Salam korang!
Yeah, Alhamdulillah masih lagi gagah untuk pergi kerja dan menaip untuk blog ini walaupun usia kandungan dah mencecah 37 weeks. Semalam ada seorang kawan bekas aka ex-colleague sudahpun selamat bersalin anak perempuan. Sepatutnya due dia 9 @ 10/May. Awal seminggu sahaja dengan saya rupanya due dia berbanding saya. Semua rakan sekerja suruh ready sebab masuk minggu ke 38 (minggu depan daa..), dah boleh bersalin pada bila-bila masa. Saya hanya berdoa dan berharap baby saya selamat dilahirkan pada hari jumaat dengan mudah dan selamat. Sebabnya saya dan suami lahir pada hari yang sama iaitu pada hari jumaat. Heee~
Setakat ini keadaan saya masih lagi ok. Rasanya belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Cuma kaki masih lagi bengkak. Orang tua-tua kata kalau bengkak kaki sudah surut, bermakna waktu bersalin semakin hampir. Saya tengok perutpun belum jatuh lagi. Sabtu nanti akan pergi check up di Klinik. Kalau boleh nak ajak suami pergi check up awal sebab berkemungkinan jalan sesak pada hari itu disebabkan ada BERSIH 3.0 di pusat Bandar KL. Klinik tempat saya pergi check up inipun terletak di KL. Semoga Allah permudahkan urusan kami nanti. InsyaAllah.
Minggu ini saya notice yang application facebook mobile sudah boleh ‘check in’ location. Terujalah juga nak update di mana saya berada tapi setakat ini hanya teringat nak check in bila di office sahaja.
Hehe. Nanti kalau pergi tempat-tempat menarik, bolehlah check in. Petang nanti ada makan-makan di McD berhampirna office. Kalau teringat nanti, saya check in lah. Hehe. Ok geng. Nak sambung buat kerja sudah. Ok bai!
No comments:
Post a Comment