Followers

Wednesday, June 13, 2012

Cabaran ibu baru : Positif!

Holla semua..

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 35 saya berpantang. Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi sisa-sisa hari berpantang. Secara peribadinya saya takut bila nak habis pantang ini. Memanglah masa itu si ibu seronok sebab hampir kebanyakan makanan sudah boleh masuk perut tapi itulah rasa risau tetap ada takut-takut tersalah makan. Bukan si ibu yang mendapat kesannya tetapi baby Emir. Dalam tengah berpantang inipun baby Emir ada juga ter 'kembung' perut sampai tidur malam tak lena.

Masa menghadapi saat-saat itu memang mama kadang-kadang tidak tahan sabar lagi-lagi kalau kembungnya tak surut-surut melepasi 2 jam. Kalau dalam masa 2 jam, mama memang boleh tahan dan layankan sahaja. Tapi, bila difikir-fikir balik untuk apa rasa tertekan sampai nangis-nangis sebab ia memang terjadi secara semulajadi kepada semua ibu-bapa yang baru menimang cahaya mata. Lepas ini sudah bila sudah mula bekerja dan baby Emir semakin membesar lagi besar dugaannya. Ini baru dugaan kembung perut sahaja. Belum lagi kalau baby Emir demam. Tak dapat membayangkan apakah reaksi saya bila masa itu sampai nanti. Mesti mula-mula meraung kesedihan. Sedih sebab kesian tengok si kecil menahan sakit. Masa itu tak tidurpun tak apalah. Tak sampai hati untuk tidur sedangkan si kecil tak boleh nak lelap.

Sekarang ini saya mesti tetapkan dalam hati setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Dan ada hikmah disebalik setiap apa yang terjadi kepada saya dan juga baby Emir. Allah SWT nak mengajar erti sabar, tabah dan menguatkan rasa kasih sayang dan simpati kepada si kecil yang selama ini hanya bergelap di dunia rahim. Tiba-tiba dilahirkan ke dunia dengan pandangan yang kabur, tidak pandai bercakap dan hanya satu sahaja senjata yang ada iaitu tangisan. Apa-apa yang si kecil rasa tak selesa atau lapar akan diluahkan dengan tangisan. Jadi, janganlah rasa tension tiap kali si kecil menangis. Cuba untuk mencari punca dia menangis dan cara nak atasinya.

Jom muhasabah diri dan berazam untuk menjadi ibu/bapa yang terbaik kepada anak. Ok bai!


1 comment:

نورعيم said...

akak, upload la gambar baby akak. takde pun kan?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics