Salam korang..
Mengantuknya. Mata rasa amat berat sekali sampai buat kerja lagho pun masih tidak berjaya hilangkan mengantuk. Hanya satu sahaja cara yang setakat ini berkesan untuk hilangkan rasa kantuk. Yeah, bijak pun. Bila jari mengetuk keyboard untuk menaip dan meng’update’ blog, maka mata ini serta merta menjadi segar. Walaupun kini blogger.com gagal ditembusi di office, sekurang-kurangnya saya masih ada medium lain untuk meneruskan misi meng’update’ blog iaitu melalui email.
Seperti biasa bila Isnin menjelma, aktiviti hujung minggu akan penuh megisi ruang blog saya. Jumaat malam saya dah mula mengemas barang-barang untuk di bawa ke hospital nanti. Satu untuk baby dan satu lagi untuk mamanya. Selain itu sempat juga siapkan barang-barang lain yang akan digunakan semasa berpantang di Puchong nanti. Malam itu memang tidur di Selayang sahajalah walaupun pada asalnya saya merancang untuk terus balik ke Puchong. Kalau sudah letih mengemas barang, baik sambung tidur sahaja. Hehe~.. Esokannya baru kami bertolak ke Puchong selepas bersarapan roti bom (mak mertua beli di gerai depan Mydin. Mungkin disebabkan terliur tengok saya menjamah roti itu isnin lepas).
Petang itu suami mengajak ke Giant. Masa untuk makan pizza di Pizza Hut. Kami makan set untuk dua orang. Yang garlic bread, chicken soup, regular pan pizza (tukar ke cheezy lava) dan air saya tukar ke mango tango. Sampai bil kena hampir RM46.00. Service charge tambah government tax pun hampir RM6. Service yang ditawarkan tak sepadan dengan harga service charge.Fuhh, makin mahal pula Pizza Hut sekarang. Selepas ini rasa macam nak beralih terus ke Pizza Domino yang lebih murah dan lebih sedap. Selepas itu, sempat lagi shopping secara kecil-kecilan. Lebih kepada membeli toiletries untuk digunakan semasa di hospital nanti. Sebelum balik, sempat menapau 5 set Mc Chicken untuk family. Saya pula beli sundae cone vanilla. Sedapnya aiskrim vanilla. Orang kata ia bagus untuk kurangkan sakit tekak kan?
Oklah kawan-kawan, setakat itu dahulu update saya kali ini. Matapun sudah kembali segar. Bai!
No comments:
Post a Comment