Followers

Thursday, October 15, 2015

Aktiviti Awal Muharram

Salam korang..

Semalam cuti Awal Muharram. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah buat semua umat Islam sedunia. Apa azam tahun baru ni? Nak tingkatkan lagi amal jariah, nak didik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah supaya mereka boleh terus bekalkan kita dengan pahala walaupun semasa kita dah tiada di dunia.

Anak pertama, Emir tengah melasak sekarang ini. Semalam dia main bedak talkum. Main sahaja tak apa lagi ni siap jilat masuk mulut. Lepas tu siap menyepahkan box berisi baju sebab nak mencari kalau-kalau ada lagi bekas bedak dalam tu. Dia ingat mama ni sorokkan bedak dalam box tu. Habis satu bilik baju bertimbun-timbun. Macam tengah mengemas untuk pindah rumah gayanya. Ni mama jugalah nak kena kemas. Mamapun babab dia. Menangis juga tapi mama jugalah tukang pujuk dan tidurkan dia.

Asalnya dia dan adik Aina tidur. Dua-dua terlelap petang tu. Mamapun apa lagi terus turun dapur masak memasak. Lagi sikit nak habis, Aina pula menangis. Mamapun naik bilik bawa dia ke dapur. Tapi mama letak dia dalam kerusi baby. Mengamuk juga mulanya tapi mama buat tak tahu sahajalah. Mama sambung buat kerja dapur sampai habis. Lepas tu dia senyap. Lepas dah habis urusan di dapur, terus ajak dia naik bilik. Bagi dia layan nursery ryme dalam youtube. Tapi dia memang tak bagi mama tinggalkan dia. Mama kena teman dia tengok youtube tu. Ermm..sudahnya mama duduk dalam bilik sambil lipat baju yang si abang Emir sepahkan tadi.

Dah maghrib baru babah balik. Dan selesai juga mengemas bilik. Lega rasa di hati walaupun tak banyakpun kerja boleh dibuat tapi at least makan malam dan siap. Kain baju dah basuh dan lipat. Adalah sikit lagi kain baju yang sedang di ampaian dan belum dibasuh. Hujung Minggu ni nak balik kampung lagi.

Oklah..itu sahaja update kali ni. Bai..

Monday, October 12, 2015

Balik kampung..episod 3

Salam korang..

Awal Muharram dah tak berapa lama je lagi. Azam tahun ni dah tercapai ke? Apa azam tahun depan pula. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun nanti ye. Hari ni nak cerita sambungan balik kampung hari tu. Lepas dah makan kenyang, kamipun terus balik chalet. Kami 4 beranak memang terus masuk tidur sahaja tapi saya 4 kali terbangun sebab sakit perut. Tersalah makan apa agaknya. Masa di kampung tak ada pula rasa nak membuang. Di chalet ni habis kempis perut saya dibuatnya.

Esokannya pagi-pagi dah keluar beramai-mencari warung untuk bersarapan. Kebanyakan kedai masih ditutup sebab masih raya agaknya. Ada beberapa kedai sahaja yang buka. Tapi lauk pauk dah tak berapa meriah. Layankan sahajalah janji perut kenyang. Lepas sarapan lepak di chalet sahaja. Suami ambil kesempatan pergi mandi di laut. Kami pergi ke pantai juga tapi hanya bermain pasir di tepi pantai. Emir seronok betul bermain pasir. Aina pula geli bila kaki dia terkena pasir. Adik bongsu mulanya tak nak mandi laut tapi akhirnya masuk juga berendamw. Air tengah dalam memang seronoklah berendam.

Lepas tu kamipun bersiap-siap nak keluar dari chalet. Sebelum bertolak tu kami singgah beli keropok ikan di sebuah kedai berhampiran chalet. Tapi maaf cakaplah memang orang tu meniagapun tak ikhlas. Hampir semua keropok yang dijual dah lemau dan berbau macam dah lama atau expired. Packaging sahaja nampak baru siap expired date tahun 2016 lagi. Tapi bila makan memang tak boleh masuk mulut. Sedih. Membazir dalam MYR 30. Lain kali beli dekat pintu gerbang sempadan negeri. Ada deretan gerai kiri dan kanan jalan. Insya Allah di situ lagi berbaloi beli walaupun kena berpatah balik arah terengganu dari cherating.

Perjalanan lancar sebab hari tu hari sabtu. Kalau ahad mahu sesak dekat karak. Alhamdulillah..tercapai juga hajat nak jumpa atuk dan nenek di kampung. Kenduri di kelantan tak dapat pergipun tak apa sebab dorang akan buat lagi kenduri di KL. Cuma tak semeriah di Kelantan la kan. Oklah. Itu sahajalah cerita balik kampung kami.  Bai..

Friday, October 9, 2015

Balik kampung..episod 2

Dah macam drama pula ada episod ni kan. Alhamdulillah episod 1 cover cerita perjalanan ke kampung. Sampai sahaja di kampung, atuk dah ada di beranda rumah. Maklumlah rumah kampung waktu siang memang panas. Semua sedang menyejukkan diri di depan rumah. Berita tak berapa seronok kami dapat ialah mak demam. Mulanya ingat demam biasa. Lepas tu saya perasan tumit mak lebam dan ada air bisa keluar. Nampak ada buah rambutan, langsat dan tapai pulut terhidang maka itulah sebenarnya punca mak demam. Mak sakit diabetes. Tak boleh nak layan makanan manis banyak-banyak.

Sudahnya kami tak jadi nak ke Pasir Puteh. Mak ajak balik sebab tak larat dah nak duduk di tempat orang. Kalau ikut planning asal, keesokannya lepas solay jumaat nak bertolak ke kelantan. Tapi rancangan bertukar. Kami bertolak ke arah KL sebelum tengahari. Singgah di Cherating tidur semalaman. Kami sampai chalet betul-betul sebelum waktu zohor. Sempatlah suami pergi solat jumaat di masjid. Petang tu kami pergi lepak di pantai tapi tak lama sebab Emir mengamuk tak nak mandi laut. Adesss...tak merasalah mama lepak lama-lama di pantai. Terus bawa balik dianke chalet. Aina pula yang seronok berendam dengan babah dia. Tapi dia geli bila pijak pasir. Haha..

Malam tu kami pergi makan di restoran lip lap lip lap. Tak ingat nama restoran dia tapi suami minta air epal asamboi dapat air asamboi je sebab epal habis katanya. Ke sebab 'tak sempat'. Suami bagi gelaran tu sebab memanjang je tak sempat jawapan yang diberi bila hantar salah order. Saya minta
air neslo panas tapi dapat neslo o panas. Suami order 2 nasi goreng sebab kena share dengan Emir. Tapi dapat satu je sampai ke sudah. Mungkin sebab masih lagi dalam mood raya haji. Tu yang tak sempat memanjang. Kekurangan pekerja agaknya. Tapi nasi goreng semua sedap-sedap belaka. Air sahaja yang kureng sikit.

Oklah..part 2 setakat ni sahaja. Nanti sambung part 3 pula aka part akhir kot. Bai..

Wednesday, October 7, 2015

Career life

Salam korang..
Alhamdulillah makin hari makin selesa dengan kerja yang ada. Much more simple compared to the past job. Cabarannya dalam bentuk berbeza sebab sekarang ni kerja lebih antarabangsa. Orang putih cakap "global" gitu.
Sempat untuk ke mothers room 3 kali setiap hari dah cukup syukur. Kalau boleh biarlah sampai bulan 9 tahun depan macam ni. Untuk lengkapkan 2 tahun penyusuan Aina.

Kerja bukan tak banyak. Banyak juga sebenarnya cuma skopnya lebih kecil. Tak ada dah istilah multitasking macam dulu. Kalau dulu kena bahagikan masa hari-hari untuk berbagai jenis tugas. Sekarang tugasnya hanya satu cuma yang bezanya negara sahaja. Kalau dulu memang fokus pada Malaysia sahaja sekarang ni tidak lagi.

Rakan-rakan sekerjapun tak lokek ilmu. Sebab kerja kitorang ni akan sentiasa belajar benda baru. Department kitorang ni pun baru setahun lebih ditubuhkan. Saya bukan masuk menggantikan orang. Mereka nak tambah orang jadi saya ni antara orang terakhir untuk melengkapkan department ini. Alhamdulillah syukur. Dan yang best sekali department kitorang ni department pertama yang kerja normal working hours. Department lain semua ada shift. Sesuai sangat untuk mak-mak budak macam saya ni kan.

Ok lah. Tu je nak update kali ni. Bai..

Monday, October 5, 2015

Balik kampung..episod 1

Salam korang.
Masa raya haji hari tu saya dapat cuti extra sehari pada hari jumaat. Itupun sebab taska ditutup. Jadi, kamipun ambil peluang balik pantai timur. Raya jatuh pada hari khamis. Lepas zohor baru bertolak. Pagi tu suami jemput mak mertua balik dari Aussie mengikut rombongan cikgu-cikgu.

Sempatlah pergi solat raya di masjid dan menerima kunjungan kakak ipar sekeluarga. Siap ada kisah mistik yang dikongsi pasal biras saya aka suami dia.  Katanya ada monyet bunian ikut dia dari manapun tak tahu. Monyet bunian tu mula2 duduk di kepala. Sebab tu dia punya sakit kepala tak surut walaupun demam dah kebah. Demam seminggu sebelum tu balik daripada larian di putrajaya. Masa tu dah mula jerebu.

Bila dah jumpa ustaz, baru baik. Dan pergi kerja satu hari tiba-tiba hari kedua kerja tangan jadi kebas sangat. Langsung tak boleh gerak. Siap ambulans datanh ambil dari office. Katanya monyet bunian tu still ikut dia. Dia gigit pula pangkal lengan. Sebab tu tangan kebas. Cuti lagi seminggu. Hadoi..kakak ipar cakap makanpun kena bersuap hari-hari. Nasib baik kakak ipar masih lagi dalam maternity leave period. Bolehlah layan hari-hari 24 jam.

Lepas tu kami terus bertolak. Singgah beli lunch di Petrol Station sebelum nak masuk highway ke LPT. Lunch dalam kereta sahaja. Jalan mula-mula sesak juga tapi menjelang kami habis makan nampak lengang pula. Alhamdulillah memang jalan tak sesak sepanjang perjalanan tu. Aina dan mama baring sampai tertidur di belakang. Kesian babah drive bertemankan Emir di depan. Berborak dengan Emir sahajalah. Tahu-tahu pukul 5 lebih camtu sampai dah. Eh., cepat sangat sampainya. Dulu rasanya kalau bertolak pagipun dekat maghrib baru sampai. Rupanya LPT dah complete sampai KT. Bagusnya dan nampak sangat dah lama tak ke pantai timur. Adehh..

Oklah. Nanti sambung cerita lagi ok. Bai..

Thursday, October 1, 2015

Nile.com.my

Salam..

Pernah tak shopping online? Shopping secara online ni jimat masa, tenaga dan kadang- kala harganya terlajak murah berbanding kalau kita pergi kedai. Saya jarang shopping online. Selalunya kalau ada seller baru, saya akan cuba beli 1 dulu. Kalau ok, berkualiti dan yang penting bukan penipu baru saya akan beli lagi.

Saya pernah beli dengan satu seller ni. Baju dia cantik tapi tak berapa sesuai dengan saya sebab kebanyakannya bidang kecil. Bila bidang kecil, bahu macam ketat sikit dan labuh tanganpun tak ngam. Kadang - kadang bajunya dah muat tapi singkat pula. Baru saya sedar, range baju dia jual untuk orang-orang yang tak tinggi. Yang tinggi bawah 150 cm senang cerita. Saya dah tak beli dah dengan dia walaupun kadang kala geram tengok cantiknya baju yang dia jual.

Dengan nile.com.my ni saya dah beli beberapa kali. Kalau blouse muslimah memang ngam dengan badan saya. Saya kena ambil saiz XL atau XXL sebab bahu saya bidang agak besar jadi tak boleh nak ambil saiz kecil. Alhamdulillah memang murah, dan berkualiti.
Jom pakat- pakat beli di sini. Ada perkhidmatan COD kalau duduk area PJ dan KL.
Ok lah tu je nak cerita kali ni. Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics