimat. Kad Medical company ada accumulated limit untuk sefamily setahun. Kalau dah sampai limit, kena tunggu tahun depan pula baru boleh gunakan balik. Minumlah Performance Drink Shaklee untuk mengekalkan bendalir dalam badan dan mencegah dehidrated. Murah sahaja harganya. PM saya untuk harga jimat. Sesuai untuk para atlit, orang yang tak suka minum air kosong banyak-banyak dan juga yang ada masalah dehidration akibat cirit-birit atau muntah-muntah. Ibu-ibu mengandungpun digalakkan ambil untuk mengekalkan tenaga walaupun sedang mabuk mengandung.



Wednesday, February 12, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Part 1

Salam korang..

Setelah sekian lama tak cerita pasal perkembangan diri, minggu ini saya nak cerita pengalaman percutian ke Sabah. Bagus untuk panduan rakan-rakan pembaca yang plan nak bercuti ke Sabah tanpa tourist guide. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada masanya terkejar-kejar sebab banyak tempat yang nak dikunjungi.

Day 1 : Khamis 06/02/2014

11 pagi.

Kami bertolak ke daripada Selayang ke KLIA. Alhamdulillah perjalanan pergi tak banyak masalah sebab hari bekerja. Jalan tak sesak dan kami sampai di KLIA dalam pukul 12 lebih. Sempat menjamu selera di Food Garden. Pukul 1.30 petang kami pergi solat Zohor sementara menunggu keluarga kakak ipar yang datang dari Shah Alam. Selepas solat, kami register dan print online ticket di kiosk dan seterusnya check in barang-barang luggage. Untuk 7 dewasa + 2 baby about 57 kgs. Taklah berat sangat. Ada banyak lagi space yang boleh diisi lagi. Mungkin bila balik dari Sabah nanti kot. Lepas check in barang luggage, terus check in untuk departure. Flight pukul 3.40 petang. Masa kami sampai itu 3.20 petang dah. Nasib baik sempat. Fuhh..

4.00 petang.

Masa ni dah panggilan masuk ke dalam kapal terbang dah. Kami antara yang terakhir naik. Malas nak bersesak-sesak. Dan tempat duduk kamipun antara yang paling belakang. Seat row 23. Dalam tu ada lebih kurang 30 row sahaja kot. Kapal terbang kecil. Setiap seat disediakan LCD TV Kecil. Bolehlah layan movie walaupun penerbangan hanya makan masa 2 jam sahaja. Tapi Emir Ikhwan hari tu memang aktif sangat. Tak boleh nak duduk diam. Remote TV tu memang jadi kegemaran dialah.

Dalam sejam selepas bertolak itu, makananpun disediakan. Kalau ikutkan boleh pilih nak makan nasi lauk ikan atau ayam. Tapi disebabkan kami ini duduk di row hujung-hujung maka nasi lauk ikanpun habis. Terpaksalah makan nasi lauk ayam. Tapi saya makan nasi itu dengan kuah sup sayur sahaja. Ayam tak boleh masuk tekak. Sedap juga sayurnya. Lepas itu minuman pula ada 3 pilihan sama ada jus epal, orange atau 7 Up. Mak mertua dan saya ambil jus epal manakala husband pula ambil jus orange. Sedap juga jus epal ini di tekak saya. Baby Emirpun disuap nasi lauk sayur juga. Adalah dalam 3 - 4 suap dia makan.

Lepas makan nampak semua satu family tidur. Saya pula yang tak boleh nak lelap sebab sakit kepala. Puncanya sebab hidung tersumbat. Sejuk tu dalam flight. Dah lah duduk tengah. Dengan mendukung infant lagi. Memang berharap cepat-cepatlah sampai KK.

6.30 petang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sampai sahaja terus ke imigresen. Selepas selesai urusan imigresen dia ada bagi satu resit. Resit itu kena simpan ye sebab ia umpama 'permit' kita sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang, habislah!. Itu apa yang rakan kami yang tinggal di Sabah ni bagitahu. Selepas itu, kamipun ke tingkat bawah menuntut bagasi. Selepas itu, kami ke luar airport menunggu van sewa sampai. Husband cari van sewa inipun melalui Mudah sahaja. Senang kan. Urusan booking dilakukan melalui telefon sahaja. Van sewa kami sampai 15 minit kemudian sebab jalan agak sesak katanya.
Lepas dapat van, kami terus ke tempat penginapan.

Kami menginap di Marina Court Condo iaitu service apartment 3 bilik. Condo ini kakak ipar book online sahaja tapi bukan di website Marina Court yea. Kalau book melalui website Marina Court mahal. Ni kira macam owner dia dah beli unit condo from Marina Court dan sewakan sendiri pada oranglah. Nama owner condo yang kami sewa ni Uncle Ting. Memang murah sangat. RM300 semalam sahaja untuk condo 3 bilik. Lengkap dengan Astro, internet, dapur dan juga washing machine. Kami akan menginap di sini selama 3 malam.

8.00 petang.

Kami keluar selepas solat jamak maghrib dan isyak untuk mencari makan. Rakan kami yang tinggal di KK mencadangkan makan di Anjung Selera. Memang dekat sangatlah Anjung Selera itu dengan tempat penginapan kami. Kalau drive 2 minit sahaja sudah sampai. Malam itu kami makan di kedai bernama Laksamana. Saya makan Mee bandung + jus epal. Kombinasi yang tak kena dengan tekak saya malam itu tapi layankan sahajalah. Emir pula yang suka makan mee bandung ini. Mereka yang lain semua menikmati nasi goreng dan nasi berlauk. Bila kira-kira balik makn di situ satu kepala lebih kurang RM15 tak termasuk babies. Lepas menjamu selera, kami singgah membeli roti dan air mineral di 7 Eleven. Roti Gardenia dia tak sesedap yang di semenanjung. Kami hampir tertipu bila melihat packagingnya. Lepas itu kami terus pulang berehat.

Hari ke 2 destinasi kami ialah Pasar Basah KK, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli dan Tanjung Aru. Malamnya kami makan di Restoran Kampung Nelayan. Terlalu panjang ini diceritakan dalam entry ini. Jadi saya akan sambung cerita dalam part 2 pula. Ok bai!


Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics