Followers

Wednesday, April 16, 2014

Iklan Hartanah : Banglo RM119k sahaja!


Salam..
Jumpa banner ni di tepi jalan on the way ke office last week. Hari ni lalupun masih ada lagi iklan ini. Banglo RM119 000 sahaja di seluruh negara tu. Apa lagi pakat hubungi nombor yang tertera di dalam banner tu ramai-ramai.
Persoalannya masih ada lagikah rumah atas tanah yang harga murah macam ni kan? Mungkin rumah-rumah ini dibina di kawasan ceruk dan berdekatan hutan. Kalau saya tak ada rumah lagi, saya mesti ushar punya iklan ni. Survey-survey dulu. Rumah kat cerukpun, 5, 6 tahun lepas tu mesti ada market punya kan.
Rumah kami yang teres lot tengahpun berharga 2 kali ganda masa beli dulu. Kami beli tahun 2012 kalau tak silap. Tahun lepas harga market dah naik around 100k. Baru beza 1 tahun kan.
Apapun, tepuk dada tanya selera ok. Saya just share iklan ini dan tidak ada kaitan langsung dengan pemaju project tersebut ye. Sekian.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics