Followers

Thursday, April 10, 2014

3rd Check Up : HB low lagi..haih

Salam semua..

Hari ni pergi check up lagi. Tapi resultnya mengecewakanlah pula. HB turun sikit. Daripada 10.8 jadi 10.7. Adoi..sikit sahaja lagi nak jadi normal kan. Sabar sahajalah hati. Tadi check air kencing ko. Check blood pressure pun ok. Result MGTT pun ok. Rendah daripada biasa kot. Bacaan sebelum Fasting : 3.5 Bacaan Selepas Fasting : 6.3

Lepas itu timbang. Berat naik 1 kilo dalam masa 2 minggu. Isk..nasib baik nurse kata normal. Kena start jaga makan dah ni. Dulu masa anak 1st pernah sekali tu naik 5 kilo dalam sebulan. Sangat semangat. Lepas itu check perut pula. Nurse letak satu alat untuk dengar degupan jantung bayi. Memang dengar dengan jelas. Dup dup dup dup..laju tau. Alhamdulillah baby sihat. .

Servis kat sini slow sikit tang nak jumpa nurse. Kalau di Taman Ehsan, diorang asingkan bilik untuk jumpa nurse for pregnant dengan baby check up. Tapi, di sini dia gabungkan. Bilikpun tak banyak. Tu yang servis lambat sikit tu. Datang pukul 8.30 pagi. Kalau ikut number, orang yang ke 17. Jumpa nurse pukul 10.30 pagi. Kalau dekat Taman Ehsan, datang pukul 8.30, no giliran 51, tapi jumpa doktor pukul 10.00 pagi. Tengoklah perbezaan di situ. Tapi staff dekat Taman Ehsan memang ramai. No wonder lah. Cuma jauh dari tempat kerja sahaja. Kalau dekat, saya pergi sana sahaja sudah.

Ni kali ke 2 buat check up di sini still kena tanya kenapa buat check up dekat situ? Haih la.. dah inform last week tapi pada nurse lain. Takkan tiap kali tukar nurse nak kena explain kan. Nasib baik bawa ID Office pergi klinik. Sebab nurse inipun tak tahu di manakah office saya tu terletak. Nak kena explain pula di mana letaknya ia. haha. Tapi, saya layankan sahaja sebab nurse tu friendly. Siap kongsi lagi petua-petua nak bagi tambah darah.

Ok lah. Tu sahaja nak update kali ni. Ingat nak solat Asar di rumahlah sebab air di Scomi ni terlampaulah kotor. Warna dan bau tu buat saya rasa nak muntah tapi tahan sahajalah kan. Sabar sahajalah. Tak ada air susah. Ada airpun susah juga kan. Belajar untuk bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah dah beri. 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics