Followers

Tuesday, April 15, 2014

Emir Ikhwan : Nearly 2 years old

Entah macam mana hari ini gambar ni tak boleh nak rotate pula. Dalam format JPG dah dipusing elok tapi bila upload dia tetap menyeget begini. Pusing sikit kepala ye kalau nak tengok rupa si kecil yang dah besar panjang ni.

10hb May nanti genaplah usia dia 2 tahun. Cepat betul masa berlalu. Walaupun terpaksa stop breastfeeding awal kesan daripada mabuk laut yang teruk masa awal-awal pregnancy hari tu. Sempatlah menyusukan dia secara penuh sampai dia berusia 1 tahun 6 bulan. Dan masih menyusukan walaupun tak penuh sebab campur dengan susu formula sampai dia berusia 1 tahun 9 bulan. Alhamdulillah berjaya juga meyusu badan secara exclusive walaupun tak sampai 2 tahun.

Nak menyusu sepenuhnya selama 2 tahun memang tidak mustahil cuma sejak usianya masuk 1 tahun 6 bulan susu makin drop lagi-lagi menjelang period dan juga sepanjang period. Sebab itulah orang dah beritahu awal-awal peri pentingnya mengumpul stok susu sebanyak mungkin semasa berpantang dan juga masa awal-awal usia baby. Kalau dah period memang kurang sikitlah hasilnya. Stok itu boleh kita jadikan bekalan berterusan untuk anak lagi-lagi semasa kritikal iaitu bila dah susu dah drop secara semulajadi disebabkan ketidakstabilan hormon semasa period.

So, for 2nd pregnancy ini memang niat seniat-niatnya untuk exclusive breastfeed sampailah umur baby 2 tahun sekurang-kurangnya. Semoga kali ini dipermudahkan. Kan dah melalut panjang pasal breastfeeding. Berbalik kepada cerita Emir. Alhamdulillah dia membesar secara sempurna di sisi mama dan babah. Makan pakaipun terjaga. Cuma kadang-kadang tu dia sendiri tak nak makan. Nak minum susu sahaja. Kiranya suka sangatlah dengan susu formula yang diberikan sekarang ni. Saya berikan dia Dutch Baby sahaja. Nasib baik serasi dengan dia. Nak membuangpun senang. Kadang-kadang sampai 3-4 kali membuang dalam sehari.

Dah ajarkan dia duduk dalam car seat yang diletakkan di bahagian seat belakang sementara mama dan babah duduk di seat depan. Tak merengek langsung. Selesa dia duduk sorang di belakang. Ini sebagai persediaan bila dah ada adik nanti. Takkan dua-dua nak diriba di depan kan. Tapi, sekarang ni susah sikit nak bangun pagi. Kena tunggu sekejaplah lepas kejut baru dia bangun. Suka sangat dia bermalas-malasan di atas tilam. Bila pergi taska seronok sampai tak nampak mama dah. Tapi,bila nak ambil balik tu nampak sahaja mama terus meluru minta didukung. Hai lah anak~

Progress terkini, bercakap dalam bahasa jerman. Memang kuat membebel. Kalau nak apa-apa dia akan tarik tangan kita minta kita ikut. Kalau dia nak minta kita buat susu, dia akan ambil bekas susu formula atau botol termos atau botol susu dan beri pada kita. Kalau nak makan apa-apa tapi tak pandai nak buka, dia akan ambil bekas/ plastik berisi makanan tu dan beri pada kita. Minta didukung memang cukup pandai sekarang ni. Sampai depan pintu rumah, dah minta didukung. Sampai depan tangga, dia minta didukung naik ke atas. Manjanya anak mama~

Dah pandai nak masukkan barang dalam bekas/ lubang. Contoh macam duit dah pandai masukkan dalam tabung. Kalau barang-barang lain dah pandai nak selit dalam slot-slot. Contohnya macam lubang tempat keluar kertas pada printer tu. Dia sumbat macam-macam dalam tu termasuklah handphone mama dan babah dia. Kalau boleh semua nak dimasukkan tapi barang-barang yang besar/tebal tak lepaslah kan. Kadang-kadang dia paksa masuk. Bila tak berjaya mulalah melalak.
Alhamdulillah, walaupun tak bercakap lagi tapi progress lain itu tetap ada. Kalau ikut macam mamanya, dah masuk tadika baru pandai bercakap. Satu lagi yang dia suka ialah belek-belek buku. Selak-selak buku. Macam dalam gambar di atas tu. Haha~

Oklah, setakat ini sahajalah buat kali ini pasal si kecil ni. Nanti mungkin ada entry sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke 2. Mungkinlah kalau berkelapangan.=)

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics