Followers

Sunday, June 24, 2012

Apa lagi makanan yang perlu terus dipantang selepas habis pantang?

Salam korang..

Kalau ikutkan semalam officially 44 days pantang ended tapi rasa macam masih belum cukup lagi. Rasa macam nak terus berpantang sahaja. Cuma tak perlu lagi nak pakai pilis, kain sarung dan juga baju lengan panjang dalam rumah sepanjang masa. Kena jaga tang pemakanan sahaja.

Puas jugalah menggoogle cari apakah makanan yang still kena pantang even dah lepas 44 hari berpantang. Yang saya tahu minuman sejuk berais terus kena pantang, makanan berangin juga sebab ia akan memberi kesan kepada baby bagi ibu-ibu yang menyusukan baby. Yang menjadi kemusykilan saya bagaimana pula dengan makanan yang 'sejuk'? Adakah perlu dieelakkan lagi? Sampai bila? Makanan berangin yang saya tahu ialah makanan berubi. Apa lagi makanan lain yang angin ye?
Buah-buahan tempatan seperti manggis, langsat, duku, dokong, rambutan, pulasan dan lain-lain itu perlu dielakkan lagi ke? Dan ;lagi satu, sampai bila pula? Bagaimana pula dengan makanan yang boleh sebabkan gatal seperti telur, ikan-ikan, seafood, ayam biasa pula? Perlu dielakkan lagi ke walaupun luka dah sembuh? Sampai bila perlu elak?

Hari ini entry memang penuh dengan persoalan. Ada sesiapa yang dapat menjawabnya tak?
Ok itu sahaja. Bai!


3 comments:

Ardini Humaira said...

ngeee dni pun tatau sebab berpantang pun belum.. otw nak berpantang ni... lagi 2bulan.. tak sabo rasanya :D

noorafzan.blogspot.com said...

owh ye ke?
good luck ok.
hope everythings run smoothly.
=)

azlina zabha said...

aku hari ke 45 dah hentam je semua. makan pizzahut lagi.. hahaha..

aler.. teruskan je berpantang, macam betul2 pantang 44hari tu... best kalau dapat pantang.. :) mesti akan terus slim dan slim... :)

(saya menyesal tak terus pantang.. sekarang dah susah nak turunkan berat badan semula... :( susah giler! ) sangat sedih.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics