Followers

Friday, November 9, 2012

Majlis Solat Hajat Company

Salam korang..

Alhamdulillah hari ini dah hari jumaat. Dah 3 weeks saya di tempat baru. Alhamdulillah boleh adapt dengan suasana kerja baru ini. Semalam company buat Majlis Solat Hajat khusus untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan, kejayaan, kelancaran dan keselamatan projek yang sedang kami jalankan dan akan dijalankan di masa akan datang.

Bermula pukul 2.45 petang sampai Asar. Mula-mula buat bacaan Yassin. Lepas itu solat hajat dan terakhir sekali solat Asar berjemaah. Lepas habis majlis, jamuan makan disediakan. Sebelum solat hajat bermula, hujan turun mencurah-curah lebatnya. Semoga doa kami semua diperkenankan oleh Allah SWT. Orang kata doa ketika hujan lebat elok. Orang katalah. Tak ada hadis pula untuk buktikan. 

Lepas majlis selesai, kamipun bersantap. Makanan yang disediakan ialah bihun goreng, kuih karipap, kuih seri muka dan kuih kacang hijau goreng. Air pula ada dua jenis iaitu Air Teh Tarik dan juga Nescafe. Alhamdulillah, semoga rezeki company bertambah-tambah selepas ini. Siap tapau bawa balik lagi kuih muih yang ada tu. Harap company akan buat lagi majlis sebegini di masa akan datang.

Oklah, itu sahaja nak cerita hari ini. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics