Followers

Wednesday, June 6, 2012

Cabaran berpantang sendirian

Salam korang!

Hari ini ada masa lagi untuk update blog. Semalam anak saya tidur dengan lena sehingga ke pagi. Hanya bangun untuk menyusu. Kalau hari-hari begini kan heaven. Tapi itulah, berangan sahajalah sebab baby bukannya robot yang boleh di 'setting'. Disebabkan tidur mama cukup, maka mama tak adalah rasa ngantuk sangat pagi ini. Emir bangun pukul 7.30 pagi untuk menyusu. Terus mama bersihkan dia, pakai baju baru. Dan pukul 10.00 tadi dia dah terlelap semula. Mamapun dah siap mandi, siap  tolong goreng cekodok ikan bilis atas request mak (tok wan Emir teringin). Dan sekarang berada di depan laptop untuk update entry.

Hari ini nak cerita sikit pasal berpantang. Kepada ibu-ibu yang pernah berpantang sendiri, saya amat tabik spring kerana saya tahu saya tak mampu untuk melakukannya sendiri. Sekurang-kurangnya kena ada seseorang untuk membantu bukan hanya di waktu malam ( bila suami balik kerja sahaja), tetapi sepanjang hari. Melainkan kalau baby sangat-sangat sopan santun sampai tak sekalipun menangis, atau hanya tidur sepanjang masa. Tapi, benda itu amatlah mustahil untuk berlaki. Baby isyarat yang boleh diberikan kepada kita apabila dia lapar, tidak selesa, kembung perut dan lain-lain hanyalah dengan tangisan. Kalau kita gagal mengesan punca sebenar baby menangis, maka dia akan terus menangis. Kalau kita bijak laksana sehingga sungguh memahami bahasa isyarat bayi, sekejap sahaja tangisanny akan reda.

Bayangkan minggu-minggu pertama berpantang sendirian. Mungkin minggu pertama suami atau orang yang tersayang ada untuk membantu, tetapi masuk minggu kedua untuk mereka yang berkerjaya tentu sudah kembali bekerja kan. Dan masa itu luka belum betul-betul sembuh. Pergerakan perlu dibataskan sebanyak mungkin supaya tidak berlaku 'bentan'. Macam mana nak pergi mandi, makan (mesti perlu memanaskan lauk sekurang-kurangnya) dan lain-lain keperluan termasuk nak pergi buang air dan menukar baju dan lampin baby kalau ketika itu juga baby kita menangis minta belaian (kalau diletak maka menangislah dia)?. Sanggup ke nak membiarkan baby menangis? Tentu tak sanggup kan? Dan mampu ke nak tahan bila mahu terkucil. Pun tak tahan juga kan? Bagaimana pula kalau baby meragam? Selalunya baby meragam disebabkan kembung perut ataupun dia rasa sejuk (biasanya dalam perut ibu rasa panas kan.)

Sekarang ini saya berkira-kira sama ada nak terus tinggal di Puchong sehingga betul-betul habis cuti 2 bulan atau kembali ke Selayang seminggu dua sebelum masuk kerja semula. Sebab, kalau saya balik ke Selayang, tiada siapa yang booleh membantu menjaga Emir bila hari bekerja. Mak mertua dan suami bekerja. Takkan nak minta tolong kakak ipar yang sekarang inipun sedang sarat mengandung menunggu hari untuk bersalin? So, perkara ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja terus tinggal di Puchong ini sampailah Emir dah besar sikit (at least 6 bulan). Biar mak tolong jagakan dahulu sementara anak masih belum boleh berjalan. Setakat boleh merangkak tidak menjadi masalah. Tapi, kasihan pula pada mak sebab dia kena jaga 2 cucu sekaligus. Tidak mungkin saya sanggup menyusahkan dia lagi.

Hoh, entry ini dah bercampur baur dengan sesi luahan perasaanlah pula. Padahal nak membincangkan isu berpantang sendiri di rumah. Berbalik kepada isu ini, ada juga saya baca di forum pasal ibu-ibu yang berjaya juga berpantang sendiri. Tapi, tak sempat pula nak membaca lebih lanjut bagaimana mereka berjaya melakukannya. Anda boleh ke forum-forum ibu-ibu yang banyak sekarang ini untuk tahu lebih lanjut. Tak pun google sahajalah. Kan senang. Ok, itu sahajalah buat kali ini. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics