Followers

Thursday, November 22, 2012

Emir dah mula meniti di usia 6 bulan. =)

Salam korang.

Hari ini dahpun masuk hari Khamis, 22/11/2012. Agak-agak ada tak yang bernikah hari ini? Tarikh itu agak cun juga sebenarnya walupun tak secun 20/12/2012 atau 12/12/2012. Baca paper dan feeds di FB pasal perkembangan terkini peperangan di Gaza. Alhamdulillah, Israel Laknatullah telah membuat genjatan senjata. Harapan kita kali ini mereka betul-betul menunaikan janji. Banyak kali juga sebenarnya mereka ini berjanji untuk membuat genjatan senjata tetapi tup tup serang Palestin balik. Geram pula rasa bila mendengarnya. Jauh di sudut hati masih mengharapkan suatu hari nanti kemenangan akan berpihak kepada Palestin jua. Sama-sam kita berdoa ya kawan-kawan.

Hari ini sebenarnya nak sambung bercerita pasal si kecil Emir Ikhwan pengarang jantung saya dan suami. Menjelang pukul 3 pagi tadi sempat saya online FB dan update status. Begitu pesat perkembangan Emir sejak babahnya ke Jepun. Dalam masa 8 hari daripada hanya boleh merangkak seperti 'ulat beluncas', dia kini sudah mampu untuk merangkak betul-betul, duduk tanpa jatuh dan juga mula memanjat/meniti. Hari ini usianya genap 6 bulan 12 hari. Seronok melayan si kecil ini bermain. Semua barang nak sisentuh, dipegang dan ditarik.Sudah boleh bermain/ buat kerja sendirian. Tak perlu mama sentiasa di sisi. Cuma kena dipantau juga takut-takut dia pergi ke tempat bahaya.

Gambar nanti saya upload. Sekarang ini busy sangat dengan kerja sampai hujung bulan ini. Minggu depan insyaAllah ada dapat 1st gaji. So, hajat nak balik Puchong belanja family makan. Kebetulan minggu depan mak mertua ke Dubai. Suamipun balik daripada Jepun sabtu minggu depan. Memang wajib ke Puchonglah nampaknya. Oklah, itu sahaja nak update. Bai!

2 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics