Followers

Monday, April 19, 2010

Saya bakal menjadi aunty kepada ramai baby sepanjang tahun ini.

Seriously semenjak umur menginjak ke sukuan abad nih, saya dikejutkan dengan begitu banyak kejutan yang maha dasyat..
Saya akan jadi aunty kepada bakal baby kawan2.
Meriah sekarang ini.

Dimulakan dengan khabar seorang geng course mate masa di UTM dulu Jetlin, yang akan due pada tengah bulan 11 ni.
Lepas itu pula officemate, Iffah pula, due die hujung bulan 11 ini.
Diikuti seorang lagi course mate (sama ngan Jetlin) yang merupakan besties saya masa tu Farah, minggu ni dah masuk 7 minggu.
Lepas itu seorang lagi Hernita aka Nita.. ( officemate juga) yang baru masuk 6 minggu.
Dan last sekali my sis sendiri,Aida..yang dah masuk 5 minggu. (due tengah bulan 12)

Sekarang baru deliver 8hb April lepas, anak officemates Bazilah with Anwar bernama Khaulah.
Ni lah muka cik Khaulah.



Yang sedang tunggu due,
bulan depan Amirul dan Badrul(officemates).
bulan 7, Wawa (officemate).
bulan 8 pula Firdaus dan Farizal (officemates)

Tahun ini memang tahun kelahiran baby2 untuk orang2 yang dekat dengan saya.
Tahniah kepada mereka.
Saya? Kahwinpun belum lagi.
So, takleh nak cakap apa la kan.
=)

p/s :Ask me everything kat kotak formspring.me di sidebar yea..=)

Sunday, April 18, 2010

Gatsby Deodorant Streets Fair - parking daa~

Sebaik sahaja dah redeem hadiah Gatsby guna point yang kami kumpul masa layan games itu, kamipun pergi solat zohor sat.

Kami parking kat aras 2, so, geraklah ke tempat parking sambil2 cari mesin autopay for parking.
Rupanya ada kat aras 1 atau 3 sahaja.
Jadi, kami gigih la naik tangga kan.
Sampai sahaja, my F masukkan tiket parking.
Tengok2 nah ambik ko.
RM10.00
Terkujat la juga kan.
Tapi memang kami sampai tadipun kul 9.30 camtu.
Keluar pula kul 2.30 dekat kul 3.00..
Lebih kurang 5 jam jugalah layan games.
haha~

Menggigil nak bayar, nasib baik barang yang kami dapat redeem tu boleh tahan harganya.
Berbaloi la dengan harga parking itu.

Lepas itu, kami pergi Pudu Plaza yang tak berapa jauh dari situ.
Nahh..parkingnya RM2 je per entry.
Memang jauh betul bezanya.
Nasiblah.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics