Followers

Friday, November 23, 2012

Planning seorang Planner~

Salam korang.
Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini dahpun Jumaat. Rupanya semalam genaplah sebulan saya berkhidmat di wilayah Sungai Choh ini. Dah mula get used to dengan suasana kerja di sini. Dah boleh catch up dengan tugas-tugas di sini yang bukan lagi bertitle Engineer tetapi bertitle Planner.

Plan untuk hujung minggu ini hampir tiada. Ingat nak lepak di Selayang sahaja. Minggu depan baru banyak planning. Planning untuk belanja family makan, pergi Motherhood & Children Fair dekat Mid Valley dan juga menyambut kepulangan suami tercinta dari Jepun. Malam ini mungkin tak dapat nak bersykpe dengan suami sebab mulai hari ini dia akan berpindah ke hostel sebab hotel di sekitar Osaka dan Kobe semuanya fully booked. Di hostel mana mungkin ada perkhidmatan internet kan. huhu~

Dia hanya akan kembali ke hotel pada hari ahad. So, paling lewat malam ahad bolehlah kami berborak. Suamipun boleh tengok Emir yang dah semakin lasak. Hujung minggu tanpa babah memang agak mencabar. Sebab segalanya perlu dilakukan sendiri. Paling sukar masa nak bagi makan sebab di kecil bukan reti nak duduk diam masa disuap makan. Tangan mama pula seperti manusia normal lain hanya ada dua sahaja. Cukup sempurna untuk pegang dia dan juga pegang sudu untuk menyuap. Tunggulah esok macam mana ye. Apapun mama yakin boleh sahajalah. 2 hari sahaja. Nanti hujung minggu berikutnya babah dah balik.

Nak share satu gambar dia meniti atau memanjat untuk tatapan korang. Rindunya pada anak mama ini.
haih~Sila abaikan persekitaran yang 'kemas' dikerjakan si kecil ini. hehe~

2 comments:

anne said...

comel baby. dah boleh jalan ke tu?

noorafzan.blogspot.com said...

salam anne.
bwlum boleh jalan. baru nak berdiri je tu ha.
=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics