Followers

Tuesday, April 3, 2012

Isu PTPTN

Salam korang!

 

Sekarang ini kecoh pasal PTPTN. Yeah, Pakatan Rakyat mahu memansuhkan terus pinjaman dan menggantikannya dengan pendidikan secara percuma. Sebenarnya ramai yang masih lagi tidak yakin, keliru dan lebih kepada tidak percaya ia mampu direalisasikan secara terus oleh mereka. Bila PTPTN dimansuhkan dan pembiayaan di universiti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, maka sesiapa sahaja lepasan SPM yang berkelayakan minimum perlu diberikan hak sama rata untuk belajar di unversiti. Kalaupun mereka tidak dapat masuk IPTA, mereka perlu diberikan hak yang sama bila diterima masuk ke IPTS. Betul tak? Sebab selama ini PTPTN menawarkan pinjaman kepada kedua-dua jenis institusi.  Dan Pakatan Rakyat menegaskan bahawa IPTS tidak akan gulung tikar apabila pendidikan percuma ini dilaksanakan nanti.  Hanya itu sahaja yang bermain di fikiran saya sekarang.

 

Persoalannya di sini, kos pengajian di IPTS lebih mahal daripada IPTA. Dan rata-rata IPTS mengambil pelajar berlandaskan keuntungan tanpa mengira kelayakan sebenar pelajar. Adakah bila pendidikan percuma ini dilaksanakan, semua IPTS mesti mengutamakan kelayakan ataupun masih kepada keuntungan di mana IPTS akan mengambil pelajar seramai yang boleh. Semakin ramai pelajar, semakin untung kan.  Dan lagi satu, adakah pendidikan percuma ini bermaksud ia tidak termasuk kos sara hidup? Sebab mengikut apa yang saya faham, pendidikan percuma yang diberikan di sekolah tidak termasuk kos makan, minum, tempat tinggal, transportation, bahan-bahan ilmiah dan buku-buku. Adakah untuk pendidikan percuma peringkat universiti, Pakatan Rakyat akan menawarkan elaun sara hidup yang sama rata untuk semua pelajar?

 

Persoalan terbesar saya ialah di manakah mereka nak mendapatkan sumber untuk melaksanakan system pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN? Banyak lagi persoalan lain yang menerjah kotak fikiran saya berkenaan isu ini tetapi apa yang penting ialah apa yang saya suarakan di atas ini.

 

Bercakap mengenai pinjaman PTPTN, memang sejak dahulu lagi saya begitu tidak berpuas hati dengan cara pembayaran balik pinjaman yang menjerut peminjam-peminjam. Sudah tentulah yang meminjam PTPTN ialah golongan yang tidak mampu. Dan sebaik sahaja tamat belajar dan memulakan pekerjaan, bukan terus dapat gaji besar. Purata gaji fresh graduate antara 1800 sehingga 3000 (Ini purata ye. Ada juga yang dapat kurang atau lebih daripada ini). Dan rata-ratanya hanya mampu untuk membayar balik pinjaman antara 180-300 sebulan. Bayangkanlah kalau hutang PTPTN yang ditanggung ialah 28000 sahaja. Sebaik sahaja tamat belajar, menganggur pula selama 6 bulan. Sehingga 6 bulan tersebut, hutang dah naik menjadi 28422.36. Dalam masa 6 bulan, kos perhkidmatan sudah up menjadi 422.36. Fuyoo..itu baru seorang. Bukan seorang dua peminjam PTPTN tetapi beratus ribu orang kot kalau dijumpahkan semuanya. Bulan ke 7, mulalah membayar dengan permulaan 100 sebulan. Bulan pertama dia bayar 100, kena kos perkidmatan sebanyak 70.80. Maknanya si peminjam hanya dapat bayar hutang sebanyak hampir 30 sahaja. Kalau dapat maintain bayaran, boleh mohon ujrah pula. Tetapi ujrah ada baik buruknya. Memang ia mengurangkan kos perkhidmatan daripada 3% kepada 1% tetapi bayaran bulanan yang dikenakan amat tinggi dan hutang perlu diselesaikan dalam masa beberapa tahun sahaja.  Kalau mampu, bolehlah. Tapi, bagi yang tidak mampun, bagaimana? Bagaimana pula kes kalau hutang PTPTN hampir 60000 seperti jiran saya. Tiap-tiap bulan dia hanya mampu membayar sebanyak 150 sedangkan kos perkhidmatan 160. Dan setiap bulan kos perkihdmatan semakin meningkat disebabkan dia tidak mampu membayar lebih daripada kos perkhidmatan, Setelah 3 tahun lebih bekerja, kini hutang PTPTN nya sudah mencecah 65000 walaupun dia membayar setiap bulan. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai penganiayaan?

 

Bagi saya elok dikaji semula kos perkhidmatan tersebut? Kalau boleh laksanakan terus pengurangan kos perkhidmatan tanpa perlu memohon ujrah yang sebenarnya lebih membebankan peminjam.

Oklah, itu sahaja pasal PTPTN. OK Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics