Followers

Friday, June 29, 2012

Istikharah~

Salam korang.

Dalam seminggu ini macam-macam pula yang berlaku. Sayapun jadi bingung juga bila ia datang sekaligus. Tak boleh ambil semua tetapi kena memilih. Pilihan - pilihan yang adapun bukanlah semudah ABC untuk dilakukan. Jadi pada masa-masa ini istikharah begitu penting nampaknya. Supaya Allah SWT tunjukkan jalan yang paling baik untuk saya pilih.

Oh ya, esok Emir Ikhwan punya kepala akan dibotakkan. Maka sebelum itu perlulah di snap gambar saat-saat akhir sebelum terkorbannya rambut dia yang panjang itu. Nanti babah balik rumah lewat petang bawa kamera. Minta dia snap gambar Emir Ikhwan banyak-banyak. Hari ini dah 51 hari. Tinggal beberapa hari lagi saya menjadi orang yang makan gaji buta. Sebab duduk rumah tapi gaji jalan. Bermula 9hb bermulalah perjuangan sebagai seorang ibu yang berkerja.Semoga segalanya berjalan lancar. Ameeen~

ok peeps. bai!

Sunday, June 24, 2012

Apa lagi makanan yang perlu terus dipantang selepas habis pantang?

Salam korang..

Kalau ikutkan semalam officially 44 days pantang ended tapi rasa macam masih belum cukup lagi. Rasa macam nak terus berpantang sahaja. Cuma tak perlu lagi nak pakai pilis, kain sarung dan juga baju lengan panjang dalam rumah sepanjang masa. Kena jaga tang pemakanan sahaja.

Puas jugalah menggoogle cari apakah makanan yang still kena pantang even dah lepas 44 hari berpantang. Yang saya tahu minuman sejuk berais terus kena pantang, makanan berangin juga sebab ia akan memberi kesan kepada baby bagi ibu-ibu yang menyusukan baby. Yang menjadi kemusykilan saya bagaimana pula dengan makanan yang 'sejuk'? Adakah perlu dieelakkan lagi? Sampai bila? Makanan berangin yang saya tahu ialah makanan berubi. Apa lagi makanan lain yang angin ye?
Buah-buahan tempatan seperti manggis, langsat, duku, dokong, rambutan, pulasan dan lain-lain itu perlu dielakkan lagi ke? Dan ;lagi satu, sampai bila pula? Bagaimana pula dengan makanan yang boleh sebabkan gatal seperti telur, ikan-ikan, seafood, ayam biasa pula? Perlu dielakkan lagi ke walaupun luka dah sembuh? Sampai bila perlu elak?

Hari ini entry memang penuh dengan persoalan. Ada sesiapa yang dapat menjawabnya tak?
Ok itu sahaja. Bai!


Friday, June 15, 2012

Suatu ketika dahulu : Dugaan sebelum kahwin

Betul ke dia terima aku seadanya?
Betul ke aku ini untuk dia?
Betul ke dia untuk aku?
Betu ke?

Kenapa sekarang baru nak memikir?
Kenapa aku tak yakin pula ni?
Kenapa kecewa dengan diri?
Kenapa dengan aku?

Kenapa banyak sangat pertanyaan aku ini?
Kenapa aku menangis pula?
Kecewa dengan diri?
Pilu sendiri.

Perasaaanku sendiri yang gundah gulana.
Bagai telah kena tikam belati tajam.
Ye, aku yang tikam diri sendiri.
Dia tak tikampun.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Tunjukkan kucahayaMu.
Aku kelabu.

Puisi ini dah lama saya tulis sebenarnya.
01hb  May 2011. Masa ini kalau ikut perhitungan lagi sebulan sebelum saya sah suami diijabkabul.
Dan saya hanya tulis tanpa publish kan. Sekadar meluahkan perasaan yang keliru menjelang hari besar.


Saya pasti, bukan hanya saya yang pernah mengalami perasaan sebegini. Hampir semua pasangan akan menghadapinya. Ini salah satu dugaan yang terpaksa ditempuh. Sebabnya masa inilah syaitan amatlah galak berusaha untuk menggagalkan usaha anak-anak adam dan umat Rasulullah SAW daripada mengikuti tuntutan Rasulullah SAW yang menggalakkan umatnya mendirikan masjid.


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami berdua mengatasi dugaan dan hasutan syaitan. Masjid telahpun kami bina setahun yang lepas. Masih kukuh sehingga sekarang dan berharap semakin kukuh dari hari ke hari sehingga ke syurga Allah SWT. Ameen~


Sampai sekarang masih lagi belajar dan terus belajar untuk menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik buat suami dan anak dan dalam masa yang sama menjadi hanbaNya yang bertakwa.

Thursday, June 14, 2012

Rupa baby Emir Ikhwan : untuk tatapan rakan blogger~

Salam korang..

Oleh kerana ramai nak tengok rupa anak, sayapun berbesar hati nak kongsikan. Tapi satu sahajalah buatg masa ini. Tadaaa....
...
...
...
...
...
...
...
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

scroll ke bawah ye..=)






























 

Comel kan? Cerah macam mama dia dan rupa hensem macam babah dia.
Mata dia bukanlah warna biru tapi warna grey gitu. Ikut tok ayah dia punya mata. Tak sabar nak tunggu dia membesar. Hari ini Emir Ikhwan dahpun menginjak usia 36 hari. Tak lama lagi mama habis berpantang dan tak lama lagi jugalah mama akan mula bekerja. Cepatnya masa berlalu kan.
Oklah, bai!

Wednesday, June 13, 2012

Cabaran ibu baru : Positif!

Holla semua..

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 35 saya berpantang. Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi sisa-sisa hari berpantang. Secara peribadinya saya takut bila nak habis pantang ini. Memanglah masa itu si ibu seronok sebab hampir kebanyakan makanan sudah boleh masuk perut tapi itulah rasa risau tetap ada takut-takut tersalah makan. Bukan si ibu yang mendapat kesannya tetapi baby Emir. Dalam tengah berpantang inipun baby Emir ada juga ter 'kembung' perut sampai tidur malam tak lena.

Masa menghadapi saat-saat itu memang mama kadang-kadang tidak tahan sabar lagi-lagi kalau kembungnya tak surut-surut melepasi 2 jam. Kalau dalam masa 2 jam, mama memang boleh tahan dan layankan sahaja. Tapi, bila difikir-fikir balik untuk apa rasa tertekan sampai nangis-nangis sebab ia memang terjadi secara semulajadi kepada semua ibu-bapa yang baru menimang cahaya mata. Lepas ini sudah bila sudah mula bekerja dan baby Emir semakin membesar lagi besar dugaannya. Ini baru dugaan kembung perut sahaja. Belum lagi kalau baby Emir demam. Tak dapat membayangkan apakah reaksi saya bila masa itu sampai nanti. Mesti mula-mula meraung kesedihan. Sedih sebab kesian tengok si kecil menahan sakit. Masa itu tak tidurpun tak apalah. Tak sampai hati untuk tidur sedangkan si kecil tak boleh nak lelap.

Sekarang ini saya mesti tetapkan dalam hati setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Dan ada hikmah disebalik setiap apa yang terjadi kepada saya dan juga baby Emir. Allah SWT nak mengajar erti sabar, tabah dan menguatkan rasa kasih sayang dan simpati kepada si kecil yang selama ini hanya bergelap di dunia rahim. Tiba-tiba dilahirkan ke dunia dengan pandangan yang kabur, tidak pandai bercakap dan hanya satu sahaja senjata yang ada iaitu tangisan. Apa-apa yang si kecil rasa tak selesa atau lapar akan diluahkan dengan tangisan. Jadi, janganlah rasa tension tiap kali si kecil menangis. Cuba untuk mencari punca dia menangis dan cara nak atasinya.

Jom muhasabah diri dan berazam untuk menjadi ibu/bapa yang terbaik kepada anak. Ok bai!


Monday, June 11, 2012

Happy 1st Anniversary : 11.06.12

Salam semua~

Yeah, hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Hari ini genap setahun kami diijabkabul sebagai suami istei yang sah. Rasa macam terlalu pantas masa berlalu. Rasanya baru sahaja kami melakukan persiapan untuk berkahwin, baru juga kami diijabkabul, baru juga saya disahkan hamil dan mengharungi detik-detik bersejarah melahirkan EmiR Ikhwan, buah cinta kami yang diharapkan akan menjadi insan yang soleh, panglima Islam yang bijak dan berani kira-kira 33 hari yang lepas.

Buat kami tiada hadiah paling bernilai yang kami terima daripadaNya selain daripada dikurniakan rezeki yang tidak pernh putus, dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai hambaNya di dunia ini dan juga paling penting dikurniakan rezeki anak yang sempurna fizikal dan rohaninya. Semoga kehidupan kami sekeluarga dirahmati dan diberkai olehNya selamanya sehingga ke syurga, InsyaAllah.

Kami masih lagi belajar menjadi suami isteri yang terbaik, menjadi hambaNya yang soleh/solehah dan menjadi mama dan babah yang terbaik untuk cahaya mata kami. Alhamdulillah, hari ini suami ambil cuti. Walaupun ada tujuan lain, tapi rasa gembira juga sebab suami ada disisi di hari istimewa ini. Esok juga dia bercuti untuk pergi medical check up kali pertama di klinik desa. Semoga segalanya selamat. Baby sihat dan mama sihat. Mama cuma berharap mampu untuk breastfeed Emir selama yang boleh dan sekurang-kurangnya sehingga usianya 6 bulan. Doakan saya ye kawan-kawan.

Ok lah setakat itu sahaja update saya hari ini. Nak pergi makan kejap. Tambah tenaga untuk menyusu Emir pula nanti. Bai!

Thursday, June 7, 2012

Rehatkan Hati | iluvislam.com discover the beauty of islam

Salam korang..

Artikel ini sangat menarik dan berguna untuk kita dalam menghadapi ujian daripada Yang Maha Esa.
Rehatkan hati kita dengan berzikir kepadaNya dengan sesungguhnya. Bukan hanya di bibir tetapi mesti difahami dan dihayati zikir tersebut. Barulah kita peroleh ketenangan.

Paling menarik hati saya ialah ayat di bawah ini yang saya petik daripada artikel 
 Rehatkan Hati | iluvislam.com discover the beauty of islam

 "Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan kerenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah.
Firman Allah: 
"Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.'' - (Surah At-Taubah 9: 51)."
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, "Bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini." Hatinya tidak akan berkata, "kenapa aku, bukan orang lain?" Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita 'memberontak', hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah."
Sama-samalah kita baca artikel ini dan bermuhasabah diri. Semoga kita memperolehi hidayah dan petunjuknya di kala kita di timpa dugaan dan ujian. Ameen~

Wednesday, June 6, 2012

Cabaran berpantang sendirian

Salam korang!

Hari ini ada masa lagi untuk update blog. Semalam anak saya tidur dengan lena sehingga ke pagi. Hanya bangun untuk menyusu. Kalau hari-hari begini kan heaven. Tapi itulah, berangan sahajalah sebab baby bukannya robot yang boleh di 'setting'. Disebabkan tidur mama cukup, maka mama tak adalah rasa ngantuk sangat pagi ini. Emir bangun pukul 7.30 pagi untuk menyusu. Terus mama bersihkan dia, pakai baju baru. Dan pukul 10.00 tadi dia dah terlelap semula. Mamapun dah siap mandi, siap  tolong goreng cekodok ikan bilis atas request mak (tok wan Emir teringin). Dan sekarang berada di depan laptop untuk update entry.

Hari ini nak cerita sikit pasal berpantang. Kepada ibu-ibu yang pernah berpantang sendiri, saya amat tabik spring kerana saya tahu saya tak mampu untuk melakukannya sendiri. Sekurang-kurangnya kena ada seseorang untuk membantu bukan hanya di waktu malam ( bila suami balik kerja sahaja), tetapi sepanjang hari. Melainkan kalau baby sangat-sangat sopan santun sampai tak sekalipun menangis, atau hanya tidur sepanjang masa. Tapi, benda itu amatlah mustahil untuk berlaki. Baby isyarat yang boleh diberikan kepada kita apabila dia lapar, tidak selesa, kembung perut dan lain-lain hanyalah dengan tangisan. Kalau kita gagal mengesan punca sebenar baby menangis, maka dia akan terus menangis. Kalau kita bijak laksana sehingga sungguh memahami bahasa isyarat bayi, sekejap sahaja tangisanny akan reda.

Bayangkan minggu-minggu pertama berpantang sendirian. Mungkin minggu pertama suami atau orang yang tersayang ada untuk membantu, tetapi masuk minggu kedua untuk mereka yang berkerjaya tentu sudah kembali bekerja kan. Dan masa itu luka belum betul-betul sembuh. Pergerakan perlu dibataskan sebanyak mungkin supaya tidak berlaku 'bentan'. Macam mana nak pergi mandi, makan (mesti perlu memanaskan lauk sekurang-kurangnya) dan lain-lain keperluan termasuk nak pergi buang air dan menukar baju dan lampin baby kalau ketika itu juga baby kita menangis minta belaian (kalau diletak maka menangislah dia)?. Sanggup ke nak membiarkan baby menangis? Tentu tak sanggup kan? Dan mampu ke nak tahan bila mahu terkucil. Pun tak tahan juga kan? Bagaimana pula kalau baby meragam? Selalunya baby meragam disebabkan kembung perut ataupun dia rasa sejuk (biasanya dalam perut ibu rasa panas kan.)

Sekarang ini saya berkira-kira sama ada nak terus tinggal di Puchong sehingga betul-betul habis cuti 2 bulan atau kembali ke Selayang seminggu dua sebelum masuk kerja semula. Sebab, kalau saya balik ke Selayang, tiada siapa yang booleh membantu menjaga Emir bila hari bekerja. Mak mertua dan suami bekerja. Takkan nak minta tolong kakak ipar yang sekarang inipun sedang sarat mengandung menunggu hari untuk bersalin? So, perkara ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja terus tinggal di Puchong ini sampailah Emir dah besar sikit (at least 6 bulan). Biar mak tolong jagakan dahulu sementara anak masih belum boleh berjalan. Setakat boleh merangkak tidak menjadi masalah. Tapi, kasihan pula pada mak sebab dia kena jaga 2 cucu sekaligus. Tidak mungkin saya sanggup menyusahkan dia lagi.

Hoh, entry ini dah bercampur baur dengan sesi luahan perasaanlah pula. Padahal nak membincangkan isu berpantang sendiri di rumah. Berbalik kepada isu ini, ada juga saya baca di forum pasal ibu-ibu yang berjaya juga berpantang sendiri. Tapi, tak sempat pula nak membaca lebih lanjut bagaimana mereka berjaya melakukannya. Anda boleh ke forum-forum ibu-ibu yang banyak sekarang ini untuk tahu lebih lanjut. Tak pun google sahajalah. Kan senang. Ok, itu sahajalah buat kali ini. Bai!

Tuesday, June 5, 2012

Tahun 2012 Tahun Aktif Kelahiran Bayi

Salam korang..

Yeah, hari ni alhamdulillah diberikan ruang untuk menulis sesuatu di blog. Korang perasan tak yang tahun 2012 ini merupakan tahun 'babies'. Sejak awal tahun begitu ramai orang disekeliling kita yang dikurniakan cahaya mata. Tidak kira apa golongan sekalipun, ada yang sudah melahirkan dan juga bakal melahirkan anak tahun ini.

Di kalangan golongan artis, Mawi, Tomok, Serina, Zed Zaidi dan beberapa lagi artis dapat anak tahun 2012 ini. Di kalangan bloggerpun ramai juga iaitu Norfa Sekilas, Ceeramon, Ben Ashaari, Eyriqazz dan ramai lagi blogger lain. Di kalangan rakan sekerja saya pula ada ramai juga yang telah dan bakal melahirkan anak tahun ini iaitu Bazilah, Afni, Iffah, Kak Fida, Hernita, Amelia, Ina dan beberapa orang lagi yang saya terlupa. Di kalangan rakan sekelas semasa di UTM dulu selain saya, ada 2 orang lagi yang telah dan sedang menanti hari bersalin tahun ini iaitu Nana dan juga Maisarah. Rakan sekolah teknikpun ramai juga iaitu Tuty Suhaila, Afiah, Fatimah dan Azizol, Natasha, Nurlin dan Izat, Hafifi dan Amy dan juga beberapa orang lagi yang saya terlupa juga buat masa ini.

Buat mereka semua, tahniah saya ucapkan. Semoga segala urusan sebagai parents dan bakal parents berjalan dengan lancar. Ameen. Hari ini dah masuk hari ke 27 berpantang. Jumaat ini akan genap sebulan usia Emir Ikhwan. Tak sure sempat ke tidak menaip entry untuk meraikannya. Kalau tak sempat kira entry ini dah cukuplah kan. hehe~

Ok lah, tak dapat nak menaip panjang. Lain kali saya update lain. Ok bai!

Monday, June 4, 2012

Cabaran ibu baru di waktu malam

Salam korang.

Isnin datang lagi dan hari ini hari ke 26 saya berpantang. Umur anak terunaku, Emir Ikhwan sudahpun menginjak 26 hari. Lagi 4 hari genaplah sebulan. Alhamdulillah, rasa semakin seronok menjadi seorang ibu walaupun masih dalam usaha untuk memahami si kecil dan juga membiasakan diri dengan dunia si kecil. Tidur malam tidak lagi seperti dahulu tapi hati dan mata menjadi sejuk setiap kali menatap wajah Emir Ikhwan. Menyamankan dan mendamaikan hati.

Hanya yang pernah menjadi ibu dan bapa merasai apa yang saya rasa sekarang ini. Saya sekarang ini cuba untuk membetulkan masa tidur Emir. Sebelum ini, dia tidak ada masalah untuk tidur malam. Memang bangun semata-mata untuk menyusu sahaja. Tapi, lepas 2 minggu dia mula kurang tidur malam. Pernah sekali dia langsung tidak mahu lelap sehingga pukul 1.30 pagi. Dan pernah juga dia tidur seawal pukul 9.30 malam. Bangun pukul 2.00 pagi dan terus tidak mahu tidur sehingga pukul 7 pagi. Hebat tak hebat penangan bila ada baby sendiri kan?

Cara nak adjust waktu tidur ialah menggalakkan dia tidak tidur petang iaitu selepas pukul 3.30 petang dia akan bangun dan hanya akan betul-betul tidur bila malam. Saya hanya control waktu itu sahaja. Malam pertama, dia tidur sahaja dan hanya bangun untuk menyusu sampai ke pagi. Tapi malam kedua dia tidur sampai pukul 5 pagi sahaja. Lepas pukul 5 pagi, dia sudah tak mahu tidur. Sampai pukul 7.30 pagi baru dia lena. Haih~.

Semoga mama terus gagah dan tabah menghadapi semua ini dan menjadi mama yang terbaik untuk Emir Ikhwan. Ok lah, itu sahaja nak cerita. Terima kasih kepada sahabat yang buat entry ini. Entry dia buat saya rasa lebih memahami baby saya. Ok bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics