Followers

Saturday, April 14, 2012

Happy Belated Birthday?

Salam korang..

 

Mengantuknya sepanjang pagi ini. Hari sabtu yang indah sebab kena kerja. Esok cuti sehari sahaja sebelum sambung bekerja selama 5 hari berturut-turut. Tak puas bercuti. Company tak patut ganti cuti 11/April itu hari ini. Patutnya diganti 07/Apr. Barulah tak rasa letih sangat kan? Siapalah yang buat keputusan kejam ini agaknya. Kesannya, fuh, ramai yang terpaksa ambil cuti juga. Office hari ini sangatlah lengang ye kawan-kawan. Separuh ahli dalam department saya cuti. Hanya separuh yang masih gagah bekerja termasuklah saya.

 

Lately, saya amat bermasalah untuk tidur malam. Satu, sebab sakit belakang dan sakit pinggang. Diikuti oleh sakit di bahagian peha dan betis kesan dihempap kaki sendiri (kalau mengiring ke kiri, kaki kirilah yang menanggungnya). Dua, sebab rasa panas yang melampau. Bayangkan tidur hanya pakai kain batik sahaja tanpa selimut dengan kipas berpusing tahap maksimum, badan saya masih rasa panas dan berpeluh-peluh. Macam berada dalam sauna. Disebabkan mengantuk, terlelaplah juga. Tapi, memang tak selesa. Kalau di rumah mertua tidur dalam bilik berhawa dingin. Masalahnya tetap sama. Kalau tak pakai selimut, rasa sejuk sangat. Tapi bila pakai selimut, rasa panas pula. At last pakai juga selimut dan dalam masa yang sama rasa macam dalam sauna jugalah kan. Inilah cabaran ibu-ibu mengandung. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu itu sebenarnya dan ianya bermula seawal waktu hamil. Bukan hanya semasa bersalin dan juga ketika membesarkan anak-anak. Ini baru satu anak. Membayangkan bila ada 2,3,4 anak nanti kan.

 

Hari Khamis baru ini genaplah usia saya 27 tahun. Suamipun dok panggil ‘kak’ sebab dia masih lagi 26 tahun. Hujung bulan 5 nanti baru kami jadi sama baya. Walaupun dia muda beberapa bulan daripada saya, perwatakan dan rupa dia lebih matang. Mungkin disebabkan sejak ayahnya meninggal kira-kira 6 tahun lalu, dia sebagai anak lelaki sulung memikul tanggungjawab menjaga mak, kakak dan adik-adik. Dia bukanlah menyumbang daripada segi wang ringgit (sebab masa itu masih lagi belajar), tapi dari segi keselamatan dan juga hal-hal lain sebab dulu semasa ayahnya masih ada, semua perkara berkaitan rumahtangga diuruskan ayahnya sendiri tanpa diketahui maknya. Bila ayahnya pergi, maka agak kelam kabut jugalah mak dia nak uruskan rumahtangga sendiri. Jadi, sebab tak mahu menambah kelam kabut dan nak membantu maknya, banyaklah perkara yang dia bantu dan urusan belajarpun dia uruskan sendiri. Benda ini buat dia jadi cepat matang dan amat berdikari.

 

Saya tak mengharapkan hadiah tahun ini sebab hadiah paling bermakna buat saya dan suami bakal tiba pada bulan 5 nanti. Apa yang diharapkan, saya dapat melahirkan baby yang sihat, cerdik dan sempurna dengan mudah dan selamat. Inilah hadiah hari jadi kami yang paling bermakna buat saya.

1 comment:

apdm said...

salam...

semoga niat itu akan menjadi nyata,,

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics