Followers

Tuesday, April 8, 2014

Diet Ibu Mengandung : Kurangkan Nasi & Roti

Salam..

Hari ni sempatlah nak menaip satu entry nampaknya. Berehat di office sahaja. Lunch makan sepotong betik + nasi goreng kampung + sotong goreng kunyit. Alhamdulillah, walaupun tak dapat habiskan nasi tu. Tinggal separuh lagi baki. Lepas itu boleh siap order Oblong ayam pula daripada member. Oblong tu ingat nak bawa balik petang nanti. Feeling-feeling nak berkongsi dengan husband gitu. Baru romantik kan.

Dah lama tak berblogging dan blogwalking ke blog-blog orang. Semenjak 2 menjak ini suka sangat nak berblogwalking ke blog-blog dalam blog list ni. Blog list yang dah bertahun tak update. So, mana blogger-blogger baru yang glamour sekarang ni aku tak kenalpun. Aku cuma kenal blogger otai yang masih lagi gigih berblogging macam Redmummy, Ben Ashaari, Sepet, Ceeramoon, Diana GreenApple, KakInaKL dan blogger-blogger seangkatan mereka ini sahaja. Dan sekarang nipun aku dok ulang baca blog diorang ni sahaja. Malas nak tambah blog list. Kang tak buat kerja pula. Kat office busy. Kat rumahpun busy juga.

Cerita pasal pregnant progress, dulu masa mengandung anak pertama berat badan naik banyak sangat. Sampai 19 kilogram. So, kali ini ingat nak mengawal kenaikan berat badan tu. Lagi pula sekarang ni memang buat fully check up di Klinik Kesihatan yang very particular bab-bab kenaikan berat badan dan juga paras gula/HB dalam darah. Oleh kerana baru tukar tempat check up, nurse tak concern lagi dengan berat badan. Tapi lepas ni memang kena jagalah sebab check up kat tempat sama. Takkan ada error la pada penimbang tu kan.

Baca blog sepet, katanya doktor nasihatkan kalau nak kawal kenaikan berat badan, kurangkan/elakkan makan nasi/roti. Kalau lauk nak makan banyak manapun tak apa janji kawal pengambilan nasi/roti. Boleh follow ni. Terpaksalah order nasi kurang separuh lepas ini. Dan kurangkan nasi di waktu malam. Tak larat nak bawa badan nak turun naik tingkat 3 setiap hari di tempat kerja ni kalau berat naik berkilo-kilo kan. Jom mulakan diet mulai hari esok. Hari ni dah terlanjur makan nasi lepas tu beli burger oblong lagi. So, esoklah ye.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics