Followers

Saturday, November 22, 2014

Perasaan bila PJJ dengan suami

Salam semua.

Alhamdulillah dah lebih sebulan PJJ dengan encik suami. Daripada masa berpantang, habis pantang dan dah masuk kerja semula. Walaupun pada mulanya rasa macam susahnya nak hadapi semua ini. Kadang-kadang rasa macam mustahil untuk hadapi semua ini. Tapi, orang kata selagi tak cuba dan selagi tak lalui, kita takkan tahu tahap kemampuan kita kan. Macam tak percaya yang saya dahpun lalui semua ini dengan jayanya.

Masa berpantang dulu memang tak kisah sangat sebab dah biasa. Suami datang hujung minggu sahaja. Emir pun dah biasa kena tinggal dengan mak dan adik. Lagipun berpantang di rumah parents saya di Puchong. Meriah dengan orang sepanjang masa. Paling sikitpun mesti ada mak saya dan juga kakak sulung sebab mereka berdua ni tak bekerja. Paling ramai bila malam dan hujung minggulah. Adik beradik saya ada 5 orang lagi. Tu tak termasuk abang ipar dan juga anak buah 2 orang. Meriah sangat rasanya. Dan masa itu memang tak berapa terkesan sangat PJJ dengan suamipun. Malam-malam kami akan whatsapp dan juga call guna LINE.

Cabaran mula terasa bila nak kena masuk kerja. Balik ke Selayang drive sendiri bawa anak-anak. Perjalanan adalah makan masa sejam juga sebab jalan agak sesak walaupun masa tu baru pukul 3 di hari bekerja. Sebelum balik rumah mak mertua di Selayang, singgah dahulu di taska. Dah daftarkan Aina di taska. Esokannya dah nak hantar Emir dan Aina ke taska. Saya akan hantar Aina (tempoh percubaan) hari jumaat dan juga isnin. Hari selasa ada 2 months check up. So, hantar abang Emir sahaja ke taska. Adik Aina ikut mama pergi Klinik Kesihatan belah pagi. Belah petang pula dia kena ikut mama check up di hospital pula. Alhamdulillah, mak mertua dan adik suami (Uda dan Adik) banyak membantu menjaga Emir. Ya, Emir rasa sunyi di Selayang sebab selalunya yang ada hanya mak mertua saya sahaja. Malam baru ada Uda. Hujung minggu pula ada Adik.

Setiap kali hantar anak-anak ke taska memang akan menangis sedih. Rasa macam nak jadi suri rumah sahaja. Tak nak lepaskan anak-anak kepada orang lain. Tapi apakan daya, kehidupan mesti diteruskan. Mama kena bekerja untuk bantu keluarga kita. Harap-harap anak-anak mama akan faham juga suatu hari nanti. Bila dah mula masuk kerja hari rabu barulah kurang rasa ralat sebab kerja di office agak banyak. Cuti 2 bulan menyebabkan kemahiran bekerja dah berkarat. Kena asah dan rujuk balik pada rakan-rakan sekerja. Nasib baik mereka suka membantu. Alhamdulillah hari-hari tak gagal untuk bangun awal menyiapkan anak-anak, keluar rumah seawal 7 pagi menghantar anak ke taska, singgah di petronas membeli bekalan nasi untuk sarapan dan lunch, dan mengepam sebanyak 3 kali di offive termasuk sekali di waktu lunch break. Sebab itu beli bekalan lunch siap-siap sebelum ke office. Dan berjaya menjemput anak sebelum pukul 7 malam. Lepas pukul 7 malam kalu kena bayar oevertime RM6 seorang. Fuhh..

Mulai minggu depan akan akan rasa lega sedikit sebab dah mula cuti sekolah. Jadi jalan tak berapa sesak. In sha Allah tak perlu terlalu tergesa-gesa sekiranya terbangun lambat. Ya, sekarang saya ada masalah bangun pagi. Sebab rasa letih sangat. Tak cukup rasanya waktu tidur yang ada. Nasib baik ada alarm semulajadi kejut sebab nak susu. Syukur..syukur..Ok lah. Tu sahaja update kali ini. Lagi 3 minggu bekerja sahaja sebelum suami pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Mohon doa kawan-kawan supaya suami dapat pulang on time ke Malaysia. Aaameeenn..

Apapun syukur sebab PJJ 2 bulan sahaja. Salute kepada mereka-mereka yang kena PJJ kekal atau dalam jangka masa panjang dengan suami masing-masing.

Wednesday, November 19, 2014

Rutin Ibu berkerjaya bermula semula.

Salam semua...

Hari ni masuk minggu ke 2 kerja lepas bercuti panjang. Alhamdulillah walaupun cuti lama dan skill2 dah berkarat sikit, dapat polish balik. Boss kata kena proaktif. Walaupun banyak manapun kerja tepat 5.30 petang dah boleh balik. Sebab boss pun jenis balik on time. Senang sikitlah bab tu.. Cuma kita kena pandai manage kerja sebab dia hanya mahu result. Dia guide sikit2 je lepas tu nak result.

Walaupun kerja agak stress sebab kejar banyak KPI dalam 1 masa, tetap bersyukur sebab tak perlu stay back. Dan masih ada masa nak pergi pam. Yeah..2 benda tu paling mustahak. Walau ke mana jua kaki ini melangkah, dalam 2 tahun tempoh penyusuan ini memang kena fulfill 2 perkara ini. Syukur ya Allah atas 2 nikmat ini. Walaupun kena keluar rumah seawal 7 pagi dan sampai rumah semula pukul 7 malam. Tak apa sebab minggu depan dah cuti sekolah.

Walaupun suami tiada di sisi sampai tengah bulan depan, di rumah ada mak mertua dan nenek suami. Jadi, tak adalah sunyi sangat. Abang Emirpun ada kawan tempat bermanja bila mama tengah melayan adik Aina. Oklah itu sahaja update kali ini. Bai..

Tuesday, November 11, 2014

Promosi Shaklee Omega Guard Nov 14

Salam..

Sebelum terlupa, bulan November ini ada promo Omega Guard. Yeah, selalu orang kaitkan Omega Guard ini dengan fungsinya untuk perkembangan otak janin, juga anak-anak kecil sehingga student universiti. Selain itu, fungsinya adalah untuk membakar kolestrol. Yeah kalau ada masalah kolestrol tinggi memang bagus kalau ambil Omega Guard ini.

Selain itu, kepada Omega Guard ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan. Kepada yang kurus tapi nak mengawal kolestrol jangan risau, produk ini takkan buat anda jadi makin melidipun. Omega Guard ini akan berfungsi ikut keperluan badan sesorang. Kalau gemuk akan jadi kurus. Kalau kolestrl tinggi akan jadi rendah. Macam itulah. Tapi semua itu hanya dengan izinNya juga dan usaha kita.

Selain itu Omega Guard ini sesuai juga untuk orang yang selalu batuk dan selsema. In sha Allah amalkan Omega Guard untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Kalau beli 2 botol, dapat diskaun 5% tau.
Kalau beli 6 botol, dapat 1 botol percuma.
Kalau budget tak berapa nak ada, whatsapp sahaja saya sedia membantu anda.
Whatsapp saya di 012-372 8374.

Promo Nov14 Omega Guard


Monday, November 10, 2014

Rasa macam nak jadI Suri Rumah sahaja boleh?

Salam semua..

Pernah tak sampai satu masa korang yang menjadi ibu rasa macam tak nak kerja? Nak duduk di rumah sambil melayan dan mendidik anak-anak di rumah. Sebenarnya itulah yang sedang saya rasa sekarang ini. Kalau ikutkan hati ini nak sahaja saya berhenti kerja/ bercuti kerja sekurang-kurangnya sampai anak bongsu saya itu berusia 2 tahun. Nak bagi dia susu badan sampai dia 2 tahun tanpa perlu memikirkan tentang kerja. Ya, kerja saya sekarang ini agak stress. Kerja banyak dan boss pula banyak juga bagi pressure pada kita untuk siapkan kerja secepat mungkin. Masa mengandung dulupun dapat rasakan apatahlagi bila dah ada anak kecil. Terfikir macam mana nak pergi curi masa mengepam nanti. Alahai...

Oh ya, rabu ini tamatlah sudah cuti atau honeymoon saya sebagai orang yang bercuti bersalin. Kan bagus kalau kerja kerajaan, dapat sambung cuti 3 bulan lepas itu dapat pula cuti tanpa gaji sampai setahun. Uuuu....bila emosi sangat, itu yang jadi macam tak bersyukur tu. Aku memohon kepadaMu ya Tuhan agar tetapkan hatiku untuk terus bekerja dalam masa yang sama mendidik anak-anakku menjadi insan yang soleh dan solehah. Dan paling penting bantulah hambaMU ini untuk berjaya menyusukan anak secara ekslusif sehingga usianya 2 tahun. Aaamen.

Berbalik kepada cerita pasal nak jadi suri rumah itu, saya ada jugalah buat kira-kira perbelanjaan sekiranya saya kerja dan berhenti kerja. Beza banyak juga sebenarnya. Ye lah, bila kerja ni kena ambil kira kos minyak, tol, yuran taska, kos makan minum yang tinggi sebab kerja dekat mall, duit bayar kereta bulan-bulan. Itu belum masuk maintenance cost, yuran pendaftaran taska dan juga insuran kereta. Bila kira-kira kos tambahan bila kerja ialah lebih kurang 1600++ juga sebulan. Patutlah belum hujung bulan dah garu kepala. Tapi Alhamdulillah tak pernah putus rezekiNya. Yang penting kerja dengan sebaik mungkin untuk dapat rezeki yang berkat.

Sebenarnya, ini adalah sebab sampingan sahaja. Yang sebenarnya saya hantar anak ke taska hari ini untu ksesi percubaan. Lepas itu duduk di rumah sahaja. Mengemas apa yang patut sebelum masuk kerja nanti. Tu yang terlalu emosional bila rindukan anak-anak. Tak tahulah bila dah masuk kerja nanti macam mana. Tak sempat kot nak emosional bagai sebab kerja banyak. Lepas itu tambah pula masa untuk kumpul stok susu nanti. Tapi yang pastinya cukup 5.30 mesti terus balik. Tak boleh tunggu-tunggu dah. Sebab suami tak ada. Tak boleh harapkan orang lain untuk jemput mereka di taska. Kalau ikutkan memang tak bagi orang lain jemput. Biar mama yang jemput mereka sebab mama tak sabar nak jumpa mereka. Oh...betapa bersyukurnya dikurniakan anak-anak. Alhamdulillah..


Friday, November 7, 2014

First Day at Selayang

Salam semua..

Alhamdulillah perjalanan kami tiga beranak ( maknya dan juga 2 orang anak) semalam berjalan dengan lancar. Punyalah bersiap dari pagi. Akhirnya pukul 3.45 petang baru bertolak. Biasalah itu melayan 2 orang anak yang kecil belaka. Seorang masih lagi baby. Minggu depan baru masuk 2 bulan. Seorang lagi pula 2 tahun lebih usianya tapi masih tak nak ikut arahan/dengar kata. Lasaknyapun bukan main lagi. Tengah masukkan barang dalam kereta, dia sempat lagi bermain tanah. Nasib baik pakai baju warna hitam. Kalau tidak, memang kena tukar baju lagilah.

Sampai di area Selayangpun dah hampir pukul 5. Singgah ke taska sebab dah cuba hubungi tak dapat-dapat. Rupanya nombor telefon taska ada masalah dan buat masa ini teacher pakai number baru temporary. Untuk elakkan masalah sama berulang, sayapun standby minta number phone salah seorang penjaga di sana bernama Ain. Kira dia penjaga paling seniorlah di situ. Bawa Emir dan Aina mengenal taska. Nanti taska ini akan jadi rumah kedua mereka juga. Bila sampai bab bayar yuran, syukur sebab tak perlu bayar banyak untuk tahun ini sebab dah bulan 11 pun kan. So, hanay bayar yuran bulanan dan hanya RM100 yuran pendaftaran Aina. Yang lebih tu teacher cakap sedekah sahaja. Semoga Allah permurahkan lagi rezeki teacher dan juga anak-anak.

Habis urusan di taska, saya terus pulang ke rumah. Sampaipun dah pukul 5.30 petang. Tokma dah ada di dapur masa itu. Aina diletakkan di ruang tamu sahaja. Yang tak seronoknya, Aina tak nak kena tinggal seorang. Saya pergi menyimpan bekalan susu perahan dalam peti aispun dia dah merengek. Lepas itu, saya dah beri susupun dia masih lagi merengek bila saya nak pergi angkut keluar barang-barang dari kereta. Tapi terpaksa biarkan dia menangis sekejap dan tetap masukkan barang ke dalam rumah. Lepas itu Tokma tolong pegang Aina sekejap sementara mamanya ini pergi solat Asar. Dah lewatpun solatnya. Lepas itu, saya layan Aina. Abang Emir dah mengukur satu rumah. Habis dapur tokma dia jelajah. Sudip-sudip semua dia ambil bawa ke bahagian ruang tamu. Sabar sahajalah nak oiii..

Menjelang Maghrib, Ainapun tertidur. Saya mengambil kesempatan yang ada untuk hantar barang-barang naik ke bilik dan solat Maghrib. Ingat nak tukar baju dan pampers abang Emir baru turun jenguk Aina tapi tak sempat sebab Aina dah mula terbangun dan menangis. Tokma kata mungkin sebab Aina belum biasa dengan tempat baru. Sebab itu asyik nak berteman sahaja. Aina macam mengantuk tapi tak dapat tidur lena. Jadi, sayapun bawalah dia naik ke bilik. Bagi susu sampailah dia terlelap semula. Abang Emir pula tak mahu naik. Main sahaja di bawah dengan Ayah Uda yang baru balik kerja.

Mak, Ayah Uda dan Emir makan malam dahulu sementara saya menjaga Aina di bilik. Lepas mereka habis makan baru saya pula makan. Mereka melayan Aina di ruang tamu. Lepas habis makan dan lepak sekejap di ruang tamu, Emir tunjuk skill pandai buka baju sendiri. Alhamdulillah. Memang berjaya. Lepas itu dia cuba pula buka seluar tapi saya tahan sebab dia nak buka sekaligus dengan pampers. Aiyark!

Babah whatsapp bagitahu dah ready untuk berskype. Kami semuapun naik ke bilik dan berskype melepas rindu dengan babah. Alhamdulillah, dapat juga tengok muka suami secara live setelah hampir 3 minggu dia di bumi matahari terbit. Sambil bervideo sambil layan si abang Emir yang tak boleh duduk diam dalam bilik. Langsung tak pedulikan babah di TV. Dia tak perasan lagi itu babah dia agaknya. Aina yang pada mulanya tidurpun terjaga sebab abang Emir aktif sangat. Lagi 5 minggu baru babah boleh balik. Sabar sahajalah ye. Sementara itu, kena jadi supermom dululah. Gambatte!

Alhamdulillah, kedua-dua anak tidur pukul 11 camtu dan lena sampai ke pagi. Si adik sahaja ada bangun sekejap untuk menyusu. Si abang memang sampai kena kejut baru bangun. Bermulalah hidup mereka dengan ibu berkerjaya. Kena pergi taska hari-hari. Sedihnya rasa bila tinggal anak ke taska. Rasa tak sanggup nak berpisah. Huhu. Nasiblah hari ini hari jumaat. So, esokkannya dan lusa tak perlu hantar anak ke taska. Phewww..


Tuesday, November 4, 2014

Minggu Terakhir Cuti Panjang =(

Salam..

Minggu ni minggu terakhir boleh berjimba-jimba di rumah. Melayan si kecil 2 orang ini siang malam. Tak perlu fikir nak kena bangun awal pagi, menyiapkan anak-anak ke taska. Minggu depan dah kena jadi supermom. Maklumlah fisrt time kena tinggal dengan suami dengan anak dah dua. Dulu pernah kena tinggal juga tapi masa itu anak baru seorang. Ini dah 2 orang. Yang besar tu pula tengah melasak. Belum boleh dengar dan ikut arahan lagi.

Syukur sebab Allah hanya pinjamkan suami pergi Jepun 2 bulan sahaja sebab ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang kena PJJ sentiuasa dengan suami masing-masing. Harap lepas ini dah tak adalah kena outstation sampai 2 bulan lagi. Kalau setakat seminggu dua tu bolehlah saya hadapi. Lusa dah nak balik ke Selayang. Tak larat nak ulang alik dari Puchong untuk pergi kerja. Lagipun taska anakpun berada di Selayang juga. Kalau ikutkan hati ini mahu sahaja ambil cuti tanpa gaji sampailah tarikh suami pulang tapi tak bolehlah begitu kan. Lagipun boss pun dah tak sabar-sabar tunggu saya masuk kerja. Dia ingatkan saya boleh masuk kerja jumaat ini. \

Hari selasa nanti ada check up baby kat 2 tempat. Satu di Hospital Selayang. Erm..ini mesti kena bayar punya. Lagi satu check up di Klinik Kesihatan. Klinik Kesihatan punya check up waktu pagi. Hsopital punya check up pula petang. Memang full day kena cuti. Sebab tu saya sambung cuti sampai selasa. Takut susah nak minta cuti pula sebab baru sahaja masuk kerja dah minta cuti pula kan.

Ok lah. Itu sahaja kot update saya buat masa ini. Ada berita sedih sikitlah. Disebabkan suami tak ada di sini terlepas peluang untuk join Team Building anjuran company. Sepatutnya inilah masa paling sesuai untuk kenal dengan lebih ramai orang. Kerja sekarang ni memang deal dengan ramai orang tapi kebanyakkan hanya dapat mendengar suara atau kenal nama sahaja sebab komunikasi hanya melalui email dan phone call. Bai..

Saturday, November 1, 2014

Hari-hari terakhir cuti bersalin

Lebih kurang seminggu lagi sahaja baki cuti bersalin. Setakat ini memang tak ke mana-mana lah. Dengan encik suami outstation sampai bulan 12 nanti. Dengan anak yang dah masuk 2 ni. Nak berjalan- jalanpun payah. Lagipun si abangpun masih lagi belum pandai nak ikut arahan. Kalau dilepas mesti menggagau nak kejar. Adik takpe boleh kendong guna carrier je. Tapi jenuh juga nak mengejar dan mengawal si abang sambil mengendong adik kan. Lainlah ada peneman aka encik suami di sisi.

Sudahnya cuti dihabiskan sahaja menghadap anak dan mantapkan skill memasak. Masalahnya masak lauk pauk biasa je. Tak ada peningkatan pun. Sabar sahajalah. Resepi bukan main lagi banyak share di FB. Konon2 masa inilah boleh buat tapi non hado. Tak ada kudrat pula nak membeli belah bahan2 di pasaraya. Masak sajalah lauk2 dengan bahan2 sedia ada atau yang ayah beli. .

Ingat nak hantar Aina ke taska awal 2 hari untuk test. Tapi call teacher tak ada reply. Ermmm..tak tahu macam mana lagi nak bagitahu pihak taska. Ingat nak redah je hantar lepas balik ke Selayang minggu depan. Mula2 target nak hantar khamis dan jumaat. So, rabu dah kena balik selayang lah. Tapi disebabkan kakakku balik dari trip ke Taiwan hari Rabu maka ku anjakkan ke khamis. Boleh je kot hantar Aina hari jumaat dan isnin. Selasa ada check up pula. Tak boleh nak hantar.

Dan bermula rabu tu dah kena kuat semangat memulakan tugas. Ya Allah berikanku kekuatan. Berikanku kemudahan dalam menyelesaikan kerja2 di pejabat. Ku mohon agar dipermudahkan untuk ku curi masa mengepam untuk kumpul stok susu dan juga balik on time. Lagi2 sepanjang tempoh suamiku outstation.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics