Followers

Wednesday, September 7, 2011

Gempa Bumi

Salam korang!

Salam Hari Rabu. Tak ada istilah Wordless Wednesday untuk saya sebab kali ini saya nak juga guna words. Lately, hampir setiap hari ada sahaja berita pasal gempa bumi di seluruh dunia. Gegaran demi gegaran yang berlaku buat saya teringat bahawa ia adalah satu satu dari petanda hampirnya Hari Kiamat. Sebelum ini ia tidak berapa disedari sehinggalah Jepun dilanda gempa bumi terkuat iaitu lebih kurang magnitude 9 telah menyebabkan tsunami dan ancaman radioaktif terburuk di Jepun. Sejak itu, hampir setiap hari kita akan dihidangkan dengan berita gempa bumi yang berlaku bukan sahaja di Jepun malah di Negara lain di seluruh dunia.

Bila memikirkan betapa dunia sekarang semakin tenat dan penat melayan karenah manusia-manusia. Walau pelbagai kempen kehijauan alam, penerangan kesan global warming tapi manusia seakan-akan sukar untuk mengubah tabiat masing-masing untuk lebih menghargai alam semulajadi kita. Demi keuntungan, alam yang tak reti untuk menentang dikorbankan. Sudahnya, ia memprotes secara halus iaitu dengan mengubah sedikit demi sedikit iklim dunia. Ia bukanlah protes yang disengajakan tetapi ia adalah reflect daripada tindakan manusia itu sendiri. Apa yang berlaku pada dunia sekarang bukan diubah oleh alam itu sendiri tetapi tangan-tangan manusialah yang menjadikan ia seperti hari ini.

Udara yang suatu ketika dahulu nyaman telah di bahangkan oleh kita hari ini.
Cuaca yang suatu ketika dahulu redup telah diterikkan oleh kita hari ini.
Musim tengkujuh dan kemarau yang suatu ketika dahulu begitu konsisten setiap tahun telah diporakkan oleh kita hari ini.
Oksigen yang suatu ketika dahulu kita hirup segar telah dicemari asap dan debu oleh kita hari ini.
Hutan yang menghijau indah suatu ketika dahulu telahpun dihilangkan oleh kita hari ini.
Sungai yang indah, bersih dan suci suatu ketika dahulu telahpun dicemari oleh bahan buangan oleh kita kita hari ini.
Masa yang suatu ketika dahulu kita rasa begitu lambat berlalu begitu pantas meninggalkan kita hari ini.

Jom kita insafi diri dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang soleh. Sebab tanda-tanda pengakhiran dunia sudah semakin jelas di mata kita.
Semoga kita berada di kalangan hambaNya yang bertakwa dan diberkati. Ameen~

1 comment:

Vicky said...

Notinhg I could say would give you undue credit for this story.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics