Followers

Tuesday, January 29, 2008

idup..??

Hari ni hidup aku rasakan berwarna warni..
huhu..

I meant..
Bermacam perkara yang aku lalui..
1st thing is aku dgn tegarnya GAGAL untuk menjengukkan diri ke faculty menghadiri kelas Material Selections..
Walaupun lec x sure ada ke x, selalunya aku BERJAYA jugak jengukkan diri..
hehe..

Pastu, aku gi tunggu bas untuk kelas seterusnya tersangat la lewat..
Sib baek bas sampai agak cepat dan aku berjaya sampai ke kelas tepat pada masanya..
(lec belum sampai..)

Lec Management bgtau test 1 on 14 Feb...
He wilL be back to campus after celebrating Chinese New Year on 13th..
So, our class on 11th and 12th will be cancelled..
Hurray..
Means that the 1st class after midbreak will be started on 12th(5 pm)
Suke2..Cuti lama sket.)


Then, aku gi lab after class..
Tapi aku x der keje la pulak..
Hanya wat cold mounting and kena tunggu esok..
Esok lak x ley nak grind sebab ada kerja.
Nak jumpa enterpreneur..
Huhu..
Maybe Khamis je la dapat wat grinding..
Takper slow2..

Disebabkan tidak ada aktiviti di lab, maka akupun berlari-lari ke CICT
(Tipu..aku x lari..jalan kaki laju2 jer..)
Kat sana aku surf jap..
Dalam sejam akupun keluar..

Pastu aku balik lab..
Gi makan ngan dak2 yang sama2 wat keje kat lab..
Hajat nak makan nasi grg ayam kunyit..(rm3 je sepinggan..murah compared to other kedai makan) and minum limau ais..
Tapi, hati jadi PANAS bila order x sampai..dekat 1 jam tunggu tapi x nampak bayang..
Limau ais jer sampai..
Yang wat aku lagi GERAM tu ada 1 foreigner ni order sgt la lambat berbanding kitorang tapi dier lak dapat dulu nasi...
Aku gi kaunter..
Nak au apa aku cakap..?
haha..

'kak, nasi goreng ayam kunyit saya mana?'

Dia jawab.. ' nasinyer dah ada,tapi ayam tgh goreng..'

'Agak2 lama lagi x? Kalo lama saya nak cancel jer order tadi..'

Dia jawab lagi.. 'x lama dah..'

'Brapa lama lagi agak2?'

Dia jawab 'Entah la..dalam 10 minit..'

'Kejab saya tanya kawan..nak cancel atau nak tunggu lagi..'

Akupun blah gi meja aku..
Aku bgtau die lagi 10 minit..
Kawan aku ngan aku gi kaunter lagi..

'kak, nasi grg tu bila nak siap'

Dier jawab 'tak lama lagi tuh..'

'Cuba check macam mana ?

Diepun gi la check kat dapur sebab dier x masak..
Dier tukang amek order dan kira duet jer..
Pas check die datang balik kat kaunter..

'Nak cancel atau x ni?, nasi tu on da way'

Dalam pikiran aku terdetik persoalan..
On da way?
Pelik betul ayat kakak nih..
on da way macam mana agaknya yer?
on da way masak..?
on da way antar?

Kawan akupun cakap.. 'x per la'

Pastu trus je duk kembali..
Tunggu punya tunggu x sampai lagi..
Tetiba sorang mamat pekerja kat ctu gak datang kat meja kitorang..
Nak tau dier ckp apa?

'kak order apa tadi yer?. 4 ke 2?'

Korang bayangkan..
Kitorang da tunggu punya la lama..
Tetiba dier tanya lagi kita nak makan aper?
Kena REORDER la pulak..
Hampess betul..

Memang menyirap je rasa..
Order kul 3..
Makanan samapi kul 4..
Punya la lama..
Padahal pelanggan x ramaipun..
Kitorang pelanggan pertama order masa tuh..
Kalo ramai boley la dimaafkan kalo order lambat sampai..

Pastu aku gi solat..
Ada tugas lak pastu nak anta kad jemputan kawen pada 2 lec..
Lec pertama aku just letak kat box depan bilik dier..
Lec kedua ni pun aku harap x jumpa..
Aku gi la bilik dier..
Fuhh..die x der..
Akupun masukkan kad jemputan kat box dpn bilik dier..
Lega rasanya..

Tapi kejap jer leganya..
Masa nak kuar dari aras tuh..Aku terserempak ngan lec tuh.
Akupun dengan wajah manis memberi salam sambil lalu tepi dier..
Nak tau dier jawab aper?
huhu...

' Waalaikumsalam..Wah, nampak muka saya jer terus nak lari yer..'

huhu..
Pedas tul..
Akupun jawab ler..

'Bukan nak lari la Dr....bla..bla..bla..'

Akupun borak la sikit ngan dier..
Kejap jer..
Dierpun bz jer memanjang..

Pastu trus balik lab...
Lepak jap sembang2 ngan dak2 nih..
Pastu kul 5 ada kelas lagi..
Surface Eng..
After kelas nak gi pekena rojak ngan ehem2..
Tapi solat dulu kat masjid kampus..
After solat kitorang ada sikit gaduh la..
huhu..
Dier marah sebab aku wat benda yang aku dah janji x nak wat..
huhu..
Memang aku admit salah aku..
Aku x cakap apapun sebab tau itu salah aku..
Aku cuma mampu untuk minta maaf jer..
Dierpun senyap jerk..
Senyap tu tandanya marah..
So, aku biar dier cool dulu..
Aku makan rojak sikit jer..
Dek kerana marah, dier bayarkan akunyer rojak..
Pastu trus dier anta aku balek tanpa sepatah katapun..
Sedih la jugak..

Balik jer bilik, aku mula la pk bukan..
Biasa la pompuan..
Emotional jer..
huhu..
Akupun mesej la dier minta maaf..
But he didnt reply it..
Im wait until Isyak but no massage from him..
Lagi tambah sedey..
Risaupun ada..

Aku x nak mengaku kalah..
Once again aku mesej dier..
Berapa byk perkataan maaf dalam msej tuh akupun x berapa nk ingat..
And finally he reply..
Alhamdulillah..
Aku lega..
Trus saja aku bersemangat taip dlam blog nih..

jalan2..(continue..)

Hm..
Tu citer on Saturday..
Belum citer pasal ahad..
hehe.

Ahad tuh my sis gi poco2..
Aku duk umah jer..
Aku ada la masak nasi goreng...
Aku surf internet..
Then dekat kul 11.30baru bersiap nak gi kenduri..

After bersiap ehem2 ngan bf sis sampai..
Kitorang dah plan ehem2 akan drive bawak kitorang guna my sis car..
Senang sket pakai auto..
hehe..

Sampai jer trus duduk makan..
Memang kejap sgt la kat sana..
Pastu x sampai sejam kitorang pun balik..
Aku ngan ehem2 jumpa Pakik Omar..
Ye la..
X kan nak blah macam tuh jer kan..
x elok..
Lepas cakap dua tiga ayat, kitorangpun balik.
My sis trus tukar pakaian nak gi tgk Rambo 4..
Aku lak trus bersiap nak balik campus.

Tata la umah..
Next week balik lagi.
hehe..

hmm..
On da way tuh..
My fren at campus bg mesej..
Die tanya 'biler ko balik?'
Aku cakap 'on da way.Dalam kul 8 sampai la.'
Die cakap dier nak kuar.
Kunci aku dier pegang.So, die pass my room key to other frens.
hmm..

Aku pun cakap kat ehem2..
Dan terpacul perkataan dari mulut ini.
'kalo macam ni kiter balik lambat la'
Tetiber dier bawak aku jenjalan kat Melaka.
Tempat2 bersejarah..
Amik2 gambar..
hehe..
Seronok sgt..

After that baru la kitorang teruskan perjalanan balik campus.
Seronoknyer jalan2..

Monday, January 28, 2008

jalan2..

Aritu balik umah bertujuan asalnya nak gi kenduri kawen anak pakcik tempat aku LI dulu..
Tapi ia hanya hari Ahad..
Aku ada kat umah starts from khamis malam sampai ahad..

Hari Jumaat juz duk umah jer..
Masak 2 lauk cukup..
Ayahanda x bagi masak byk lauk..
Dier kata membazer..

Layan tv, internet n then paper metro..
Hmm..
Petang tu 3 makcik sedara datang melawat..
Actually, my mum demam..
Biasa la kalo ada kencing manes..
Senang kena demam..
Pastu lambat pulak nak baek..
huhu..

Makcik banyak citer pasal pengalaman menunaikan haji..
Seronok la mendengarnya..
Mak pun jadi segar mendengar citer menarik tuh..
hehe..

Esoknya pagi2 my sis and me bgn awal..
Lepas solat, bersiap nak gi jogging..
Best2..
Jogging ngan sorang lagi member sis..nama die jue..
Diorang ni ada aim untuk menurunkan berat badan..
Aku join suka2 sebab jarang duk umah..
hehe..

Tapi, rasanya jogging atau x..
sama jer..
Sebab after that, kitorang gi pekena roti telur sama air teh..
haha..
Baru jer buang dah masuk balek..
huahua..

Petang tuh aku kuar ngan ehem2..
Kitorang jalan2 dulu kat KL..
Beli roti2 sket.
Then, gi makan kat ulu yam..
Cecah2 kaki jer la kat air sungai tuh..
Jadi la..

Balik je lepak jap.
Sempat lagi la gi OTK malam tu..
Dalam hujan lebat tu redah jer naik kete kelisa..
hehe..
Pastu tapau KFC..
Orang kat umah sumer lapar2..

Takat nih je la..
tak sempat la nak abeskan story..
nanti sambung..

Friday, January 25, 2008

Im home..

Aku kat umah buat kesekian kalinya..
yeay..

Aku balik naek keter dari Johor ke KL..
Hari ni aku just lepaking jer kat umah..
Layan tv,tenet,masak2 dan sebagainya..
Ada lak makcik datang umah..
Layan jugak la..
hehe..

Lusa nak gi kenduri kawin umah pakcik JKR.
Tapi, kad jemputan x jumpa cari..
Mana la perginyer..
Rasa nak ngamuk pun ada..
terpaksa la tunggu aida balek umah malam nih..
huhu..

Tuesday, January 22, 2008

SORRY TO ALL MY FRENS..

Aku ada wat sesuatu as a prank..
Secret Loves Calculator..
Aku minta maaf la kalau korang sumer terkena..
Aku x sengaja la..

Pasni aku x wat lagi..
Sian..
Sian gak kat aku yang x sanggup nak simpan banyak sangat rahsia..
huahuahua..

InsyaAllah..
Aku akan keep je these secrets..
Count on me yer...
huhu..

Aku pun penah terkena before this dengan seorang kawan..
tapi is quite long time ago..
i hope she is already forget it..
huahua..

tata..

Friday, January 18, 2008

Kenali diri melalui Rambuttt???

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan
sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah di ri , tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak la ri da ri
pada
masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambilhati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....
usahakasik kusut rambut korang.....)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah di ri

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnn nnnnnnnn. ....
Huahuahuahuahu..

Wednesday, January 16, 2008

Aku dan Kamu?

.:: API ::.
Personaliti api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac - 20 April), Leo (24 Julai -23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember).

* Dilahirkan sebagai pemimpin - ye ke ek?pk jap..
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain
walaupun ianya benar. - mungkin betul..
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- artistik?..ada la sikit.. sukar dijangka? ..itu memang betul sgt2..
romantis? ..kadang2 la..
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. - suka menguasai? ..x sdar tapi kadang2 macam tu la org kata..
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. - sebenarnya macam tu la.. menyesal je kalo tipu2 nih..idup x selamat..
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. -ya, ini penting!
* Personaliti api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. -memang nak elak la daripada berlaku..huhu..


.:: ANGIN ::.
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra ( 24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. - yup, its true..now..
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. -yup, very imaginative, innovative person..
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
- bergaya?.. hmm pk jap.. tenang?.. yup, its true.. x cerewet?.. silap nih..haha..
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- hopefully..(^_^)v
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.-memangpun..


its just for fun..
jangan terlalu taksub dengan ramalan ye..(",)

Monday, January 14, 2008

MENCARI-CARI..??

huhu..
x der ape idea la..
nak tulis apa yer?
jap2..pikir..

i've keep thinking what is my strength and weaknesses?
i've thinking about what will happen to me after grad?
i've thinking a lot where should I go after dis?
What field of industries suit with me?
huhu..

I dunno what is my special talents to compete with others to get a job..
what is my strength?
I need to work hard to find out what is my special talents?
Can u help me???
huhu..

Thursday, January 10, 2008

Aku lega..

Alhamdulillah..
Bersyukur aku kepada Allah swt..
Sempena kedatangan tahun baru Islam ini aku telah berjaya berhijrah ke arah yang lebih baik..
Dan aku harap selepas ini akan jadi lebih baik daripada hari ni..

Kat Johor ni cuti..
So, aku just lepaking je la kat bilik nih..
Duitpun x seberapa sebab scholar masuk lagik..
huhu..

Semalam aku join mechanical girls badminton tournament..
Walaupun kalah dalam keadaan yang memalukan..
Sebabnya set pertama kalh..
set ke2 pun kalah.
x der persaingan sengitpun..
huhu..
Tapi per..
Aku enjoy walaupun semalaman badan aku sengal2..
yer la..
da lama x bersukan..

Ni diorang rancang nak wat barbeque..
insyaAllah..
Lagipun dah semester akhir..
Mekanikal pompuan bukannya ramai..
Satu batch ada la dalam 40 orang jer..
Itupun semalam dalam 20 lebih jer dapat join game..
Yang lain ada hal masing2..

Pastu buat pertama kali nya semester ini aku menjejakkan kaki ke Jaya Jusco Tmn U..
Hehe..
Walaupun duit x der..
Beli juga la keperluan tuh..
hehe..

Sekian sahaja untuk kali ni..
Adios..

Monday, January 7, 2008

HARI YANG SIMPLE..

Today is monday..
Smart day for UTM students..
The obvious different is all student will dress as smart/formal as possible when attending class or else go to office or library..
huhu..
For many years these rule being used.
huhu..

Im going to faculty by bus at the aerly of 8.15 in the morning..
my class only will start at 9.00.
So, what im going to with remaining 45 minutes?
I going to SUB Koperasi and bought The Star ( i think its good for improvement of my english usage..haha..)
After that, im going to computer lab at faculty..
Im just check elearning and emails..
I also distribute questionnaire to lee,chong and hapizan..
They also use computer in the same lab..
Actually, one of final year of faculty of education get me for help her distributing that things to 4SMB students which are my coursemates..
After that, im going to class..
There is only one class for me to attend today..Eng. Management and Safety class..
After that, im decide to go to CICT..
But, only for a moment because after that, Nina call me because we need to do on mounting in the lab..
Im step out form cict then rushing to lab..
After finished, we back to our collage.
Thats all from me today..
The purpose im using english in these article is to improve my english..
If there are any mistake, just let me know..
Drop me a comment.
Thank you for visit my blog.

Sunday, January 6, 2008

Hari yang gelap kini sudah terang..

Aku tak tau apa sebenarnya berlaku..
Tapi apa yang aku tau ianya memang berpunca dari salahku sendiri..
hmm..
Aku tak mahu menyalahkan orang lain walaupun mungkin ada yang contribute to make it mo worse..

Aku perlu memikirkan semula apakah yang terbaek untuk diriku..
Aku juga perlu pikirkan semula apakah yang aku inginkan sebenarnya..
Mungkin selama ini aku tidak sedar akan semua itu kerana trlalu mementingkan keinginan orang lain..
Sedangkan aku x sedar sebenarnya itu bukan keinginannya..
Kerana dia juga melakukannya kerana aku..
Kerana keinginanku..
Maknanya disini kami melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan diinginkan oleh kedua2 pihak..
What for?
Nothing rite?
huhu..

So, starts from now on I need to consider myself first before any others..
I need to be brave enough to shout out what I think it is better for me....
cHaiYok..
YoU cAN dO it!

Tuesday, January 1, 2008

minta maaf pada semua..

Assalamualaikum..
Aku sekarang dah sampai tempatku menuntut ilmu..
Aku berada di tempat yang biasa disebut menara gading..
sudah lebih tiga tahun aku di sini dengan penuh cerita suka duka..
Ada yang orang lain tahu..
Ada yang orang lain x tahu..
sesetengah orang jer yang tahu..
Dan ada yang hanya aku dan Allah swt sahaja yang tahu..
Ye la..
Semua orang ada rahsia yang tersendiri..
tul x?
Tapi, semua itu tidak akan bermakna kalau aku tidak mengambil iktibar daripada pengalaman yang aku tempuh..
Yang baik jadikan pedoman..
Yang x berapa aik jadikan tauladan..
Kalau boleh elakkan lah daripada mengulangi kesilapan yang sama..
Tahun baru bukanlah simbol yang terlalu bermakna bagi aku..
Kenapa mesti tahun baru, baru nak berazam itu dan ini..
Tiap2 hari kita boleh berazam..
haha..
hari2 sambut tahun baru.. I
ni hanya pandangan aku.
Tak salah kan? hehe..
Aku suka nak tulis blog..
Sebelum nih ada blog tapi password buat hal..
So, aku x dapat nak create post lagi..
Tinggal la blog aku tu tanpa sebarang perubahan..
k la..
Aku dah buat new blog..
Aku amik artikel dari blog lama aku tu masuk kat cni..
hehe..
Dikesempatan ini..
Aku sebenarnya nak minta maaf kepada sesiapa sahaja..
Sesiapa sahaja yang kenal atau x kenal tapi mungkin ku pernah buat mereka marah,sedih,terkilan dan apa sahaja yang perlukan kemaafan..
Aku sebagai manusia seperti orang lain tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.. Kalau ada yang rasa aku ada hutang tuh...
Minta la aku langsaikan..
x pun kira halal la..
Akupun dah memaafkan semua orang..
Semua orang..
Yang mungkin pernah membuat kesalahan atau kesilapan..
Salam kemaafan aku ni bukan sempena tahun baru..
Takde kena mengenapun..
hehe..
Saja..
Sementara aku ingat nih..
k, sekian dulu untuk kali ini..
Wassalam..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics