Followers

Wednesday, November 28, 2012

Jom Makan Durian Free~

Salam korang..

Berhabuk sikit sudah blog ini. Nasib baik belum ada lagi labah-labah buat sawang. Sebenarnya banyak je benda nak update tapi tak terupdate.


Jom Makan Durian.

Alhamdulillah, semoga murah rezeki company sebab dorang beli durian 1 tan untuk buat program Jom Makan Durian petang ini bermula sejam sebelum waktu balik. Selain daripada durian, ada juga manggis. Durian dari Taiping katanya. Kalau nak belipun boleh, sekilo RM1.70 sahaja. Gila murah kan?

Emir OT kat Taska.

Alkisahnya minggu ini minggu yang agak busy untuk saya sebab kena duduk meeting buat kerja untuk expedite barang. Kejepun planner. So, kenalah buat plan kan. Hmm. Jadi ada satu hari tu boss besar masuk bilik meeting pukul 5.30 nak tahu progress. Tung tang tung tang..pukul 6.30 baru habis meeting. Terus naik office dan solat dulu. Keluar office dha pukul 6.50. Memang tak sempatlah nak menjemput anak kesayangan mama ini on time ( before 7pm). Kebetulan hari jumaat, hujan pula tu. Jalan yang smooth pun boleh jadi sesak bila hujan kan. Maka pukul 7.10 baru sampai taska. Masa drive tu menitik jugalah air mata sebab ambil Emir lambat. Dah lepas azan maghrib baru sampai taska. Huhu~

Drama Babah kena extend di Jepun sampai Rabu.

Hari isnin malam skype dengan suami. Suami bagitahu bahawa semua yang kat Jepun tu kena extend stay di sana sampai rabu sebab kerja tak siap lagi. Tapi suami kata belum discuss dengan boss dia condition kami di sini.  So, masih ada harapan walaupun setipis kulit bawang untuk suami pulang on time (sabtu ini). So, mulai malam itu dah mula solat hajat supaya suami dapat pulang on time. Dan malam semalam menunggu dengan debar keputusannya. Alhamdulillah, suami dapat pulang awal dan yang kelakarnya hanya suami sahaja yang dapat balik. Yang lain kena stay sampai Rabu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepadaNya kerana memperkenankan doa kami. Kalau tidak terpaksa panggil adik ipar duduk rumah untuk jaga kami sementara nak menunggu rabu.

Tokma pergi Dubai.

 Haaa, mulai awal pagi Khamis Tokma aka mak mertuaku akan ke Dubai dengan TokNgah dan WanNgah. Dorang pergi melawat adik mereka merangkat pakcik suami saya yang bertugas di sana. Dorang excited sebab tak pernah pergi sana. Biasa dengar cerita sahaja daripada Pak Teh (adik dorang tu la). Tokma pergi lama juga. 10 hari. Babah belum balik, Tokma dah tinggal kita dulu kan Emir. Nasib baik dia ganti sat dengan Ochu pastu babahpun balik. Yeah, tak sabar nak tunggu sabtu.

Ok lah. Update ringkas daripada saya sepanjang seminggu tak bersiaran.
Bai~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics