Followers

Sunday, August 1, 2010

Jangan lepaskan peluang ke FemmeCity Fair di KLCC hari ni last day!

Semalam saya pergi FemmeCity Fair di KLCC Convention Centre.
Actually event ini dianjurkan for ladies.
So, ladies out there yang belum pergi, silalah panjangkan kaki anda hari ni ke KLCC untuk join event ini.
Free admission ok.
Tak perlu keluarkan duit untuk masuk.

Anda boleh join pelbagai contest.
Mengumpul goodie bag macam kami.
Seriously kamu akan get fun di sana nanti.
Saya join pertandingan BFF bersama CANON.
Kami kena bergambar di wall ini.
Then, lepas gambar dah print out, kami kena isi details dan juga slogan di belakang gambar.
Then paste pada satu wall yang lain pula.



Tapi make sure kamu kena sampai seawal-awalnya pukul 11 untuk grab 1000 limited goodie bag from penganjur.
Nampak signboard di bawah itu.
Untuk dapatkan goodie bag tu kena isi survey form dan dapat cop daripada 6 penaja yang buka booth di dalam.Miss tu tengah check form.


Kami antara 20 orang terakhir yang dapat goodie bag tu.
Belum pukul 12, dah habis goodie bag tu.
Punyalah laju 1000 tu consume out.

Dalam tu ada voucher Triumph worth RM100, Cash voucher Yume Jewellery worth RM20, Free 1 Tummy Flat Treatment worth RM280 from Bizzy Body dan beberapa barangan daripada Tupperware, Libresse dan dapat sekotak CornFlakes.

Apa lagi, sila terjah selagi stok masih ada.
Memang event tu berakhir hari ni.

Journey to Pantai Timur~ Perjalanan bermula

Sabtu lepas, saya sekeluarga ada satu misi ke Pantai Timur.
Maklumlah sekarang ini musim buah menjadi-jadi di sana lagi-lagi di sekitar kampung saya.
Kami sampai di sanapun sebab ayah telah terlajak berjanji dengan atuk untuk balik kampung makan durian.
Adehh..terpaksalah eden cuti emergency isnin lepas.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 9 pagi.err..kira awal ke ni?
Hanya berempat sahaja kali ini sebab kakak dengan abang ipar tak follow.
Adik pula berada di IKM.
Perjalanan lancar tanpa kesesakan sebab bukan musim cuti sekolah.
Gajipun belum masuk masa ini.
Planning ayah saya memang baik punyalah.

Entah macam mana rajin pula tangan ini untuk snap signboard jalan.
Mula-mula di persimpangan Lancang.
Oooo..sini bukan simpang yang kami cari.
Next!
Mula-mula ayah nak singgah RNR Temerloh.
Tapi tak jadi.

Tiba pula di persimpangan Chenor.
Ohhh..kami bukan nak pergi melawat kampung Datuk Siti Norhaliza di Kg. Awah.
Kalau pergi melawatpun bukan adapun beliau di sana kan.
Jadi, kamipun meneruskan perjalanan yag masih panjang.

Bila perut dah agak-agak berkeroncong, ayahpun decide nak berhenti rehat sambil makan bekalan nasi goreng yang dia sendiri masak.
Errr..kenapa saya tak masak?
Sebab saya busy mengadap blog pagi itu. (apalah nak jadi dengan anak dara dia seorang ini?)
Blog kena update untuk bekalan 3 hari.
Haruslah mengadap PC pagi-pagi.


Tapi, kami tak berhenti di Temerloh. Cuba teka kami berhenti di mana?
Teka teki ini tak ada hadiah ye. Harap maklum.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics