Salam korang.
Macam biasa bila Jumaat sahaja, sukanya. Even malam sebelumnya berlaku sesuatu yang menduga saya dan juga suami tetapi hari ini Alhamdulillah sedikit demi sedikit diberi petunjuk olehNya. Alkisahnya malam tadi dalam pukul 11.30 malam. Sedang elok saya iron baju kerja suami dan juga beberapa helai blaus saya, tiba-tiba husband muncul. Dia beritahu kereta saya kena langgar. Bonnet belakang pecah manakala pintu belakang kemek. Saya terdiam seketika macam tergamam. Tak tahu nak cakap apa dan tak tahu apa nak buat. Husband ajak saya pergi tengok sendiri keadaan kereta.
Bila tengok sahaja, memang agak teruklah keadaan bonnet itu, pecah belah kanan (berhampiran paip ekzos). Bonnet memang kena tukar dengan yang baru. Tengok pada pintu belakang pula, kemek dan calar yang agak besar. Kena fikir kos untuk ketuk, simen dan cat semula. Itu kereta pula cerita. Saya berbalik pula kepada punca ataupun suspek yang menjadi punca kekemekkan dan kepecahan bahagian belakang kereta saya. Suspek menaiki motosikal. Yang menunggang seorang lelaki manakala yang membonceng merangkap pemilik motosikal itu pula perempuan. Mereka menggelabah sebab dikejar seeokr anjing. Akibat gagal mengawal handle motor, dia terus langgar belakang kereta husband sebelum langgar pula belakang kereta saya. Kereta husband bercalar sedikit tetapi kereta saya pula yang teruk. Huhu~
Kasihan juga sebab pembonceng itu cedera (tangan dan kaki masa itu gagal digerakkan). Jadi, husband hanya ambil lesen P pembonceng aka pemilik motor berkenaan sebelum pergi ke hospital mendapakan rawatan. Suspek pun masing-masing masih muda. Baru berumur 20 tahun. Nak minta dorang ganti rugipun kadang-kadang tak sampai hati. Tapi, kami kena bertegas juga dalam hal ini sebab sebelum ini ramai yang suka lari daripada bayar ganti rugi. Sekurang-kurangnya bayar sahajalah yang dia habis mampu. Tadi husband call bagitahu ada member dia nak jual bonnet dengan harga RM260. Tapi still kena fikir kos untuk mengecatnya di samping kos mengetuk, simen dan mengecat pintu belakang. Entah berapa kosnya sayapun tak pasti.
Risau sebenarnya sebab kami memang tak ada tempat lain untuk parking kereta. Dalam kawasan pagar rumah hanya boleh muat 2 kereta sahaja iaitu kereta mak dan kakak. Kereta saya dan husband terpaksa parking di luar. Bahaya tapi kami tak ada pilihan. Bila jadi macam ini rasa tak sabar nak berpindah ke rumah baru . Dulu masa tinggal di rumah mak, tempat parking banyak dan risiko berlaku kemalangan sebegitu kurang sebab depan rumah bukan laluan utama kenderaan. Di rumah mertua pula depan rumah ada shopping complex. Memang berisiko besar untuk berlaku kejadian yang sama lagi di masa akan datang.
Apapun saya percaya pasti adi hikmah tersembunyi disebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah SWT yang bagi saya rezeki yang lebih besar dalam masa terdekat ini. Semoga makbullah doa saya selama ini. Ameen~