Salam korang!
Hmm, saya kalau pagi-pagi tak buka akhbar online or mynewshub memang tak sah terutamanya pada hari bekerja. Seawal 7.30 pagi sampai office sedangkan waktu kerja hanya bermula pada 8.15 pagi. Hari ini tertarik pula untuk share berkenaan wang hantaran atau lebih kepada wang hadiah daripada lelaki kepada perempuan.
Seorang pengguna Facebook mengariskan ciri-ciri berikut sebagai panduan untuk meletakan harga wanga hantaran RM10,000.
Rasanya semua sifat itu memang penting tanpa perlu mengira jumlah wang hantaran.
Jumlah RM10,000 itu mungkin sekadar kiasan dan bukan sesutau yang wajib. Namun mungkin apa yang ingin digambarkan adalah sikap yang dicari dalam diri seorang
wanita.
Dan yang terpenting, apakah syarat ke-10 yang anda mahu letakan dalam diri pasangan anda?
1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah couple
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit
10: ?? anda tambah sendiri
Ada perempuan yang tidak puas hati lalu meletakkan pula ciri-ciri seorang lelaki perlu ada sebelum mengidam untuk bernikah di ruangan komen.
5 Syarat untuk seorang lelaki perlu ada before idam nak menikah:
1. Boleh jadi imam
2. Tahu semua hukum tajwid.
3. hafal Al-Quran & hadis
4. Ada pendapatan tetap.
5. Masih teruna
6. mampu mengawal perasaan (tidak panas baran)
7. Mampu fikir secara logic
8. ?? anda tambah sendiri
Adilkan? Kalau lelaki idam wanita macam tu, wanita pon ada hak kan nak memilih.. Wallahualam
Bagi saya pula, apa yang saya faham selama ini wang hantaran ini biasanya akan digunakan oleh pengantin perempuan untuk cover majlis perkahwinan. Menurut pengetahuan yang saya ada, mengikut Islam, majlis perkahwinan hanya wajib dilakukan oleh pihak lelaki bertujuan memberitahu orang lain dan untuk memperkenalkan pasangan supaya tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Tapi, sejajar dengan perubahan masa dan adat budaya masyarakat kita yang 1Malaysia ini, maka majlis belah perempuan diadakan dan adakalanya lebih meriah daripada majlis belah lelaki. Ada juga yang menggabungkan sahaja majlis dengan hanya membuat majlis di sebelah perempuan sahaja. Boleh dikatakan tanggungjawab membuat majlis perkahwinan telah berpindah kepada pihak perempuan. Jadi, wang hantaran itu sebagai simbol bahawa pihak lelaki menyerahkan tanggungjawab membuat majlis perkahwinan itu kepada perempuan. Banyak atau tidak jumpah hantaran itu ditentukan secara bersama.
Saya berkahwin tahun lepas dengan jumpah hantaran RM10,000. Terus terang cakap, ia sebenarnya tidak mencukupi untuk bayar harga makanan dan khemah untuk tetamu. Keluarga saya perlu menambah sebanyak RM2000 untuk itu. Janganlah minta berlebihan sampai kos pelamin, baju, mekap dan hantaranpun diletakkan di bahu pihak lelaki kan dan yang penting ikut kemampuan. Apa yang penting sebenarnya hidangan untuk tetamu dan juga rombongan pengantin lelaki yang bertandang cukup dan memuaskan. Orang yang datang ke majlis bukan sekadar meraikan hari bahagia kita tapi turut mendoakan kebahagian kita juga. Di luar sana banyak pakej catering perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Pilihan bijak di tangan kita sendiri ok.
Kepada bakal-bakal pengantin sekalian, take note lah perkara ini. Ok bai!
No comments:
Post a Comment