Followers

Friday, April 27, 2012

Hujung minggu ini KL Meriah!

Salam jumaat korang!

 

Hujung minggu ini macam-macam akan berlaku kan di sekitar kita di Malaysia ini. Bermula dengan Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung di PWTC bermula hari ini sehingga 29hb nanti.

Kemudian, dalam masa yang sama, pesta BERSIH 3.0 pun bakal berlaku bermula esok pagi di Kuala Lumpur. Kalau ikutkan, mereka hendak berkumpul di Dataran Merdeka tetapi tadi baru baca akhbar mengatakan Datuk Bandar telahpun menutup Dataran Merdeka selama 3 hari bermula pagi ini. Mungkin peristiwa BERSIH 2.0 akan berulang kembali? Seluruh laluan masuk ke KL akan ditapis oleh pihak polis menyebabkan kesesakan jalanraya luar biasa. Mustahil saya akan lupa tarikh perhimpunan BERSIH 2.0 yang betul-betul jatuh masa Majlis Resepsi saya di sebelah lelaki di Kepong. Ramai kawan-kawan tidak dapat hadir disebabkan perhimpunan tersebut. Huhu~

 

Dalam masa yang 2 orang sahabat saya juga akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini dan kebetulan sama dengan majlis perkahwinan artis penuh kontroversi, Fasha Sandha dengan Jejai. Nasib baik majlis sahabat saya ini di buat di luar KL.  Rakan sekelas saya, Nana akan bersanding pada 29hb nanti di JB. Malangnya, saya tidak dapat hadir sama untuk memeriahkan majlis. Maklumlah, sekarang ini dah sarat. Tak mampu nak berjalan jauh. Walaupun pada awalnya teruja nak pergi tetapi akhirnya terpaksa mengalah. Suamipun tak boleh nak pergi wakilkan sebab dia kenalah teman saya sebab sayapun tak pasti bila akan bersalin. Kiranya, kalau diikutkan sekarang ini bila-bila masa sahaja boleh bersalin. Seorang lagi sahabat rakan sepersatuan masa di UTM dahulu, Didi buat majlisnya di Utara pada 28hb. Pun jauh sangat lokasinya. Tak mampun saya untuk menjejak kaki ke sana buat masa ini.

 

Dalam masa yang sama banyaknya CLEARANCE SALES di seluruh Malaysia. List SALES di bawah ini hanya di sekitar KL-Selangor sahaja tau. Jom serbuuuu…

 

 

Wednesday, April 25, 2012

Minggu ke 37 sudah.

Salam korang!

 

Yeah, Alhamdulillah masih lagi gagah untuk pergi kerja dan menaip untuk blog ini walaupun usia kandungan dah mencecah 37 weeks. Semalam ada seorang kawan bekas aka ex-colleague sudahpun selamat bersalin anak perempuan. Sepatutnya due dia 9 @ 10/May. Awal seminggu sahaja dengan saya rupanya due dia berbanding saya. Semua rakan sekerja suruh ready sebab masuk minggu ke 38 (minggu depan daa..), dah boleh bersalin pada bila-bila masa. Saya hanya berdoa dan berharap baby saya selamat dilahirkan pada hari jumaat dengan mudah dan selamat. Sebabnya saya dan suami lahir pada hari yang sama iaitu pada hari jumaat. Heee~

 

Setakat ini keadaan saya masih lagi ok. Rasanya belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Cuma kaki masih lagi bengkak. Orang tua-tua kata kalau bengkak kaki sudah surut, bermakna waktu bersalin semakin hampir. Saya tengok perutpun belum jatuh lagi. Sabtu nanti akan pergi check up di Klinik. Kalau boleh nak ajak suami pergi check up awal sebab berkemungkinan jalan sesak pada hari itu disebabkan ada BERSIH 3.0 di pusat Bandar KL. Klinik tempat saya pergi check up inipun terletak di KL.  Semoga Allah permudahkan urusan kami nanti. InsyaAllah.

 

Minggu ini saya notice yang application facebook mobile sudah boleh ‘check in’ location. Terujalah juga nak update di mana saya berada tapi setakat ini hanya teringat nak check in bila di office sahaja.

Hehe. Nanti kalau pergi tempat-tempat menarik, bolehlah check in. Petang nanti ada makan-makan di McD berhampirna office. Kalau teringat nanti, saya check in lah. Hehe. Ok geng. Nak sambung buat kerja sudah. Ok bai!

Tuesday, April 17, 2012

Perkembangan Minggu ke 36~

Salam korang!

 

Minggu ini (jumaat nanti) masuklah 36 minggu aka 9 bulan usia kandunganku. So far per’kembang’an semasa memang banyak. Sejak sabtu baru ini, perasan kaki dah mula membengkak dengan jayanya. Jari dan tapak tanganpun sama. Membengkak sampai rasa seperti ‘oh gemuknya aku sekarang ini rupanya’. Yang paling best bengkak itu membawa sampai ke muka. Member cakap muka dah kembang. Saya cakap bukan kembang tapi gemuk sebab makan banyak kot. Alahai.. Kalau ikutkan makan sudah cuba dikawal walaupun setiap 2 jam mesti rasa nak mengunyah. Makan berat waktu pagi dan juga malam sahaja. Tengahari lebih kepada makan roti dan buah. Minum air kosong banyak-banyak. Mak mertua membuat tilikan, mungkin baby saya akan keluar awal daripada due. Mungkin awal bulan 5 katanya. Makcik belah mak saya pula berkata dengan yakin, 2 minggu lagi keluarlah baby ini .

 

Kalau dah lepas 36 minggu, saya redha sahaja kalau baby nak keluar. Sebab insyaAllah, masa itu baby dah sedia dan sempurna untuk melihat dunia. Tapi, kalau boleh biarlah selepas sesi kelas antenatal yang akan saya ikuti hujung minggu ini. Janganlah terlalu awal. Beri kesempatan untuk mama dan babah nak cedok ilmu sebanyak-banyaknya di kelas itu nanti. Check up seterusnya lambat lagi. 2 minggu dari sekarang. Harap berat badan dan saiz badan tak naik banyak sebab sekarang ini tinggal 3 sahaja seluar kerja. 2 daripadanya dah mula rasa mengecil (ngam ngam sahaja bila pakai). Satu sahaja seluar yang masih longgar dan selesa dipakai. Kalau tidak terpaksalah pakai baju jubah pergi kerja nanti. Jubahpun my sister bagi. Minggu-minggu terakhir sebagai mak buyung ini menyeronokkan sebenarnya tapi bila time nak berjalan banyak sikit dan bila nak tidur, agak sukar sedikit. Hanya ibu-ibu yang mengandung dan pernah mengandung sahaja yang mengerti. Sebab itulah ibu mengandung yang redha dengan segala dugaan sepanjang proses mengandung diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Alhamdulillah sebab saya diberi peluang olehNya untuk merasai sendiri.

 

Oklah, itu sahaja kot buat kali ini. Bai!

Saturday, April 14, 2012

Happy Belated Birthday?

Salam korang..

 

Mengantuknya sepanjang pagi ini. Hari sabtu yang indah sebab kena kerja. Esok cuti sehari sahaja sebelum sambung bekerja selama 5 hari berturut-turut. Tak puas bercuti. Company tak patut ganti cuti 11/April itu hari ini. Patutnya diganti 07/Apr. Barulah tak rasa letih sangat kan? Siapalah yang buat keputusan kejam ini agaknya. Kesannya, fuh, ramai yang terpaksa ambil cuti juga. Office hari ini sangatlah lengang ye kawan-kawan. Separuh ahli dalam department saya cuti. Hanya separuh yang masih gagah bekerja termasuklah saya.

 

Lately, saya amat bermasalah untuk tidur malam. Satu, sebab sakit belakang dan sakit pinggang. Diikuti oleh sakit di bahagian peha dan betis kesan dihempap kaki sendiri (kalau mengiring ke kiri, kaki kirilah yang menanggungnya). Dua, sebab rasa panas yang melampau. Bayangkan tidur hanya pakai kain batik sahaja tanpa selimut dengan kipas berpusing tahap maksimum, badan saya masih rasa panas dan berpeluh-peluh. Macam berada dalam sauna. Disebabkan mengantuk, terlelaplah juga. Tapi, memang tak selesa. Kalau di rumah mertua tidur dalam bilik berhawa dingin. Masalahnya tetap sama. Kalau tak pakai selimut, rasa sejuk sangat. Tapi bila pakai selimut, rasa panas pula. At last pakai juga selimut dan dalam masa yang sama rasa macam dalam sauna jugalah kan. Inilah cabaran ibu-ibu mengandung. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu itu sebenarnya dan ianya bermula seawal waktu hamil. Bukan hanya semasa bersalin dan juga ketika membesarkan anak-anak. Ini baru satu anak. Membayangkan bila ada 2,3,4 anak nanti kan.

 

Hari Khamis baru ini genaplah usia saya 27 tahun. Suamipun dok panggil ‘kak’ sebab dia masih lagi 26 tahun. Hujung bulan 5 nanti baru kami jadi sama baya. Walaupun dia muda beberapa bulan daripada saya, perwatakan dan rupa dia lebih matang. Mungkin disebabkan sejak ayahnya meninggal kira-kira 6 tahun lalu, dia sebagai anak lelaki sulung memikul tanggungjawab menjaga mak, kakak dan adik-adik. Dia bukanlah menyumbang daripada segi wang ringgit (sebab masa itu masih lagi belajar), tapi dari segi keselamatan dan juga hal-hal lain sebab dulu semasa ayahnya masih ada, semua perkara berkaitan rumahtangga diuruskan ayahnya sendiri tanpa diketahui maknya. Bila ayahnya pergi, maka agak kelam kabut jugalah mak dia nak uruskan rumahtangga sendiri. Jadi, sebab tak mahu menambah kelam kabut dan nak membantu maknya, banyaklah perkara yang dia bantu dan urusan belajarpun dia uruskan sendiri. Benda ini buat dia jadi cepat matang dan amat berdikari.

 

Saya tak mengharapkan hadiah tahun ini sebab hadiah paling bermakna buat saya dan suami bakal tiba pada bulan 5 nanti. Apa yang diharapkan, saya dapat melahirkan baby yang sihat, cerdik dan sempurna dengan mudah dan selamat. Inilah hadiah hari jadi kami yang paling bermakna buat saya.

Tuesday, April 10, 2012

Banyak sangat topik.

Salam korang!

 

Nak menulis juga walaupun busy. Esok cuti sempena pertabalan YDP Agong. Jadi, hari ini perlu rasa gembira dan rasa seperti jumaat. Kalau ikutkan tak ada rancangan esok. Selain untuk belajar berjimat, bolehlah mengisi ruang waktu dengan mengemas rumah, membaca untuk mendalami ilmu berkaitan dengan persediaan bersalin. Almaklumlah minggu ini kandungan sudahpun memasuki minggu ke 35. Minggu depan genap 9 bulan dan pada masa itu bila-bila masa sahaja baby boleh keluar melihat dunia dengan selamat. InsyaAllah.

 

Bermula esok juga, mak mertua akan ke Kuantan sehingga sabtu. Jadi, kami kena pandai-pandailah untuk menyediakan dinner setiap malam sendiri. Selalunya mak mertua jadi ketua chef. Saya dan kakak ipar jadi pembantu chef sahaja. Mungkin kakak ipar akan balik ke rumah mertuanya sehinggalah mak dia balik dari Kuantan nanti. Sabtu ini pula saya kena kerja. Oleh kerana minggu ini giliran di rumah parents saya di Puchong, jumaat malam nanti saya dan suami akan terus balik tidur di Puchong. Berangan sudah nak minta tolong suami menghantar dan menjemput dari tempat kerja sabtu nanti. Hehe~

 

Weekend sekarang banyak diisi di rumah kecuali bila ada jemputan kenduri atau urusan-urusan penting. Weekend baru ini bermula petang jumaat. Petang itu saya dan suami ke hospital untuk buat check up. Alhamdulillah baby sihat, ibu sihat dan kedudukan baby dalam perutpun normal. Doktor bersetuju dengan rancangan kami untuk selang seli kan check up appoinement antara klinik dengan hospital. So, lepas ini next check up ialah di klinik pada minggu ke 37 iaitu 28hb April ini. Manakala check up di hospital pula ialah pada minggu ke 39 iaitu pada 11hb May. Seterusnya, kami ke Rawang atas urusan dengan peguam pinjaman perumahan. Menurut wakil peguam, dalam masa terdekat ini sudah kena membayar installment rumah sebab menurut perjanjian rumah sepatutnya sudah siap untuk diduduki. Masalahnya rumah kami masih belum siap sepenuhnya. Haiyoo…sedih betul sebab kena juga bayar walaupun rumah belum belum diduduki.

 

Sabtu memang tak pergi ke mana-mana di siang hari. Malam itu mak mertua mengajak ke OU untuk beli battery jam di FOSSIL. Sampai sahaja di kedai, dimaklumkan kena tunggu sebulan baru dapat stok battery tersebut. Haiyoo, lamalah pula masa diambil. At last pergi tukar battery biasa sahaja di kedai lain. Lepas itu, kami makan di Chicken Rice Shop. Lama tak pekena Pai tee. Nyum nyum. Esokannya pula, saya dan suami pergi kenduri kahwin anak teruna Kak Midah (my colleague). Kenduri di Putrajaya. Gerak lepas solat zohor, pukul 2.30 petang baru sampai. Lepas kenduri singgah di TESCO membeli barang-barang rumah yang hampir kehabisan. Sampai di rumah kira-kira pukul 5.30 petang. Lepak di rumah sahaja selepas itu.

 

Weekend depan saya dan suami akan ke kelas antenatal. Harap-harap sempat untuk menghadiri kelas sebelum bersalin. Masa itu kandungan sudahpun mencecah 36 minggu pun. Kira tengah tunggu hari untuk bersalin. Apa yang penting untuk dipelajari nanti ialah persediaan bersalin dan juga meyusu badan secara eksklusif. Semoga Dia permudahkan segala urusan saya nanti. Ameeen~

 

Wednesday, April 4, 2012

Makan Besar

Salam korang!

Hari ini hari rabu.

 

Yeah, hari ini juga hari makan besar buat department saya sempena menyambut rakan-rakan baru dan juga sempena meraikan ‘new financial year 2012’. Company ada menyediakan ‘budget’  sempena itu sebanyak RM10 untuk setiap pekerja. Jadi dengan budget itu di tambah pula dengan wang hadiah kemenangan diterima daripada beberapa projek anjuran company, department akan mengadakan jamuan makan petang ini iaitu selepas waktu bekerja di cafeteria company. Hari ini kami akan dijamu dengan hidangan Kenny rogers, pizza domino dan juga kek. Dianggarkan dalam 30 orang akan menyertai acara makan-makan ini nanti.  Rezeki baby dalam perut nampaknya kan.

 

Oleh sebab itu, hari ini saya langsung tak naik ke kafe untuk makan. Pagi, saya makan buah epal dan minum soya, pukul 10 pula saya makan kek cawan dan minum vico panas sementara tengahari tadi saya makan roti 3 keping dan juga kacang gajus segenggam. Pukul 3.20 nanti kalau tidak mengantuk, saya akan cuba alas perut dengan mengunyah kerepek pisang. Kalau mengantuk, baik tidur sahaja.10 minit rehat begitu berharga untuk ibu-ibu mengandung macam saya ini. heh heh~

 

Tak sabar rasanya menunggu jam menginjak ke pukul 5.30 petang. Nak makan Kenny rogers dan tapau pizza bawa balik rumah. Sebelum pukul 7.00 sudah kena beransur pulang. Sudah berjanji dengan suami untuk pulang seawall yang mungkin. Lagipun mak mertua tak galakkan balik lewat lagi-lagi masa-masa sekarang ini (masa jadi mak buyung). Tapi, hari ini kesihatan agak ‘spoil’ sebab selain daripada masalah hidung tersumbat, perutpun meragam seperti terkena ‘food poisoning’. Sabar sahajalah. Jumaat ini juga aka nada appointment check up dengan hospital. Harap segalanya lancar.

 

 

Apa gunanya wang hantaran?

Salam korang!

 

Hmm, saya kalau pagi-pagi tak buka akhbar online or mynewshub memang tak sah terutamanya pada hari bekerja. Seawal 7.30 pagi sampai office sedangkan waktu kerja hanya bermula pada 8.15 pagi.  Hari ini tertarik pula untuk share berkenaan wang hantaran atau lebih kepada wang hadiah daripada lelaki kepada perempuan.

 

            Seorang pengguna Facebook mengariskan ciri-ciri berikut sebagai panduan untuk meletakan harga wanga hantaran RM10,000.

            Rasanya semua sifat itu memang penting tanpa perlu mengira jumlah wang hantaran.

            Jumlah RM10,000 itu mungkin sekadar kiasan dan bukan sesutau yang wajib. Namun mungkin apa yang ingin digambarkan adalah sikap yang dicari dalam diri seorang
            wanita.

            Dan yang terpenting, apakah syarat ke-10 yang anda mahu letakan dalam diri pasangan anda?

            1: Solat tidak tinggal
            2: Menutup Aurat
            3: Tidak pernah couple
            4: Jaga tingkahlaku
            5: Pandai mengaji
            6: Tahu hukum agama
            7: Hafal quran
            8: Pandai memasak
            9: Pandai menjahit
            10: ?? anda tambah sendiri

Ada perempuan yang tidak puas hati lalu meletakkan pula ciri-ciri seorang lelaki perlu ada sebelum mengidam untuk bernikah di ruangan komen.

            5 Syarat untuk seorang lelaki perlu ada before idam nak menikah:

            1. Boleh jadi imam
            2. Tahu semua hukum tajwid.
            3. hafal Al-Quran & hadis
            4. Ada pendapatan tetap.
            5. Masih teruna
            6. mampu mengawal perasaan (tidak panas baran)
            7. Mampu fikir secara logic

            8. ?? anda tambah sendiri

            Adilkan? Kalau lelaki idam wanita macam tu, wanita pon ada hak kan nak memilih.. Wallahualam

Bagi saya pula, apa yang saya faham selama ini wang hantaran ini biasanya akan digunakan oleh pengantin perempuan untuk cover majlis perkahwinan. Menurut pengetahuan yang saya ada, mengikut Islam, majlis perkahwinan hanya wajib dilakukan oleh pihak lelaki bertujuan memberitahu orang lain dan untuk memperkenalkan pasangan supaya tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

 

Tapi, sejajar dengan perubahan masa dan adat budaya masyarakat kita yang 1Malaysia ini, maka majlis belah perempuan diadakan dan adakalanya lebih meriah daripada majlis belah lelaki. Ada juga yang menggabungkan sahaja majlis dengan hanya membuat majlis di sebelah perempuan sahaja. Boleh dikatakan tanggungjawab membuat majlis perkahwinan telah berpindah kepada pihak perempuan. Jadi, wang hantaran itu sebagai simbol bahawa pihak lelaki menyerahkan tanggungjawab membuat majlis perkahwinan itu kepada perempuan. Banyak atau tidak jumpah hantaran itu ditentukan secara bersama.

 

Saya berkahwin tahun lepas dengan jumpah hantaran RM10,000. Terus terang cakap, ia sebenarnya tidak mencukupi untuk bayar harga makanan dan khemah untuk tetamu. Keluarga saya perlu menambah sebanyak RM2000 untuk itu. Janganlah minta berlebihan sampai kos pelamin, baju, mekap dan hantaranpun diletakkan di bahu pihak lelaki kan dan yang penting ikut kemampuan. Apa yang penting sebenarnya hidangan untuk tetamu dan juga rombongan pengantin lelaki yang bertandang cukup dan memuaskan. Orang yang datang ke majlis bukan sekadar meraikan hari bahagia kita tapi turut mendoakan kebahagian kita juga. Di luar sana banyak pakej catering perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Pilihan bijak di tangan kita sendiri ok.

 

Kepada bakal-bakal pengantin sekalian, take note lah perkara ini.  Ok bai!

 

 

Tuesday, April 3, 2012

Isu PTPTN

Salam korang!

 

Sekarang ini kecoh pasal PTPTN. Yeah, Pakatan Rakyat mahu memansuhkan terus pinjaman dan menggantikannya dengan pendidikan secara percuma. Sebenarnya ramai yang masih lagi tidak yakin, keliru dan lebih kepada tidak percaya ia mampu direalisasikan secara terus oleh mereka. Bila PTPTN dimansuhkan dan pembiayaan di universiti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, maka sesiapa sahaja lepasan SPM yang berkelayakan minimum perlu diberikan hak sama rata untuk belajar di unversiti. Kalaupun mereka tidak dapat masuk IPTA, mereka perlu diberikan hak yang sama bila diterima masuk ke IPTS. Betul tak? Sebab selama ini PTPTN menawarkan pinjaman kepada kedua-dua jenis institusi.  Dan Pakatan Rakyat menegaskan bahawa IPTS tidak akan gulung tikar apabila pendidikan percuma ini dilaksanakan nanti.  Hanya itu sahaja yang bermain di fikiran saya sekarang.

 

Persoalannya di sini, kos pengajian di IPTS lebih mahal daripada IPTA. Dan rata-rata IPTS mengambil pelajar berlandaskan keuntungan tanpa mengira kelayakan sebenar pelajar. Adakah bila pendidikan percuma ini dilaksanakan, semua IPTS mesti mengutamakan kelayakan ataupun masih kepada keuntungan di mana IPTS akan mengambil pelajar seramai yang boleh. Semakin ramai pelajar, semakin untung kan.  Dan lagi satu, adakah pendidikan percuma ini bermaksud ia tidak termasuk kos sara hidup? Sebab mengikut apa yang saya faham, pendidikan percuma yang diberikan di sekolah tidak termasuk kos makan, minum, tempat tinggal, transportation, bahan-bahan ilmiah dan buku-buku. Adakah untuk pendidikan percuma peringkat universiti, Pakatan Rakyat akan menawarkan elaun sara hidup yang sama rata untuk semua pelajar?

 

Persoalan terbesar saya ialah di manakah mereka nak mendapatkan sumber untuk melaksanakan system pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN? Banyak lagi persoalan lain yang menerjah kotak fikiran saya berkenaan isu ini tetapi apa yang penting ialah apa yang saya suarakan di atas ini.

 

Bercakap mengenai pinjaman PTPTN, memang sejak dahulu lagi saya begitu tidak berpuas hati dengan cara pembayaran balik pinjaman yang menjerut peminjam-peminjam. Sudah tentulah yang meminjam PTPTN ialah golongan yang tidak mampu. Dan sebaik sahaja tamat belajar dan memulakan pekerjaan, bukan terus dapat gaji besar. Purata gaji fresh graduate antara 1800 sehingga 3000 (Ini purata ye. Ada juga yang dapat kurang atau lebih daripada ini). Dan rata-ratanya hanya mampu untuk membayar balik pinjaman antara 180-300 sebulan. Bayangkanlah kalau hutang PTPTN yang ditanggung ialah 28000 sahaja. Sebaik sahaja tamat belajar, menganggur pula selama 6 bulan. Sehingga 6 bulan tersebut, hutang dah naik menjadi 28422.36. Dalam masa 6 bulan, kos perhkidmatan sudah up menjadi 422.36. Fuyoo..itu baru seorang. Bukan seorang dua peminjam PTPTN tetapi beratus ribu orang kot kalau dijumpahkan semuanya. Bulan ke 7, mulalah membayar dengan permulaan 100 sebulan. Bulan pertama dia bayar 100, kena kos perkidmatan sebanyak 70.80. Maknanya si peminjam hanya dapat bayar hutang sebanyak hampir 30 sahaja. Kalau dapat maintain bayaran, boleh mohon ujrah pula. Tetapi ujrah ada baik buruknya. Memang ia mengurangkan kos perkhidmatan daripada 3% kepada 1% tetapi bayaran bulanan yang dikenakan amat tinggi dan hutang perlu diselesaikan dalam masa beberapa tahun sahaja.  Kalau mampu, bolehlah. Tapi, bagi yang tidak mampun, bagaimana? Bagaimana pula kes kalau hutang PTPTN hampir 60000 seperti jiran saya. Tiap-tiap bulan dia hanya mampu membayar sebanyak 150 sedangkan kos perkhidmatan 160. Dan setiap bulan kos perkihdmatan semakin meningkat disebabkan dia tidak mampu membayar lebih daripada kos perkhidmatan, Setelah 3 tahun lebih bekerja, kini hutang PTPTN nya sudah mencecah 65000 walaupun dia membayar setiap bulan. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai penganiayaan?

 

Bagi saya elok dikaji semula kos perkhidmatan tersebut? Kalau boleh laksanakan terus pengurangan kos perkhidmatan tanpa perlu memohon ujrah yang sebenarnya lebih membebankan peminjam.

Oklah, itu sahaja pasal PTPTN. OK Bai!

Monday, April 2, 2012

Roti Bom | Pizza | McChicken | Sundae Cone

Salam korang..

 

Mengantuknya. Mata rasa amat berat sekali sampai buat kerja lagho pun masih tidak berjaya hilangkan mengantuk. Hanya satu sahaja cara yang setakat ini berkesan untuk hilangkan rasa kantuk. Yeah, bijak pun. Bila jari mengetuk keyboard untuk menaip dan meng’update’ blog, maka mata ini serta merta menjadi segar. Walaupun kini blogger.com gagal ditembusi di office, sekurang-kurangnya saya masih ada medium lain untuk meneruskan misi meng’update’ blog iaitu melalui email.

 

Seperti biasa bila Isnin menjelma, aktiviti hujung minggu akan penuh megisi ruang blog saya. Jumaat malam saya dah mula mengemas barang-barang untuk di bawa ke hospital nanti. Satu untuk baby dan satu lagi untuk mamanya. Selain itu sempat juga siapkan barang-barang lain yang akan digunakan semasa berpantang di Puchong nanti. Malam itu memang tidur di Selayang sahajalah walaupun pada asalnya saya merancang untuk terus balik ke Puchong. Kalau sudah letih mengemas barang, baik sambung tidur sahaja. Hehe~.. Esokannya baru kami bertolak ke Puchong selepas bersarapan roti bom (mak mertua beli di gerai depan Mydin. Mungkin disebabkan terliur tengok saya menjamah roti itu isnin lepas).

 

Petang itu suami mengajak ke Giant. Masa untuk makan pizza di Pizza Hut. Kami makan set untuk dua orang. Yang garlic bread, chicken soup, regular pan pizza (tukar ke cheezy lava) dan air saya tukar ke mango tango. Sampai bil kena hampir RM46.00. Service charge tambah government tax pun hampir RM6. Service yang ditawarkan tak sepadan dengan harga service charge.Fuhh, makin mahal pula Pizza Hut sekarang. Selepas ini rasa macam nak beralih terus ke Pizza Domino yang lebih murah dan lebih sedap. Selepas itu, sempat lagi shopping secara kecil-kecilan. Lebih kepada membeli toiletries untuk digunakan semasa di hospital nanti.  Sebelum balik, sempat menapau 5 set Mc Chicken untuk family. Saya pula beli sundae cone vanilla. Sedapnya aiskrim vanilla. Orang kata ia bagus untuk kurangkan sakit tekak kan?

 

Oklah kawan-kawan, setakat itu dahulu update saya kali ini. Matapun sudah kembali segar. Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics