Salam korang!
Hari ini hari rabu.
Yeah, hari ini juga hari makan besar buat department saya sempena menyambut rakan-rakan baru dan juga sempena meraikan ‘new financial year 2012’. Company ada menyediakan ‘budget’ sempena itu sebanyak RM10 untuk setiap pekerja. Jadi dengan budget itu di tambah pula dengan wang hadiah kemenangan diterima daripada beberapa projek anjuran company, department akan mengadakan jamuan makan petang ini iaitu selepas waktu bekerja di cafeteria company. Hari ini kami akan dijamu dengan hidangan Kenny rogers, pizza domino dan juga kek. Dianggarkan dalam 30 orang akan menyertai acara makan-makan ini nanti. Rezeki baby dalam perut nampaknya kan.
Oleh sebab itu, hari ini saya langsung tak naik ke kafe untuk makan. Pagi, saya makan buah epal dan minum soya, pukul 10 pula saya makan kek cawan dan minum vico panas sementara tengahari tadi saya makan roti 3 keping dan juga kacang gajus segenggam. Pukul 3.20 nanti kalau tidak mengantuk, saya akan cuba alas perut dengan mengunyah kerepek pisang. Kalau mengantuk, baik tidur sahaja.10 minit rehat begitu berharga untuk ibu-ibu mengandung macam saya ini. heh heh~
Tak sabar rasanya menunggu jam menginjak ke pukul 5.30 petang. Nak makan Kenny rogers dan tapau pizza bawa balik rumah. Sebelum pukul 7.00 sudah kena beransur pulang. Sudah berjanji dengan suami untuk pulang seawall yang mungkin. Lagipun mak mertua tak galakkan balik lewat lagi-lagi masa-masa sekarang ini (masa jadi mak buyung). Tapi, hari ini kesihatan agak ‘spoil’ sebab selain daripada masalah hidung tersumbat, perutpun meragam seperti terkena ‘food poisoning’. Sabar sahajalah. Jumaat ini juga aka nada appointment check up dengan hospital. Harap segalanya lancar.
No comments:
Post a Comment